Ramadhan oh Ramadhan!

August 23, 2008 at 7:30 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 4 Comments
Tags: ,

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan menjengah! Tak percaya rasanya. Terasa baru sangat Ramadhan yang lalu berlalu pergi. Tak sempat rasanya proses pengislahan diri nak berlangsung, dah hampir dijengah Ramadhan 1429… Ya Allah, alangkah laghanya diriku ini!

SHAS Mosque, UIAM

Ramadhan yang lalu sememangnya istimewa buatku. Banyak kenangan-kenangan serta memori-memori manis yang masih segar dalam ingatanku.  Rasanya baru seketika aku berkejar-kejaran dengan Azhari hampir saban malam di halaman SHAS Mosque, UIAM tatkala menanti imam melaungkan azan Isya’. Masih kedengaran di telingaku suara merdu Adik Muhammad bin Ahmad Zahid, si Hafiz cilik yang pernah memimpin jemaah tatkala solat Tarawih.

Teringat kenangan tatkala aku dan Een beriktikaf di Masjid SHAS, UIAM. Hemm, dah jumpa berdua, tak jadi kerjalah jawabnya. Tapi Alhamdulillah, walaupun kami hampir-hampir nak tertidur mati tak sedar (waktu tu, imam dah pun angkat takbir nak solat Tahajud), Allah tetap mengizinkan kami untuk mengikuti jemaah pada Subuh yang hening itu. Terkocoh-kocoh kami berlari menuruni anak tangga untuk mengambil wudhu’. Akhirnya, kami masih sempat mengikut jamaah, walaupun hakikatnya kami tetap masbuk!

Imtihan PMR 2007

Ramadhan yang lalu turut diisi dengan imtihan PMR ku. Alhamdulillah PMR 2007 dijalankan masa bulan puasa. Taklah aku terlalu tertekan memikirkan mengenainya kerana tumpuanku ketika itu lebih terjerumus kepada kemeriahan bulan Ramadhan. Imtihan PMR kujalankan dalam keadaan sama seperti PUI, banyak main-main. Entah mengapa, otakku tak boleh nak fokus. Hemm, mungkin sebab dah lali tengok kertas peperiksaan kot.. Setelah hampir 3 bulan bergelut dengan PUI!

Ramadhan dan Usrahku

Saban tahun, kedatangan Ramadhan berjaya merapatkan silaturrahim dalam keluarga kami. Perasaan mahabbah jelas terasa tatkala kami berbuka puasa bersama-sama, bertadarus bersama-sama, pergi tarawih bersama-sama… Pendek kata, semuanya dilakukan secara bersama-sama. Itulah yang menyebabkan ikatan mahabbah antara kami berjaya dieratkan!

Sungguh kutak sabar menanti kedatangan Ramadhan kali ini. Namun, hatiku tetap dipalu debar, mampukah Ramadhan kali ini kujalani dengan lebih baik berbanding Ramadhan lalu? Sudah bersediakah aku untuk melangkah masuk dalam bulan penuh rahmat dan maghfirah ini – secara fizikal, mental, dan rohaninya? Ya Allah, berilah aku sepenuh kekuatan untuk memperbaiki diriku nan lemah ini…

ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAJAB, WA FI SYAABAN, WA BALIGHNA RAMADHAN…

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. jOM IKTIKAF lagI NAk. hEH3

  2. marhaban yaa syahra ramadlan…semoga barokah Allah menyertai kita…amien…

    wassalaam,

  3. salam. your post reminds me zaman ana dulu2. dekat masjid UIA.
    sayu pulak ingat…thanks. barakallahu fiik.

  4. ingat suasana iktikaf di UIAM masa form 2..bersama Kak Fathy serta rakan…kenangan indah.Tingkatan 5 pn time tu mentelaah bersungguh2.dengan kak cik serta cikgu shikin.katanya,trial SPM nak dekat..!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: