Aduhai Quranku, Aduhai Ar-Rijal…

August 12, 2008 at 8:05 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | Leave a comment
Tags:

Serabut (memikirkan persekitaran kehidupanku yang tidak terurus), terkilan (mengenangkan imtihan Fizik sebentar tadi), penat (menjalani rutin kehidupan) dan seribu satu lagi perasaan bercampur baur dalam sanubariku. Sukar rasanya untukku ungkapkan.

Otakku serabut!!!

Madah PQS berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti yang kurasakan bermanfaat. Cikgu Rubiah tidak hadir. Khabarnya, Cikgu telah bersalin anak lelaki tanggal 080808 yang lalu. Tahniah cikgu! Semoga anak yang masih fitrah itu akan menjadi seorang anak yang soleh, penyejuk mata serta penenang jiwa buat ayah bonda. Amin…

Oleh sebab cikgu tidak hadir, dan guru gantinya pula tidak masuk ke dalam kelas, aku terus memanfaatkan masa ini sepenuhnya untuk iadah hafazanku. Baru mula baca tak sampai sehelai, aku sudah mula dibuai rasa mengantuk yang teramat sangat. Merenung kembali mushaf yang dipegang erat di tanganku, aku mula mengeluh. Subhanallah, banyak lagi yang perlu ku habiskan! Tapi, mata dah semakin berat. Aduhai… Macam mana ni???

Bermundar-mandir keliling kelas, aku akhirnya duduk melutut di atas lantai sebelah Kak Ruby. Seperti biasa, aku menyuruh Kak Ruby menebukku secara rambang sekitar juzu’ 1 sehingga juzu’ 10. Riuh rendah kelas 4 SAL dengan telatah keanak-anakan seluruh penghuninya. Hemm, aku tak lah berapa kisah dengan keriuhan ini. Sesekali, biarlah meriah… Sepanjang proses tebuk menebuk itu, kadang-kadang, suara kak Ruby tenggelam timbul dalam kebengitan suasana 4 SAL. Terpaksalah aku mendengar dengan teliti. Subhanallah, di sebalik perkara yang kita nilai sebagai kecil inipun, ada ibrah di sebaliknya. Allah menyuruhku memanfaatkan deria pendengaran yang telah dianugerahkan!

Disebabkan aku hendak mendengar soalan-soalan yang hendak dikemukakan dengan lebih jelas, aku pun duduk di tempat Yam setelah memastikan tidak ada hero-hero kelasku lepak di kawasan berdekatan denganku. Aku rasa, semua warga 4 SAL tahu bahawa kawasan berdekatan tempat Yam bersemayam itu sememangnya menjadi lokasi khas hero-hero kelas kami membuka kedai kopi mereka.

Tipa-tiba, di luar jangkaanku, tatkala aku sedang mahsyuk menjawab tebukan-tebukan rambang kak Ruby, terkejut besarku apabila melihat hero-hero kelas kami sedang sibuk membuka gerai kopi mereka berdekatan dengan tempatku duduk. Jika kuukur, rasanya tak sampai jarak setengah meter antara jarak kerusiku dengan kerusi ikhwan tersebut. Subhanallah, betapa terkejutnya diriku ini. Gelabah rasanya berada dalam situasi sebegini, dihampiri oleh arrijal yang bukan mahramku! Sepantas kilat aku mengalihkan kerusiku ke arah belah kiri Kak Ruby. Sungguh aku malu dengan kejadian itu.

Batinku ditujahi pelbagai pertanyaan yang menyesakkan kalbuku. Duhai ar-Rijal harapan agama, mengapakah tidak boleh kalian menghormati kami, akhawat-akhawat yang juga merangkap saudara seislam kalian juga? Kalau kalian tetap mahu duduk di kawasan yang ada akhawat di situ, berilah isyarat kepada akhawat tersebut supaya beredar. Kan mudah sahaja caranya. Atau kalian sendiri sudah lali duduk berdekatan dengan akhawat sebegitu? Astaghfirullah…

Ikhwan sekalian, lapangkanlah laluan untuk kami supaya kami mudah melaluinya tanpa keseganan yang mendalam. Jangan halang laluan kami. Tolonglah berkerjasama dengan kami supaya kami mudah menjaga perbatasan muamalah seperti yang digariskan oleh ad-Deen. Ya Allah, lemparkanlah sinar hidayahmu buat kami ini yang hidup dalam kejahilan. Berikanlah maghfirahMu Ya Allah.

Berbual dengan Kak Ruby… Ada isu menarik yang kami bicarakan selain membincangkan masalah ketidakpedulian banin ini. Hemm… Menurut abang Kak Ruby, yang juga merupakan seorang huffazul quran, tok gurunya pernah berkata bahawa Allah akan menunjukkan azabnya sejak di dunia lagi bagi orang-orang yang menghafal Kalamullah, tetapi seringkali lagha dalam memeliharanya. Insan-insan seperti ini akan sentiasa hidup dalam kegelisahan, ketidak tenteraman, dan hatinya akan diliputi maksiat.

Astaghfirullah, termasukkah aku dalam kelompok ini? Adakah ini puncanya mengapa aku sentiasa gelisah, hati rasa bersalah, semua perbuatan dirasakan tidak semena? Subhanallah… Berikanlah kekuatan untukku menghadapi hari-hari yang bakal mendatang…

p/s: Ya Allah, biarlah awan mendung yang menyeliputi diriku sepanjang imtihan Biology dan Physics ini berlalu pergi. Semoga aku dapat melihat mentari pagi cerah bersinar menjelang imtihan Chemistry esok. Amin ya rabbal alamin…

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: