Kursus Kepimpinan Ogos 2008

August 31, 2008 at 4:50 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | 11 Comments
Tags: , ,

KURSUS KEPIMPINAN (Ogos 2008)

Kursus Kepimpinan khas buat Qiyadah Ikhwanul Fifteen (nama baru yang sengaja kugubah bagi Kursus Kepimpinan Tingkatan 4 2008) telah selamat kulalui. Alhamdulillah, walaupun aku sememangnya agak kelelahan selepas menjalani Minggu al-Quds, namun, kursus tersebut tetap berjaya menyuntik ria di hatiku, seterusnya memberikan kesedaran buat diriku. Ya Allah, rupa-rupanya, setelah hampir tiga tahun memegang amanah sebagai pengawas di SMIAAG, masih banyak lagi elemen-elemen kepimpinan yang masih kurang dalam diriku.

Palestin Fi Qulubina Abadan Abada

Palestin Fi Qulubina Abadan Abada

Alangkah berdosanya aku kerana gagal menyempurnakan amanah yang kugalas di bahuku! Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan untuk mengubah sikap dan mentalitiku ini. Semoga kepemergianku ke kursus ini berjaya mengubah akhlakku ke arah yang lebih sempurna.

TERJATUH KERUSI

Entah bagaimana, tatkala khusyu’ (khusyu’? Ye ke, bukan tengah bercakap dengan Azah ke?) mendengar ceramah Us Hasni berkaitan dengan kepimpinan, fail ku tiba-tiba terjatuh ke bahagian tepi kerusiku. Tanpa berfikir panjang, ditambahnya dengan sikap malasku, aku pun terus mencuba untuk mencapai fail tersebut tanpa bangun daripada kerusi. Fail tersebut terjatuh agak jauh daripada kerusiku.

Dengan izin Allah, secara tidak semena-mena, disebabkan tanganku terlalu berusaha untuk mencapai fail tersebut, aku hilang imbangan. Tanpa boleh kukawal, aku serta kerusi yang kududuki terjatuh ke tepi. Sudahlah aku duduk di barisan paling hadapan. Sudahlah di tepiku (agak jauh) merupakan kawasan duduk buat ikhwan. Ya Allah, malunya usah kukira. Aku hanya mampu tergelak sahaja bagi mengusir perasaan maluku itu. Tidak sanggup rasanya untuk kutentang mata-mata yang menyaksikan kejadian tersebut. Ceramah terberhenti seketika. Puas akhawat-akhawat menggelakkanku. Alhamdulillah Ikhwan agak thiqah, tidak langsung mentertawakanku. Apa-apapun, aku tidak kisah pun digelakkan oleh sahabat-sahabatku. Bagiku, itulah indahnya persahabatan!

MENJELANG MALAM

Aku dijadualkan untuk hirasah pada pukul 12:45 malam. Bosannya hirasah. 45 minit, aduh… Lamanya… Tidak tahu apa yang perlu kubuat. Nabilah dan Azah tak habis-habis membuka kedai kopi. Nak masuk campur, malas rasanya. Apa lagi, aku mengambil keputusan untuk iadah Quran. Tamam sejuzuk, perasaan malas mula menguasai diriku. Akhirnya, aku turut mengikuti bisnes Azah dan Nabilah.

Tak lama selepas itu, Kak Fathy datang ke arah kami. Ya Allah, Kak Fathy pun tak tidur lagi! Khabarnya ada meeting tadi. Apa lagi, kami terus berbual-bual berempat. Rancak juga perbualan kami. Setelah hampir jam 3:15 pagi, barulah bisnes kami dibubarkan. Alahai, tinggal sejam je lagi untuk tidur! Pukul 4:30 semua digesa bangun untuk qiam.

Mataku terus kupejamkan. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dalam tidurku yang sedikit ini…

AHAD

Alhamdulillah, kursus ini berjaya kutamatkan dengan penuh penghayatan.

Alhamdulillah, malam ini, bulan penuh kerahmatan bakal menjelma. Moga kita mengambil ibrah daripadanya. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!!

