Perlu ke Couple 2?

November 27, 2008 at 1:21 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | 6 Comments
Tags:

Ada orang tanya,

Memanglah jodoh tu sunnatullah, tapi macam mana kalau dah tak boleh nak elak dah untuk couple dengan si dia tu? Kitorang dah saling menyayangi. Dah tak boleh nak pisah dah…

Ana memang yakin jodoh tu telah ditetapkan Allah. Tapi, ana ada minat kat mamat ni… Macam mana nak kawal rasa minat tu supaya tak terjerumus kat zina hati dan adik-beradiknya yang lain?

Huh, berat persoalan ni. Macam mana ye nak kawal perasaan sukakan seseorang itu? Ye, aku akui, perasaan tertarik dengan makhluk bukan sejantina itu normal. Memang fitrah. Sebenarnya, perasaan tersebut merupakan anugerah daripada Allah, kerana sememangnya Allah ciptakan perbezaan jantina supaya kita dapat saling melengkapi.

Namun, yang fitrah itu perlu kita kawal supaya tak berubah menjadi maksiat.

Aku tidak ada solution yang pasti untuk masalah ini. Yang pasti, salah satu jalan yang mudah untuk kita mengawal perasaan minat kita kat jantina lain yang bukan ajnabi ialah dengan mengaktifkan diri kita. Jangan dok statik.

Pepatah Arab

Pepatah Arab

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab

Lain-lain cara ialah dengan kembali kepada Allah, banyakkan berdoa, dan tabahkan hati.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian. Siapa-siapa yang rasa nak tambah, silakan…

Aturcara Wafdul Amin 2008

November 25, 2008 at 8:42 pm | Posted in Sekolahku | 1 Comment
Tags: ,

Alhamdulillah, setelah ditimbang-timbang, setelah dibincang-bincang, setelah persepakatan dibina antara warga Ikhwanul 15 dan masyarakat Kampung Beng, beginilah hasilnya aturcara Wafdul Amin 2008. Sememangnya aturcara ini tidak dapat memenuhi kehendak hati kita semua, namun, cubalah untuk meredhainya.

Lampiran Aturcara

27 NOV 2008

08:00 pm Berkumpul di surau, bacaan mathurat

08:25 pm Solat Isya’ dan Solat Hajat

09:00 pm Makan malam

09:30 pm Taklimat guru, AJK, dan tayangan video

12:00 pm Bertolak ke Kampung Beng

28 NOV 2008

06:00 am Tiba di R&R Tasik Raban

Khidmat diri, Solat Subuh, sarapan pagi

08:00 am Bertolak ke Jeti Pipit

08:30 am Bergerak ke Kampung Beng

09:00 am Majlis perasmian dan penyerahan anak angkat

12:30 pm Solat Jumaat di Masjid Kampung Beng

(Banat duduk di rumah keluarga angkat masing-masing)

03:00 pm Bersama keluarga angkat 1

07:00 pm Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah

09:00 pm Bersama keluarga angkat 2

29 NOV 2008

08:00 am Gotong-royong di Kampung Batu Ring dan Kampung Beng

11:00 am Jamuan ringan dan taklimat kesihatan

12:00 pm Bersama keluarga angkat 3

02:30 pm Taklimat keselamatan di air dan kebakaran

05:00 pm Perlawanan persahabatan bola sepak (Banin)

Bersama keluarga angkat 4 (Banat)

06:30 pm Pulang ke rumah (Banin)

07:00 pm Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah

09:00 pm Bersama keluarga angkat 5

30 NOV 2008

08:30 am Ikhtiar hidup

03:00 pm Sukan rakyat di padang SK Kampung Beng

06:30 pm Pulang ke rumah masing-masing

07:00 pm Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah

09:00 pm Bersama keluarga angkat 6

1 DIS 2008

09:00 am Taklimat keselamatan dan penyalahgunaan dadah

11:00 am Lawatan ke Padang Rusa Padang Chuas

01:00 pm Bersurai

02:30 pm Persiapan malam seni

06:00 pm Persiapan diri

07:00 pm Solat Maghrib

08:00 pm Malam seni Wafdul Amin 08

10:30 pm Majlis bersurai

2 DIS 2008

08:00 am Persiapan majlis penutup

09:00 am Majlis penutup Wafdul Amin 2008

12:00 pm Bertolak ke Muzium Arkeologi Kota Tampan

12:45 pm Bertolak ke Kuala Kangsar

01:30 pm Solat jama’ Zohor dan Asar

02:00 pm Rewang di Kuala Kangsar

04:00 pm Bertolak ke Kuala Lumpur

09:00 pm Tiba di SMIAAG

Solat jama’ Maghrib dan Isya’

10:00 pm Pulang ke rumah masing-masing

Perlu ke Couple?

November 21, 2008 at 6:43 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | 18 Comments
Tags: , ,

Ada orang kata,

Kalau tak couple, macam mana nak kenal hati budi bakal zauj or zaujah kita?

Kalau tak couple, tak syok la…

Kitorang couple bukan saja2 tau, kitorang saling memotivasikan…

Ala, kitorang couple2 pun, result exam power tau!

Ana tak couple la, dah ana memang dah cop dia nak jadi peneman hidup ana…

Tak nak mengulas panjang. Sedih melihat sahabat-sahabat seperjuangan yang diuji Ilahi dengan penyakit couple ini.

Ana bawakan sebuah kisah untuk dijadikan renungan bersama..

Pada sebuah malam yang hening, jendela rumah dibuka. Si kakak mengajak adiknya ke arah jendela yang terbuka untuk melihat suasana malam tersebut.

Di jendela, si kakak bertanya kepada adiknya, “Hayatilah suasana malam ini. Apakah ada gunanya jika seseorang itu terlalu tertunggu-tunggu akan siang apabila malam sudah menjelma? Bukan tertunggu-tunggu tahap biasa aje, tapi tertunggu-tunggu tahap ultra la. Tak habis-habis tengok jam menanti bila nak siang.”

Jawab si adik, “Heh, adik rasa tak gunanya tunggu-tunggu bila nak siang macam tu. Orang yang otaknya biul je akan buat macam tu. Betul tak kak? Tak payah tunggu-tunggu bila siang tu nak datang. InsyaAllah, kalau hari masih belum kiamat, siang tu akan datang juga esoknya. Mengikut ketetapan yang telah ditentukan Allah.”

Balas si kakak, “Ye la… Siang tu akan tetap menjelma mengikut ketetapannya. Bukankah itu SUNNATULLAH?”

Si adik mengangguk-angguk.

Kata si kakak, “begitu jugalah dengan jodoh. Tak yang tertunggu-tunggu. Tak yah cemarkannya dengan couple dan cinta yang tak syarie. Tak yah ternanti-nanti macam nak gila. Tak yah dok buat apa-apa yang tak syarie. Kerna jodoh tu SUNNATULLAH. Allah dah rancang lama dah dulu sebelum kita diciptakan lagi. Sampai masanya nanti, Allah akan tunjukkan jalan ke arah menggapai nikmat cinta tersebut. Dan jalan yang Allah tunjukkan itu amatlah mudah, serta jauh dari fitnah. Jauh dari maksiat, jauh dari segala-galanya yang dilarang oleh Islam.”

Panjangnya Semalamku, 181108!

November 19, 2008 at 3:27 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | Leave a comment
Tags: ,

Pagi

Mengantuk, namun demi tanggungjawabku sebagai seorang abdullah, aku menggagahkan diri untuk bangun menunaikan Solat Subuh. Nak solat jemaah dengan atuk, huh, dah terlepas! Astaghfirullah, teruknya diri ini… Kami seusrah bersarapan di Kafe Mesra Ria, Sri Gombak. Rancangannya, hari ini, Azhari seperti biasa ke UIAM untuk tahfiz, aku ke sekolah menghadiri kelas Biology, dan emak, abah, atuk, dan nenek akan ke Hospital Ampang Puteri. Mak seperti biasa ada appointment manakala atuk akan melakukan pemeriksaan ketarak matanya. Mengikut rancangannya, atuk akan menghadapi minor surgery bagi membuang ketarak di matanya dalam masa terdekat ini.

Usai bersarapan, aku dihantar ke sekolah dan Azhari ke UIAM. Terasa berpusing juga otakku untuk memahamkan konsep berkaitan dengan Human’s Defence Mechanism dan Immunity. Alhamdulillah, kebesaran Allah makin terasa di hatiku memandangkan betapa telitinya Allah mencipta manusia. Itu baru sebahagian rahsia Allah yang disingkap buat hambanya. Masih banyak lagi yang tak diketahui. Subhanallah, benarlah firman Allah dalam surah al-Khafi, ayat terakhir sekali yang mengatakan bahawa seandainya lautan yang luas dijadikan tinta untuk menulis segala ilmu Allah, maka akan keringlah lautan tersebut, sedangkan ilmu Allah tak habis lagi ditulis. Subhanallah…

Tengah Hari

Berakhirnya kelas Biology tepat jam 12:00 tengah hari, abah mengambilku pulang. Huh, rupa-rupanya pembedahan membuang ketarak pada mata atuk ditunda ke hari Rabu 26 Nov 2008. Lama lagi tu!

Abah mengambil keputusan meghantar nenek dan atuk pulang ke Kuantan. Kami bertolak ke Kuantan setelah selesai melakukan Solat Zuhur. Perjalanan tak lah jauh, lebih kurang 3 jam sahaja. Hehehe, memanglah, penatnya bukan kami penumpang yang rasa. Hanya abah yang bertindak sebagai pemandu yang terasa!

Petang

Tiba di Kuantan pada jam 5:45 petang. Bersalaman dengan sepupu-sepupuku serta makcik pakcikku yang berada di rumah. Kami berbual-bual mengenai markah imtihan masing-masing. Masing-masing sibuk bercerita. Ada yang dapat no 2, 13, 15, dan macam-macam lagilah. Ahamdulillah, cucu atuk ni semua pandai-pandai belaka! Semoga kepandaian itu diserikan lagi dengan keimanan dan ketaqwaan. Amin…

Walaupun balik hanya seketika, namun kami masih sempat menjamu air nyiur muda. Entah mengapa, tiba-tiba Pak Teh rajin pula nak mengambilnya di pokok dan membelahnya. Rasanya, fuh, sedap, segar, dan lazat!

Malam

Selepas Maghrib, dalam pukul 8:00 malam, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur tanpa atuk dan nenek. Sunyi rasanya.

Tiba di KL pukul 11:30 malam. Mata terasa amat berat, namun aku masih perlu iadah untuk dipersembahkan esok. Kalau tak, padahlah jawabnya! Iadah punya iadah, tak sampai 10 minit aku rasa aku sudah dibuai mimpi!

Buat Hafiz dan Hakim, sepupu-sepupuku yang sering mengundang keceriaan, good luck untuk khatan esok! Hehehe, lepas ni dah kena malu dah! Tak boleh lagi ada free show!

p/s: Gambar tak leh upload. Nanti la yer… Siaran tertunda…

The Kite Runner

November 17, 2008 at 5:01 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Citra Kehidupan | 3 Comments
Tags: , ,

Antara aktiviti utama yang telah dirangka sebaik-baik sahaja tamat imtihan ialah meladeni novel The Kite Runner, karya Khaled Hosseini. Sebenarnya novel tersebut telah dibeli lebih seminggu sebelum imtihan berakhir, namun bagi menghormati dan memberikan keadilan kepada madah-madah yang masih berbaki belum diuji, aku memendam sahaja hasratku untuk membaca novel tersebut ketika itu.

Alhamdulillah, sebaik-baik sahaja imtihanku tamat pada hari Jumaat, 7 Nov 2008, aku terus memulakan operasi menawan novel setebal 371 muka surat tersebut. Bait demi bait kutelaah, dan akhirnya, bi iznillah, aku berjaya mengkhatamkan novel ini pada hari Ahad, 9 Nov 2008. Agak lambat aku menghadam novel ini kerana hakikatnya ketika itu aku sedang mengikuti jaulah ke Terengganu.

The Kite Runner

The Kite Runner

Novel The Kite Runner ini benar-benar mengajar aku tentang realiti kehidupan. Nilai persahabatan, kekeluargaan, keberanian digarap dengan begitu baik dalam novel ini.

Konflik etnik di Afghanistan, kebobrokan perilaku tentera soviet, keruntuhan moral dan agama pelarian Afghanistan yang melarikan diri ke Amerika Syarikat, di samping kesungguhan untuk mempertahankan maruah kaum ketika hidup sebagai puak minoriti, hinggalah kepada liku-liku di sebalik pemerintahan tentera Taliban, semuanya digarap dengan begitu baik dalam novel ini berlatar belakangkan kisah persahabatan antara Amir dan Hassan.

Novel ini juga mengisahkan perubahan sikap Amir daripada seorang yang lemah, mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menganiayai persahabatannya dengan Hassan, sehinggalah akhirnya Amir menjadi seorang insan yang tabah, serta sanggup menyerahkan jiwa raganya demi menebus kembali nilai persahabatannya dengan Hassan yang telah tercemar dengan menyelamatkan anak Hassan, Sohrab.

Watak Baba yang terperangkap antara kasihnya kepada Amir dan Hassan, Rahim Khan yang memahami, Assef pembuli berjiwa ganas, serta Sohrab yang kecewa setelah kehilangan ibu dan ayahnya benar-benar menghidupkan jalan cerita yang dibawa oleh novel ini.

Aku teringat pesan Baba kepada Amir,

When you kill a man, you steal a life. You steal his wife’s right to a husband, rob his children of a father. When you tell a lie, you steal someone’s right to the truth. When you cheat, you steal the right to fairness. There is no act more wretched than stealing.

Novel ini merupakan salah satu novel yang kurasakan amat baik untuk diladeni, khususnya buat mereka yang tercari-cari sastera yang membentangkan nilai dan prinsip dalam kehidupan dan persahabatan. Sehingga kini, aku masih belum menonton filemnya. Adakah setanding dengan Children of Heaven dan The Colour of Paradise sentuhan Majid Majidi?

Malas yang membinasakan

November 16, 2008 at 8:27 am | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 3 Comments
Tags: ,

Alhamdulillah, semalam aku dapat mengikuti dengan jayanya motivasi anjuran Kelab Kelas Tingkatan 4, walaupun hakikatnya semalam aku diuji Allah dengan pening kepala… Banyak manfaat yang diperoleh, walaupun tak semuanya aku rasa mampu diterjemahkan dalam kehidupan seharianku! Almaklumlah, nak belajar 6 jam sehari, banyak aralnya. Study group? Agak payah memandangkan kehidupanku sendiri kurang terurus, hatta hendak membuat homework pun kadang-kadang tak cukup masa!

Apabila ditanya oleh Dr Abdol Aziz tentang siapa mempunyai masalah malas, aku berdiri, mengakui bahawa aku sememangnya berpenyakit malas. Aku lihat ramai sahabat-sahabatku turut berdiri, kecuali beberapa orang yang Allah memberinya bebas daripada penyakit malas ini.

Buanglah sikap malas yang membinasakan...

Buanglah sikap malas yang membinasakan...

Memang tidak dapat disangkal lagi, aku sememangnya kurang rajin. Banyaklah contohnya dalam kehidupanku. Malas nak iadah, malas nak belajar, malas nak buat homework, malas nak update blog, dan lagi teruk, setiap hari dok tertunggu-tunggu, bilalah hari Sabtu dan Ahad, sebab malas nak ke sekolah! Subhanallah, ighfirli ya Allah…

Kata Dr Aziz, orang malas tak layak hidup. Aiseh…

Kata tah siapa tah, orang yang malas ni, macam mana nak masuk syurga Allah, dah malas nak buat ibadah… Astaghfirullah…

Ada orang lain kata, orang yang malas ni, memang pengikut setia syaitan, sebab bila syaitan kata jadilah malas, kita pun ikut sama jadi malas… Ighfirli ya rabbi…

Allah kata, siapa yang dirikan solat (maksudnya sekali dengan ibadah-ibadah lain lah) dengan malas, mereka merupakan orang munafik. (Rujuk muka surat terakhir juzu’ 5, Surah an-Nisaa’) Ingat, orang munafik merupakan penghuni neraka paling bawah sekali. Ya Allah, peliharalah diriku…

Huh, dahsyat sekali balasan buat orang malas ni! Maka, janganlah kita jadi malas. Selalulah memohon daripada Allah agar dijauhkan daripada penyakit malas ini.

