Hari Kokurikulum SRIAAG

July 27, 2008 at 4:31 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 2 Comments
Tags:

Pintu Pagar Utama ke kompleks SRIAAG dan SMIAAG

Aku bangun awal hari ini. Jika diikutkan hati, setelah selesai solat Subuh, aku terasa seperti hendak tidur lebih lama lagi. Malas rasanya hendak bangun awal. Lagipun, hari ini hari Ahad. Lagilah perasaan culas hendak bangun awal terasa meluap-luap.

Namun, disebabkan hari ini merupakan Hari Kokurikulum SRIAAG, aku terpaksalah bangun awal. Terasa teruja hendak melihat persembahan penuh bertenaga adik-adik SRIAAG. Lagipun, adikku, Azhari akan terlibat dengan persembahan Gurindam. Kujangkakan, pastinya Hari Koku SRIAAG ceria dengan gelagat comel adik-adik SRIAAG.

Ya, harapanku tepat sama sekali. Setibanya di pagar SRIAAG, aku disambut dengan meriah oleh adik Hidayah dan Khairunnisa yang menghulurkan flyer serta nombor cabutan bertuah Hari Koku kepadaku. Memandangkan aku agak mesra dengan mereka (sama kumpulan Tahfiz), aku siap diberikan peluang untuk memilih nombor kegemaranku untuk dijadikan nombor cabutan bertuahku. (Hehehe, tapi malangnya, walaupun aku telah memilih nombor kegemaranku, namun tetap tidak bertuah =(…)

Hari Koku ini dirasmikan oleh Tuan Haji Saari Sungib, selaku ADUN kawasan Hulu Kelang. Sepanjang program, beliau diiringi oleh bekas-bekas Pengetua SRIAAG, Ustaz Nasary dan Ustaz Wan Abd Majid. Tatkala melihat persembahan adik-adik cilik yang sememangnya menarik ini, aku kembali terkenang memori silamku. Teringat kenangan yang kukutip semasa Hari Kokurikulum 2004, lima tahun yang lalu. Ketika itu, aku berada dalam darjah enam. Ya, keadaan sekarang sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan keadaan dahulu. Hari Koku 2008 adalah jauh lebih meriah jika dibandingkan dengan Hari Koku 2004 yang lalu. Hemm, keadaan telah banyak berubah!

Meladeni satu persatu persembahan adik-adik cilik ini, aku rasa bersyukur. Alhamdulillah, kita masih mempunyai pelapis dalam kalangan anak-anak muda berjiwa Islam yang begitiu ramai bagi menjadi daie yang berkualiti pada masa akan datang. Semoga adik-adik ini bakal keluar menjadi insan soleh wa musleh yang bakal memberikan ”sesuatu” buat umat Islam kini. InsyaAllah.

Advertisements

Hospital Ampang Puteri

July 27, 2008 at 4:28 pm | Posted in Citra Kehidupan | 1 Comment
Tags: ,

Penat, letih, serta melelahkan! Itulah kesimpulan yang boleh kubuat setibanya aku dan emak di rumah, setelah hampir setengah hari duduk menanti di Hospital Ampang Puteri menanti rawatan yang bakal diberikan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menanti dengan lama, akhirnya aku dan emak berjaya menemui doktor yang kami nantikan. Aku menemui doktor dermatologi, yang mesra dipanggil dengan gelaran Dr Bidu, bagi mencari penawar terhadap penyakit gatal-gatalku yang tidak berpenghujung, manakala emak menemui Dr Baljit bagi memeriksa kesihatan matanya.

Seronok juga rasanya kerana inilah kali pertama (setakat yang kuingat) aku berjumpa dengan seorang doktor pakar! Lebih menyeronokkan, apabila aku terpaksa melalui ujian air kencing dan ujian darah. Agak janggal juga rasanya tatkala doktor mengambil sampel air kencing dan darah untuk diuji (Terutamanya sampel air kencing). Namun, Alhamdulillah, akhirnya semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku seringkali ditertawakan oleh orang kerana karenah ”jakun” ku di hospital tersebut.

Kami pulang ke rumah menggunakan teksi memandangkan Abah ada mesyuarat PIBG di sekolah. Kami pula tidak membawa kereta. Setibanya di rumah, setelah menunaikan solat Zuhur, aku terus terbaring di atas katil, kelelahan.

Rehlah Ikhwanul 15

July 21, 2008 at 9:19 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 3 Comments
Tags: ,

Penat rasanya berehlah bersama sahabat-sahabat tercinta lewat Sabtu dan Ahad yang lalu. Walaupun penat, namun kegembiraan dan kehangatan ukhuwah yang terbina kukuh setelah rehlah yang lalu benar-benar menyeronokkan jiwa. Mandi air terjun bersama-sama, tidur bersama-sama, berhimpit-himpit dalam van bersama-sama, LDK bersama-sama, benar-benar mampu menyemarakkan ukhuwah antara kita semua!

Sebaik-baik sahaja rehlah tamat, ana benar-benar kepenatan mengenangkan rutin yang bakal dilaksanakan seusai rehlah – membasuh kasut sekolah yang penuh dengan pasir sungai, membilas baju-baju sebelum dimasukkan dalam mesin basuh, mengemas beg baju, dan sebagainya. Namun Alhamdulillah, semuanya mampu kulaksanakan dengan baik, walaupun selepas itu aku terlelap di atas katil sehingga Asar menjelang! Ya Allah, lamanya aku tertidur. Mungkin kelelahan yang teramat sangat kot…

Isnin. Hari ini kembali mencabar mindaku untuk terus bekerja keras. Menghafal. Menghafal. Menghafal. Itulah cabaran utama buat mindaku pada hari ini. Seawal sebelum Subuh lagi, otakku sudah kukerah bersungguh-sungguh menyiapkan skrip untuk Oral English. Malangnya, skrip itu tidak sempat kusiapkan sebelum ke sekolah! Ya Allah, sungguh aku berada dalam keributan. Aku bertekad untuk Oral tanpa berpandukan skrip, walaupun aku tahu, agak payah untukku bertutur dalam Bahasa Inggeris tanpa sebarang persediaan. Bagi mengelakkan kecelaruan timbul semasa Oral nanti, aku tetap berusaha menghafal sedikit sebanyak isi-isi yang bakal kusampaikan nanti. Alhamdulillah, aku berjaya menyampaikan Oral ku, dengan tajuk “How to memorize the Quran?” tanpa sebarang masalah besar, walaupun hakikatnya sedikit tersekat-sekat.

Kemudian, otakku terpaksa kukerah menghafal surah Muhammad untuk tasmi’ dengan Ustaz Hasnan, Kemudian, sebelah petang pula, otakku terpaksa kukerah untuk iadah juz 9 supaya lancar tatkala ditebuk oleh Cikgu Roslina. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun aku terpaksa iadah juz 9 lagi sekali kerana bacaan agak tidak lancar. =(

Itulah besarnya kekuasaan Allah. Walaupun otak kita sentiasa penat bekerja memerah idea, namun, ia tetap patuh dan taat pada perintah Allah. Cuma kita? Tepuk dada tanya iman…

P/s: Banyaknya kerja nak dilangsaikan menjelang esok! Report Physics, Karangan BM, Superhot Sejarah (Bab 1 sampai 6), Web A BM… Aduh… Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melangsaikan semua ini. Allahuma Bariklana fi Rajab, wa fi Syaaban, wa Baligna Ramadhan…

Mereka Pun Manusia!

July 19, 2008 at 12:09 am | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 3 Comments
Tags: ,

Jumaat. Hari ini sememangnya merupakan hari yang teramat panjang dan berat buatku! Mana taknya, setelah lima hari straight bertungkus lumus ke sekolah, otak pun mula jadi tepu. Mata pun asyik-asyik kuyu. Subahanallah, kenapalah teruk sangat sikap diriku terhadap ilmu! Astaghfirullah…

Hari ini juga hari yang sangat bersejarah kepadaku. Apa taknya, setelah lama aku berhajat hendak berjumpa dengan Kak Fatimah Syarhaa, penulis novel islami terkenal di Malaysia – Tautan Hati dan Syabab,  barulah hari ini aku dapat bertemu dengan insan yang sangat-sangat kuhormati ini. Terima kasih Cikgu Sakinah kerana berjaya mempertemukanku dengan beliau. Menguruskan Program Jumaat bagi banat, Kak Fatimah Syarhaa, yang lebih mesra dipanggil dengan Kak Haa, telah berkongsi sedikit ilmu mengenai Istihadah dan Haid. Subhanallah, rupa-rupanya masih banyak lagi ilmu-ilmu Allah yang masih ku tidak tahu!