Minggu al-Quds dan Qunut Nazilah

August 29, 2008 at 7:14 pm | Posted in Renungan, Sekolahku | 6 Comments
Tags: ,
Kanak-kanak, wanita, turut mengangkat senjata. Bagaimana dengan kita?

Kanak-kanak, wanita, turut mengangkat senjata. Bagaimana dengan kita?

PERTANDINGAN KUIZ

Pertandingan kuiz sempena Minggu al-Quds telah dianjurkan dengan penuh kemeriahan petang tadi. Aku gembira melihat bagaimana berkobar-kobarnya kalian hendak menjawab soalan yang diajukan. Aku juga bahagia melihat bilangan kesilapan yang kalian lakukan dalam soalan objektif, majoritinya tidak melebihi lima kesalahan. Syabas aku ucapkan. Nampaknya, kalian benar-benar mengambil tahu terhadap isu ini. Semoga dengan berkembangnya pengetahuan kita mengenai isu besar ini, kita akan makin bersemangat memperjuangkan isu al-Quds ini.

Namun, hatiku sedikit sayu melihat kelas yang menjadi tempat tumpahnya keringatku menuntut ilmu tidak mampu menjadi johan dalam pertandingan ini. Alhamdulillah, walaupun bukan juara, tapi kalian menduduki tempat kedua, walaupun hakikatnya kalian semua menyertai pertandingan ini secara paksa rela, terutamanya Een dan Zulfa. Tahniah kuucapkan.

Buat adik-adik yang menyertai kuiz kali ini, tahniah akak ucapkan atas keberanian adik-adik. Semoga Minggu al-Quds ini akan menjadi titik permulaan yang baik bagi adik-adik untuk lebih mendalami isu melibatkan Bumi Isra’ ini.

QUNUT NAZILAH

“Ha, baca qunut Nazilah!” Seru Us Hasnan kepada salah seorang akhawat dalam kelas kami. Terkejut badak kami. Qunut Nazilah? Rasanya aku pernah dengar nama doa tersebut. Owh.. Yang dibaca oleh Nabi tatkala ditindas puak kuffar tu… Aduh, aku pernah hafal doa tersebut ketika tingkatan dua dahulu. Tapi, sekarang dah berkarat dah. Oh ya… Depan dia, Allahumma Inna Najaluka Fi Nuhuri A’daaina…

“Tak pe… Esok Ustaz nak semua dah hafal!” Tegas Us Hasnan sebelum beredar daripada kelas.

Keesokan harinya, Us Hasnan masuk melangkah ke dalam kelas. Soalan yang sama diajukan. Kali ini, kepada ikhwan… Malangnya, mungkin disebabkan hambatan masa, tiada siapa yang hafal doa tersebut. Soalan yang sama ditujukan kepada akhawat. Tiada siapa berani mencuba, walaupun hakikatnya ada seorang dua yang hafal.

“Kalau tak ada orang ingat, tak payah duduk…”

Akhirnya, aku pun cuba-cuba membaca doa tersebut. Akibat lama tak amalkan, tergeliat lidah. Ada juga tempat-tempat yang tak berapa nak fasih sebutannya. Tapi, tak apalah. Allah bagi peringatan rupanya suruh amalkan doa tersebut…

Di sini, aku lampirkan doa tersebut buat amalan kalian.

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Terjemahannya:

Ya ALlah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.

Tirai Minggu al-Quds ditutup dengan penuh kenangan serta kesedaran buat diriku, yang berkemungkinan tidak dapat kulupakan! Sebak rasanya mengenangkan penderitaan ikhwan-ikhwan kita di sana. Sesak jiwa apabila terbayang misi-misi kejam dan penuh hasad tajaan puak Yahudi Laknatullah. Subhanallah… Namun, berapa banyak yang telah kulakukan demi membantu mereka? Mampukah diriku ini menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya oleh Allah di Mahsyar nanti mengenai apa sumbanganku buat mereka?