Allah, peliharalah diriku daripada sifat malas yang menghancurkan ini...

Allah, peliharalah diriku daripada sifat malas yang menghancurkan ini...

Allah, peliharalah diriku daripada sifat malas yang membinasakan ini. Doronglah diriku supaya aku malas hendak membuat dosa, malas hendak melakukan kemungkaran, malas untuk menggelumangkan diriku dengan maksiat. Amin…

Jelajah Terengganu

November 10, 2008 at 8:37 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | Leave a comment
Tags: ,

Selesainya Imtihan, mak dan abah ada cakap-cakap nak bawa kami sekeluarga pergi jalan-jalan. Destinasinya tak diketahui lagi. Aku dan adik tak lah teruja sangat dengar khabar-khabar tersebut. Takut-takut nanti tak jadi, mengecewakan diri je. Almaklumlah, dah biasa dah macam tu. Cakap-cakap nak jalan, alih-alih tak jadi. Ada sahaja halangannya.

MEMILIH DESTINASI

Asalnya hendak ke Kuching, memandangkan mak ada kerja di sana hari Selasa nanti. Namun, setelah abah fikir-fikirkan, termasuklah aku yang tak berapa setuju memandangkan hari Isnin nanti ada survey Wafdul Amin, rancangan tersebut dibatalkan.

Kemudian, kami merancang nak ke belah utara, menijau-ninjau Pulau Langkawi yang aku tak pernah pergi, kemudian merayau-rayau di Kedah yang aku tak pernah terokai, kemudian pergi ke Taiping, rumah Tok Teh Sarbaini, dan akhirnya pergi mengikuti survey Wafdul Amin di Lenggong. Cantik benar rancanggannya. Malam sebelum bertolak, malam Sabtu tersebut, puas Azhari mencari informasi mengenai kawasan-kawasan yang bakal kami terokai.

Walaupun rancangan yang telah disusun amatlah cantik, namun Allah maha berkuasa menentukan hala tuju makhluknya. Menjelang pukul 12 tengah malam, rancangan kami ke Kedah terpaksa dibatalkan, atas sebab-sebab yang kami sendiri tak terjangka. Akhirnya, keesokan paginya, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Kuantan.

KE TERENGGANU

Rupa-rupanya, Allah telah menyusun kami supaya pergi meninjau negeri Terengganu Darul Iman bersama dengan nenek dan atuk tercinta serta sepupu-sepupuku, Muhammad, Adibah, dan Hakim. Biarpun terpaksa “bersardin-sardin” dalam kereta, namun perjalanan kami ke Kuala Terengganu terasa sungguh meriah.

Dalam perjalanan, aku asyik melihat kawasan pantai yang terletak di bahu jalan. Ketenangan jelas terasa apabila melihat ombak yang tidak jemu-jemu memukul pantai. Keinsafan turut menguasai perasaan apabila memerhatikan bagaimana buih-buih yang dihasilkan oleh ombak tersebut hanyut di bawa arus. Teringatku pada perumpamaan Nabi SAW yang mengatakan bahawa umatnya di akhir zaman lemah, walaupun jumlah mereka amat ramai. Astaghfirullah…

Indahnya Ciptaan Allah...

Indahnya Ciptaan Allah...

TIBA DI KUALA TERENGGANU

Setibanya di Kuala Terengganu, hari sudah malam. Puas kami mencari tempat penginapan. Hampir kesemuanya penuh. Akhirnya, Alhamdulillah, kami dapat bermalam di Qurata Riverside Resort.