Namun, apa yang menyedihkan, setelah tamat sesi kuliah tersebut, aku terus berjalan bersama dengan seorang sahabtku untuk mengambil kasut kami. Kebetulan, terdapat kira-kira tiga orang pekerja Indonesia yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan surau kami sedang lepak di situ. Sahabatku ini terus mencebik lalu berbisik kepadaku, “Lina, takut lah ana nak ambil kasut tu. Dah la ada pekerja-pekerja Endon kat situ!”

Dengan nada terkejut, aku terus menjawab, “Isy, tak baik cakap macam tu. Dia pun manusia juga. Dan tak ada yang jijiknya dorang tu, mereka cari rezeki halal…”

Dalam hatiku, aku sungguh sedih dan terharu. Mengapa masih ada antara kita yang bersikap prejudis sedemikian? Bukankah mereka juga manusia yang berjuang keras menceri rezeki secara halal untuk sama-sama hidup di dunia ini? Tanpa mereka yang berjerih payah menyiapkan surau ini, tidak akan kita nikmati nikmat solat dalam surau serba indah ini.

Jadi, jangan sesekali memperlekehkan serta memandang serong terhadap mereka. Mereka pun manusia!

Syukran Muallimah!

July 15, 2008 at 6:44 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | Leave a comment
Tags: ,

Upacara Perhimpunan Mingguan Sekolah kulalui dengan rasa mengantuk yang teramat sangat. Macam mana tak mengantuk, hampir sepanjang hari Ahad asyik bergulat dengan kerja rumah yang tidak berkesudahan! Hemm, walaupun dah jerih siapkan, tapi banyak je kerja rumah yang masih belum dilangsaikan. Antara yang paling liat, nota PQS. Macam mana nak siapkan, dah hampir berbulan-bulan tertangguh-tangguh! Tu la akibat kerja bertangguh. Padan muka…

Selesai perhimpunan yang berjalan hampir sejam, (maksudnya sejam la aku tahan mengantuk ye!), aku bergerak malas-malas meninggalkan kawasan dataran yang menjadi tapak perhimpunan setelah memastikan kesemua sahabat seperjuanganku memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Lucu rasanya melihat Banin terpaksa bersurai lebih lambat memandangkan pemeriksaan rambut dijalankan. Bercerita mengenai pemeriksaan rambut, pasti ada sajalah yang rambutnya terlebih had yang ditetapkan sehingga terpaksa dikerat di sekolah!

Sedang aku sibuk memerhatikan keadaan sekeliling, pandanganku terarah ke arah seorang insan yang baru melangkah keluar dari pejabat sekolah. Jauh di sudut hati, aku semacam kenal siapakah gerangan insan tersebut. Namun, bagi mengelakkan aku “termalu”, aku hanya menyimpan perasaan hairan itu dalam hati. Aku terus membiasakan diri berjalan mendekati insan tersebut, manalah tahu, beliau turut mengenaliku! Ceewahh!

Tiba-tiba, aku terasa agar bahuku disapa lembut.

Insan tersebut: Eh, ni Azlina ke? Ingat tak muallimah?

Aku: Ya Allah, ingat! Ni Muallimah Mukrimah ye? Yang ajar ana English waktu ana darjah 2 dulu ye?

Mlmh: Iya. Besar dah anti sekarang. Tingkatan berapa?

Aku: Tingkatan 4…

Mlmh: 4 apa?

Aku: 4 Salahuddin. Napa? Muallimah ajar ana ke?

Mlmh: Ye kot… Ganti Cikgu Mardiana ajar PSI…

Subhanallah. Aku terpana seketika apabila mengingati kajadian itu. Sungguh, para guru tetap akan mengingati anak muridnya sampai bila-bila. Hatta, walaupun anak muridnya yang suatu ketika dahulu disantuninya sewaktu mereka kecil, sudah besar panjang, tetap akan dikenali. Murninya hati seorang guru.

Syukran Muallimah!

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.