Kecewa

August 26, 2008 at 8:40 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | Leave a comment
Tags: ,

Hidupku hari ini gundah gulana. Keputusan imtihanku serba tidak kena. Aku kecewa. Bukan kerana melihat natijah imtihanku, aku kecewa kerana telah mengecewakan ayahanda dan bonda tercintaku! Sukar untukku ungkapkan apa-apa.

Kadang-kadang, aku berasa seolah-olah hendak putus asa tatkala menerajui maddah-maddah yang agak sukar untukku, seperti Bahasa Arab Tinggi dan Physics. Seringkali juga aku berasa bahawa apakan daya, aku bukanlah sepintar ibu bapaku yang rata-rata memperoleh markah 90 ke atas dalam subjek Physics, Add Maths, Maths, dan Chemistry.

Namun, aku sedar. Aku bukanlah tidak mampu mengemudi kedua-dua maddah itu, cuma aku seringkali culas dalam melaksanakannya. Sememangnya tidak boleh ditipu, aku bukanlah insan yang menelaah buku setiap hari. Adakalanya, kerja rumah pun tidak kulangsaikan. Selayaknya, aku tidak patut kecewa. Kejayaan sememangnya tidak akan dikalungkan ke leher insan-insan yang menjadikan sifat malas sebagai rajanya! Itulah janji Allah buat sekalian hambanya.

Ya Allah kurniakanlah kejayaan buatku. Usahlah biarkan sifat malas menjalar dalam diriku yang kerdil ini. Alhamdulillah, sebagai muslim, walaupun bagaimana kecewa sekalipun, aku masih mempunyai Allah sebagai pembantuku! Ku tinggalkan kalian dengan seuntai lirik nasyid You Are Never Alone, dendangan Zain Bikha.

Sometimes when the world’s not on your side
You don’t know where to run to
You dont know where to hide
You gaze at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes
Looking for a reason to replace what is gone
Just remember, remember
That you are never alone
Chorus: You are never alone
Just reach into your heart and Allah is always there
You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You will never be alone

So now, as you long for your past
Prepare for you future
But knowing nothing’s gonna last
You see, this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
and Paradise will be your home
and always remember that you are never alone

Chorus(x2)

Tatkala Berlabuhnya Tirai Olimpik

August 25, 2008 at 9:49 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | Leave a comment
Tags:

Alhamdulillah, akhirnya Sukan Olimpik Beijing 2008 telah pun menutup tirainya. Sedih. Suka. Entahlah yang mana satu. Sedih… Mengapa ya?

Olympic Ring

Olympic Ring

Aku sememangnya meminati mana-mana temasya sukan, hatta, temasya sukan SUKMA yang kecil itu tetap aku minat! Apatah lagi sukan Olimpik… Kendatipun aku tidak mempunyai ASTRO untuk menonton siaran sukan tersebut secara langsung selama 24 jam, namun aku masih berusaha untuk mengikuti liputan langsung sukan olimpik yang terhad, melalui TV1 dan TV2, sehinggakan ruangan Sorotan Harian yang disiarkan lewat jam 12 malam pun aku ikuti!

MULA MEMINATI

Aku mula minat untuk mengikuti perkembangan temasya-temasya sukan ini sejak aku menyertai kelas Taekwondo di UIAM. Ketika itu, aku agak aktif dalam sukan tersebut. Agak banyak juga bilangan pertandingan Taekwondo kusertai, bermula di peringkat daerah, sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Banyak pengalaman kutimba. Sebenarnya, pengalaman-pengalaman inilah yang telah banyak mengajarku tentang kehidupan ini!

With my opponent

With my opponent

Sebelum menyertai mana-mana pertandingan, kami terpaksa melalui latihan demi latihan intensif demi memastikan bahawa kami sudah bersedia dan “fit” sebelum masuk gelanggang. Antara yang paling kuuingat, sebelum menyertai kejohanan MSSD Gombak dan MSSS, kami dipaksa untuk berlatih hampir setiap petang di Sek Men Teknik Gombak. Kadang-kadang, latihan tersebut berlarutan sehingga ke malam. Penatnya, usah terkata. Namun, hasilnya manis apabila kesemua kami mendapat emas ketika kejohanan MSSD Gombak, dan satu emas, tiga perak tatkala MSSS.