Mencari "dapur" di Kuala Terengganu

Mencari "dapur" di Kuala Terengganu

Di Qurata Riverside Resort

Di Qurata Riverside Resort

TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI)

Keesokan paginya, setelah mengalas perut ala kadar, kami pun bergerak ke TTI. Rasa teringin hendak ke TTI memandangkan hendak menjelajah ke semua negara-negara terbabit rasanya ketika ini kami masih belum mampu. Alangkah aku, sepanjang 16 tahun aku hidup, destinasi luar negara yang pernah kukunjungi hanyalah Singapura. Itu pun kerana hendak menziarahi Nenek Syam.

Kami tiba di TTI pada ukul 8:30 pagi. Masih terlalu awal. TTI pun hanya dibuka pada pukul 9:00 pagi.

Kami mengambil peluang tersebut untuk meninjau-ninjau Masjid Kristal yang kulihat gah semacam dalam akhbar. Setibanya di sana, kami sibuk bergambar serta menunaikan Solat Dhuha. Sungguh aku kagum melihat keindahan reka ciptanya. Semoga masjid ini akan lebih indah diserikan dengan ibadah. Apa gunanya masjid lawa-lawa tetapi dalamnya tak diimarah!

Masjid Kristal atau Surau Kristal?

Masjid Kristal atau Surau Kristal?

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Monumen yang menempatkan 21 monumen masjid-masjid terkenal di seluruh dunia, termasuklah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Qubbah As-Sakhrah, dan sebagainya.

Kami menaiki buggy mengelilingi taman tersebut. Melihat video-video yang disediakan di beberapa tempat, bergambar di monumen-monumen tersebut, aku merasa kagum betapa umat Islam dahulu kreatif dalam membina rumah ibadahnya, serta tak putus-putus mengimarahkan masjid-masjid tersebut. Di sebalik masjid-masjid tersebut, ada berjuta sejarah yang melitupinya!

Biar betul aku yang nak bawa buggy tu? Hehehe, acah je la...

Biar betul aku yang nak bawa buggy tu? Hehehe, acah je la...

Waa... Bestnya TURKI!!!

Waa... Bestnya TURKI!!!

PASAR PAYANG

Selesai projek di TTI, kami bergerak ke Pasar Payang. Sebelum itu, kami singgah sebentar di Losong untuk menjamu keropok lekor. Di Pasar Payang, selain menjamu selera, kami turut membeli buah tangan, tanda kenang-kenangan. Tak lah beli apa-apa sangat pun, yang belinya hanya sehelai baju seorang untuk sepupu-sepupuku ini!

Puas meronda di TTI, keletihan semua!

Puas meronda di TTI, keletihan semua!

MENZIARAHI TOK CIK YAHYA DAN TOK CIK ANI

Akhirnya, sebelum bertolak pulang, kami menziarahi rumah Tok Cik Yahya dan Tok Cik Ani. Puas bersembang-sembang sementara menunggu sepuu-sepupuku yang lain mandi. Sambil itu, kami turut diajar membuat hiasan botol menggunakan pasir berwarna oleh Tok Cik Ani yang sememangnya kreatif. Alhamdulillah, dapat satu ilmu baru.

Bersama kaum kerabatku

Bersama kaum kerabatku

BERGERAK PULANG

Kami meninggalkan Kuala Terengganu dalam pukul 5:30 petang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Loji Penapisan Minyak Petronas di Kerteh. Saja hendak menunjukkan kepada sepupu-sepupuku ini suasana kilang tersebut yang penuh dan lampu dan sentiasa berapi.

Indahnya pemandangan...

Indahnya pemandangan...

Tiba di Kuantan pada pukul 12:00 tengah malam. Letih. Mengantuk. Kami terus tertidur.

Keesokan paginya, pukul 8:00 pagi kami masih berada di Kuantan. Rancanganku untuk mengikuti survey Wafdul Amin tidak diizinkan Allah. Menjelang pukul 1:00 tengah hari, kami tiba di Kuala Lumpur. Alhamdulillah…

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.