USAHA GIGIH

Aku suka melihat siaran langsung Olimpik di kaca televisyen. Namun, yang benar-benar menjentik hatiku untuk menonton perjalanan temasya sukan tersebut ialah keinginan untuk melihat semangat para atlet untuk beraksi di kejohanan tersebut, setelah bertahun-tahun berusaha keras demi memastikan kejayaan milik mereka. AKu bukan setakat suka melihat acara tersebut di Televisyen, malah aku juga sering membaca mengenai persiapan-persiapan para atlet yang beraksi sebelum menyertai temasya terbesar dunia tersebut.

Kagum aku apabila aku terbaca mengenai kisah di sebalik kejayaan dua adik beradik Russia yang mengungguli acara renang berirama. Bayangkan, setiap hari, hampir 8 jam mereka gunakan untuk berlatih. Tiga jam untuk berenang, dan baki lima jam digunakan untuk berlatih gimnastik. Ini tidak dikira lagi latihan-latihan yang mengiringi para atlet China sebelum menyertai temasya ini.

Tatkala aku terbaca mengenai kisah seorang penembak China yang memenangi pingat emas dalam temasya ini, aku disentak kagum apabila terkenangkan usaha gigih mereka. Bayangkan, antara tempoh olimpik Athens 2004 dan Beijing 2008, beliau hanya dibenarkan pulang berjumpa dengan ahli keluarga selama enam kali. Masa selebihnya ditumpukan untuk latihan.

Kejayaan Memerlukan Pengorbanan dan Usaha

Kejayaan Memerlukan Pengorbanan dan Usaha

IBRAH

Subhanallah, betapa bersungguhnya mereka dalam mengejar matlamat duniawi yang bersifat materialistik! Bagaimana dengan kita? Adakah kita berusaha dengan sebegitu dahsyat demi mengajar matlamat ukhrawi kita yang hasilnya lebih manis daripada segala-galanya? Ataupun kita masih enak tidur di peraduan dibelai nikmat dunia.

Begitu juga dengan dakwah. Andai tidak ada usaha yang luar biasa dalam usaha untuk menarik madu’, bagaimana madu’ mahu tertarik dengan Islam? Andai “lisanul hal” kita pun tak seberapa, bagaimana kita mahu mendekatkan hati pihak kuffar terhadap keindahan Islam?

Bayangkan, untuk mengejar kejayaan dalam sukan ini pun, usaha diperlukan. Apatah lagi dalam bidang pelajaran. Perkara yang sama juga diperlukan. USAHA. USAHA. USAHA. Tanpa usaha secukupnya, kita tidak akan berasa “gagah” tatkala melangkah masuk dalam gelanggang imtihan! Tanpa persiapan yang sewajarnya, tidak mungkin kita akan menggapai kejayaan, seterusnya memenuhi impian ayahanda dan bonda!

SUKA

Jauh di sudut hati, aku suka juga apabila temasya Sukan Olimpik yang kugilai akhirnya berarak pergi. Kerna, dengan cara ini sahajalah aku mampu membebaskan diri daripada asyik menjadi hamba televisyen, setelah hampir 16 hari berkhidmat padanya!

Ramadhan oh Ramadhan!

August 23, 2008 at 7:30 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 4 Comments
Tags: ,

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan menjengah! Tak percaya rasanya. Terasa baru sangat Ramadhan yang lalu berlalu pergi. Tak sempat rasanya proses pengislahan diri nak berlangsung, dah hampir dijengah Ramadhan 1429… Ya Allah, alangkah laghanya diriku ini!

SHAS Mosque, UIAM

Ramadhan yang lalu sememangnya istimewa buatku. Banyak kenangan-kenangan serta memori-memori manis yang masih segar dalam ingatanku.  Rasanya baru seketika aku berkejar-kejaran dengan Azhari hampir saban malam di halaman SHAS Mosque, UIAM tatkala menanti imam melaungkan azan Isya’. Masih kedengaran di telingaku suara merdu Adik Muhammad bin Ahmad Zahid, si Hafiz cilik yang pernah memimpin jemaah tatkala solat Tarawih.

Teringat kenangan tatkala aku dan Een beriktikaf di Masjid SHAS, UIAM. Hemm, dah jumpa berdua, tak jadi kerjalah jawabnya. Tapi Alhamdulillah, walaupun kami hampir-hampir nak tertidur mati tak sedar (waktu tu, imam dah pun angkat takbir nak solat Tahajud), Allah tetap mengizinkan kami untuk mengikuti jemaah pada Subuh yang hening itu. Terkocoh-kocoh kami berlari menuruni anak tangga untuk mengambil wudhu’. Akhirnya, kami masih sempat mengikut jamaah, walaupun hakikatnya kami tetap masbuk!

Imtihan PMR 2007

Ramadhan yang lalu turut diisi dengan imtihan PMR ku. Alhamdulillah PMR 2007 dijalankan masa bulan puasa. Taklah aku terlalu tertekan memikirkan mengenainya kerana tumpuanku ketika itu lebih terjerumus kepada kemeriahan bulan Ramadhan. Imtihan PMR kujalankan dalam keadaan sama seperti PUI, banyak main-main. Entah mengapa, otakku tak boleh nak fokus. Hemm, mungkin sebab dah lali tengok kertas peperiksaan kot.. Setelah hampir 3 bulan bergelut dengan PUI!

Ramadhan dan Usrahku

Saban tahun, kedatangan Ramadhan berjaya merapatkan silaturrahim dalam keluarga kami. Perasaan mahabbah jelas terasa tatkala kami berbuka puasa bersama-sama, bertadarus bersama-sama, pergi tarawih bersama-sama… Pendek kata, semuanya dilakukan secara bersama-sama. Itulah yang menyebabkan ikatan mahabbah antara kami berjaya dieratkan!

Sungguh kutak sabar menanti kedatangan Ramadhan kali ini. Namun, hatiku tetap dipalu debar, mampukah Ramadhan kali ini kujalani dengan lebih baik berbanding Ramadhan lalu? Sudah bersediakah aku untuk melangkah masuk dalam bulan penuh rahmat dan maghfirah ini – secara fizikal, mental, dan rohaninya? Ya Allah, berilah aku sepenuh kekuatan untuk memperbaiki diriku nan lemah ini…

ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAJAB, WA FI SYAABAN, WA BALIGHNA RAMADHAN…

Tanggal 21 Ogos, Perlukah dikenang?

August 21, 2008 at 11:25 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | 2 Comments
Tags:

Tarikh 21 Ogos 1969 mencatatkan peristiwa tragis dalam sejarah Baitul Maqdis apabila Masjid Al-Aqsa tempat persinggahan Rasulullah SAW semasa Isra’ Mikraj dibakar oleh pihak zionis. Tragedi pembakaran ini memperlihatkan beberapa kerosakan kekal terhadap struktur Masjidil Aqsa.

Pada 21 Ogos setiap tahun, tarikh ini diingati oleh pencinta kedamaian dan pejuang Islam sebagai Hari Memperingati Al-Quds atau disebut sebagai “Remembrance of Al-Quds” atau ringkasnya ROQ. Hari Al-Quds sedunia ini disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila.
Pada tanggal bersejarah ini, Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbar besarnya (mimbar Solahuddin). Api tersebut menyala dengan sangat marak. Ketika itu, pihak bomba dengan sengajanya tidak hadir menghulurkan bantuan.

Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Lagi satu, tanggal 21 Ogos ini merupakan yaumul milad nenenda tercinta. Aduh, rindu bangat seyh! Harap-harap Sabtu Ahad ni dapat balik Kuantan!

Cuti Yang Tidak Seperti Cuti

August 19, 2008 at 5:18 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | Leave a comment
Tags: ,

Cuti. Namun, bagiku, cuti bukanlah cuti!

Sebagai Khalifah di muka bumi ini, banyak tugas dan tanggungjawab perlu kulangsaikan. Sebagai Hamba buat rabbNya, aku perlu lebih banyak berusaha melipatgandakan amalan harianku supaya tidak kekok menjelang Ramadan nanti. Ya Allah, semoga impian awalku ini berjaya kulaksanakan!

Sebagai seorang murid yang masih menuntut ilmu di bangku persekolahan, aku (sepatutnya!) perlu bersiap sedia dengan topik-topik yang perlu dipelajari menjelang baki semester dua ini. S

ebagai seorang yang berusaha untuk menjadi seorang pemelihara kalamullah yang sejati, banyak tenaga perlu kutumpukan demi memastikan kelancaran hafalan Quranku. Alhamdulillah, kehadiran kelas Tahfiz sewaktu cuti ini benar-benar memudahkanku untuk mengiadah hafalanku. Andai tiada, entah bagaimana hendak aku bergelumang dengan sifat malasku ini!

Gambar kenangan tahfiz bersama Cikgu Roslina semasa aku Tingkatan 2

Dan sebagai seorang mukmin yang belajar untuk peduli mengenai isu al-Quds ini, banyak masaku perlu kutumpukan bagi memastikan Minggu al-Quds yang bakal dijalankan minggu depan mampu berjalan dengan lancar serta mampu memberi kesan buat semua murid SMIAAG. Dan inilah yang sedang kutumpukan buat masa ini! (Bukan bermakna menolak ke tepi tanggungjawab-tanggungjawab yang lain. Tapi berusaha memenuhi kesemuanya sekali!)

Hahaha… Rekaan awal “kepala” Soutul Quds. Menarikkah?

Lagi Gambar Nenek di UK

August 15, 2008 at 9:40 pm | Posted in Usrati | Leave a comment
Tags:

Aduh, nenek! Gambar nenek dengan bunga tu rasanya macam sama besar aja. Subhanllah, lawanya melihat suasana musim bunga di UK. Kehijauannya benar-benar memukau pandangan mata! Ya Rabbi, besarnya kekuasaan Mu!

Nenek dan Atuk Tercinta

August 15, 2008 at 12:07 am | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | Leave a comment
Tags: , ,

Penat bebenar rasanya hari ini. Entah mengapa. Tapi yang pastinya, imtihan Add Maths dan Bahasa Arab Tinggi benar-benar meletihkan mindaku. Dengan persediaan yang tidak seberapa (atau sememangnya tiada), aku benar-benar menggagau sepanjang imtihan berjalan. Aduh, sungguh meletihkan! Keadaan badanku yang tidak beberapa sihat (sakit kepala serta bersin-bersin) benar-benar menambahkan “kelazatan” tatkala imtihan. Subhanallah, barulah aku tahu, betapa sebenarnya kesihatan itu merupakan nikmat kurniaan tuhan yang tidak terhingga nilainya!

Proses pemelajaran kami hari ini ditutup dengan usrah. Betapa aku merindui suasana liqa’ yang membuahkan ukhuwwah ini! Alhamdulillah, usrah kali ini, kami bergabung dengan kumpulan cikgu Alia. Tambah menceriakan, kami menonton filem Kiamat Sudah Dekat yang dibawa oleh Cikgu Arasy. Meriah. Masing-masing duduk dengan gaya masing-masing. Gaya bebas! Tergolek-golek kami bergelak ketawa melihat cerita tersebut. Hilang sakit kepalaku!

Subhanallah, indahnya jalan cerita yang dipamerkan. Di sebalik unsur-unsur humor yang diselitkan, banyak ibrah-ibrah yang tersembunyi! Sedihnya, kami hanya sempat menonton separuh daripada keseluruhan filem tersebut. InsyaAllah, andai ada masa terluang lagi, kita tonton sama-sama ye…

Usai Mesyuarat Minggu al-Quds, aku terus melangkah laju keluar dari pagar sekolah. Kepenatan jelas terasa. Perutku berkeroncong. Kebetulan aku tak makan sejak rehat pertama tadi. Terasa perutku benar-benar rindukan belaian makanan! Pantas aku naik ke dalam kereta. Setelah memberi salam, aku terus berbual-bual mesra dengan abah serta bertukar-tukar cerita.

Lina : Abah, jomlah kita pergi makan. Nak tunggu mak balik lambat lagi…

Abah : Ala… Abah tak solat lagi. Kita balik dulu la…

Lina : Okayla… Tapi lepas tu kita keluar ye…

Dalam hati, aku memujuk diriku supaya bersabar. Takpelah… Mungkin ada hikmahnya.

Setibanya di rumah, aku terus meluru masuk. Salam kuberikan. Memang amalan ini telah lama menjadi darah daging dalam keluarga kami. Bayangan makanan menjalar dalam ruang mataku. Aduh… Aduh… Sabarlah duhai perut… Sabarlah…

Tatkala aku melangkah masuk, nenek dan atuk yang sudah lama kurindu menjawab salamku. Aku terkejut. “Eh, nenek? Atuk?” Subhanallah, aku terus berpelukan mesra. Rupa-rupanya, nenek dan atuk datang ke sini dengan Mak Cik Ija. Kebetulan, Mak Cik Ija hendak ke Ipoh. Jadi, nenek dan atuk ditinggalkan di rumah kami. Alhamdulillah, akhirnya Allah mempertemukan kami juga di bumi Kuala Lumpur ini setelah aku terlepas daripada bertemu dengan insan tersayang ini kerana mengikuti Rehlah Ikhwanul Fifteen.

Puas kami bersembang. Nenek menunjukkan gambar-gambar yang diambil tatkala Nenek, Atuk, dan Busu pergi melawat Aichik di UK. Seronok melihat gambar tersebut. Cerianya suasana…

Di sini aku titipkan sebahagian gambar yang diambil. Syukran jazilan kepada Azhari kerana rajin scan gambar tersebut. Lain kali buat lagi ye…

Nenek dan Atuk bersama-sama polis UK. Eh, Aichik, Busu mana?

Aduhai Quranku, Aduhai Ar-Rijal…

August 12, 2008 at 8:05 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | Leave a comment
Tags:

Serabut (memikirkan persekitaran kehidupanku yang tidak terurus), terkilan (mengenangkan imtihan Fizik sebentar tadi), penat (menjalani rutin kehidupan) dan seribu satu lagi perasaan bercampur baur dalam sanubariku. Sukar rasanya untukku ungkapkan.

Otakku serabut!!!

Madah PQS berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti yang kurasakan bermanfaat. Cikgu Rubiah tidak hadir. Khabarnya, Cikgu telah bersalin anak lelaki tanggal 080808 yang lalu. Tahniah cikgu! Semoga anak yang masih fitrah itu akan menjadi seorang anak yang soleh, penyejuk mata serta penenang jiwa buat ayah bonda. Amin…

Oleh sebab cikgu tidak hadir, dan guru gantinya pula tidak masuk ke dalam kelas, aku terus memanfaatkan masa ini sepenuhnya untuk iadah hafazanku. Baru mula baca tak sampai sehelai, aku sudah mula dibuai rasa mengantuk yang teramat sangat. Merenung kembali mushaf yang dipegang erat di tanganku, aku mula mengeluh. Subhanallah, banyak lagi yang perlu ku habiskan! Tapi, mata dah semakin berat. Aduhai… Macam mana ni???

Bermundar-mandir keliling kelas, aku akhirnya duduk melutut di atas lantai sebelah Kak Ruby. Seperti biasa, aku menyuruh Kak Ruby menebukku secara rambang sekitar juzu’ 1 sehingga juzu’ 10. Riuh rendah kelas 4 SAL dengan telatah keanak-anakan seluruh penghuninya. Hemm, aku tak lah berapa kisah dengan keriuhan ini. Sesekali, biarlah meriah… Sepanjang proses tebuk menebuk itu, kadang-kadang, suara kak Ruby tenggelam timbul dalam kebengitan suasana 4 SAL. Terpaksalah aku mendengar dengan teliti. Subhanallah, di sebalik perkara yang kita nilai sebagai kecil inipun, ada ibrah di sebaliknya. Allah menyuruhku memanfaatkan deria pendengaran yang telah dianugerahkan!

Disebabkan aku hendak mendengar soalan-soalan yang hendak dikemukakan dengan lebih jelas, aku pun duduk di tempat Yam setelah memastikan tidak ada hero-hero kelasku lepak di kawasan berdekatan denganku. Aku rasa, semua warga 4 SAL tahu bahawa kawasan berdekatan tempat Yam bersemayam itu sememangnya menjadi lokasi khas hero-hero kelas kami membuka kedai kopi mereka.

Tipa-tiba, di luar jangkaanku, tatkala aku sedang mahsyuk menjawab tebukan-tebukan rambang kak Ruby, terkejut besarku apabila melihat hero-hero kelas kami sedang sibuk membuka gerai kopi mereka berdekatan dengan tempatku duduk. Jika kuukur, rasanya tak sampai jarak setengah meter antara jarak kerusiku dengan kerusi ikhwan tersebut. Subhanallah, betapa terkejutnya diriku ini. Gelabah rasanya berada dalam situasi sebegini, dihampiri oleh arrijal yang bukan mahramku! Sepantas kilat aku mengalihkan kerusiku ke arah belah kiri Kak Ruby. Sungguh aku malu dengan kejadian itu.

Batinku ditujahi pelbagai pertanyaan yang menyesakkan kalbuku. Duhai ar-Rijal harapan agama, mengapakah tidak boleh kalian menghormati kami, akhawat-akhawat yang juga merangkap saudara seislam kalian juga? Kalau kalian tetap mahu duduk di kawasan yang ada akhawat di situ, berilah isyarat kepada akhawat tersebut supaya beredar. Kan mudah sahaja caranya. Atau kalian sendiri sudah lali duduk berdekatan dengan akhawat sebegitu? Astaghfirullah…

Ikhwan sekalian, lapangkanlah laluan untuk kami supaya kami mudah melaluinya tanpa keseganan yang mendalam. Jangan halang laluan kami. Tolonglah berkerjasama dengan kami supaya kami mudah menjaga perbatasan muamalah seperti yang digariskan oleh ad-Deen. Ya Allah, lemparkanlah sinar hidayahmu buat kami ini yang hidup dalam kejahilan. Berikanlah maghfirahMu Ya Allah.

Berbual dengan Kak Ruby… Ada isu menarik yang kami bicarakan selain membincangkan masalah ketidakpedulian banin ini. Hemm… Menurut abang Kak Ruby, yang juga merupakan seorang huffazul quran, tok gurunya pernah berkata bahawa Allah akan menunjukkan azabnya sejak di dunia lagi bagi orang-orang yang menghafal Kalamullah, tetapi seringkali lagha dalam memeliharanya. Insan-insan seperti ini akan sentiasa hidup dalam kegelisahan, ketidak tenteraman, dan hatinya akan diliputi maksiat.

Astaghfirullah, termasukkah aku dalam kelompok ini? Adakah ini puncanya mengapa aku sentiasa gelisah, hati rasa bersalah, semua perbuatan dirasakan tidak semena? Subhanallah… Berikanlah kekuatan untukku menghadapi hari-hari yang bakal mendatang…

p/s: Ya Allah, biarlah awan mendung yang menyeliputi diriku sepanjang imtihan Biology dan Physics ini berlalu pergi. Semoga aku dapat melihat mentari pagi cerah bersinar menjelang imtihan Chemistry esok. Amin ya rabbal alamin…

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.