Mengenali Adikku, Azhari…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Hari ini, aku akan membawa kalian mengenali adikku, Azhari, bermula daripada beliau masih digelar bayi, sehinggalah kini. Semoga sesi taaruf yang sedikit ini akan membuatkan kalian lebih mengenali diri adikku ini.

Sewaktu baby

Ketika ini, gambar ini diambil ketika beliau baru sahaja beberapa hari selamat dilahirkan oleh emak melalui pembedahan (hisy, keluar kot tingkap nampak!). Beliau dilahirkan pada tanggal 21 Februari 1997 sebaik-baik sahaja selesai solat Jumaat di Hospital Ampang Puteri, Selangor Darul Ehsan.

Sekitar 6 bulan

Gambar ini pula diambil ketika beliau berusia lebih kurang 6 bulan. Ketika ini, kami masih tinggal sementara di Kuantan (kampung abah) berikutan accident yang kami alami semasa dalam perjalanan pulang ke KL dari Kuantan.

Sekitar 2 tahun

Sekitar usia dua tahun

Ketika 4 tahun

Saat beliau berusia empat tahun. Seawal usia begini, beliau telah dimasukkan ke Tadika Sri Gombak Montessori (SGM) yang terletak di Sri Gombak. Beliau ke tadika bukan atas paksaan emak dan abah, namun atas kehendak dirinya sendiri. Mungkin dengki melihatku ke sekolah ketika itu! Masa itu, aku sedang menuntut dalam darjah 3 di Sek Ren Islam al-Amin Gombak (SRIAAG). Pada tahun ini jugalah beliau mula memakai cermin mata dengan power sebanyak 400 lebih.

6 Tahun

Ketika baru “grad” dari tadika.

Darjah 2

 

Gambar ini diambil ketika beliau berusia lapan tahun. Ketika ini, beliau sedang menuntut di SRAAG dalam darjah 2. Pada saat ini juga, beliau telah dilantik untuk menjadi Ketua Kelas bagi kelas 2 Hamzah.

Sekarang

Gambar ini pula merupakan gambar terbaru beliau ketika berusia 10 tahun yang dirakamkan pada hari raya Aidilfitri 2007. (Haha, atas katil yang penuh bantal tu pun awak boleh posing semacam eh!!)

Ketika ini, beliau sedang menuntut dalam darjah 4. Beliau merupakan seorang adik yang sangat peramah (sampai terlebih-lebih la pulak, tak larat nak layan!), agak bijak dalam kelas (Alhamdulillah mu ada akal yang boleh digunakan untuk berfikir tau! Kalau tak, aku tak tau nak jadi apa! Esok nak periksa, malam ni dok baca buku cerita lagi. Ai, apalah nak jadi!), suka membaca buku cerita yang berbahasa Inggeris, terutamanya buku yang dikarang oleh Enid Blyton dan Roald Dahl, dan yang paling muhim sekali, beliau merupakan sangat suka dan agak berkebolehan dalam bermain catur! Moga-moga, segala sifat dan minatmu yang positif akan dapat anda kekalkan. Cuma yang buruk-buruk tu, hindarilah sebaik-baik mungkin.

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang adikku, Azhari. Semoga coretan yang sedikit ini akan berjaya membuatkan kalian lebih mengenali adikku dengan lebih mendalam lagi. Semoga kelak dirimu, (Azhari) akan dewasa dalam keimanan dan ketaqwaan! Amin.

Wassalam…

15 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. suka membaca buku cerita yang berbahasa Inggeris, terutamanya buku yang dikarang oleh Enid Blyton dan Roald Dahl

    Aik! tertinggal lah. sepatutnya:

    suka membaca buku cerita yang berbahasa Inggeris yang panjang, mempunyai imaginasi yang tinggi, kebudak budakan, lawak bukan seram, tidak terlalu serius, tidak berpihak kepada mana-mana agama( kecuali Islam ) dan bangsa, dan menarik. terutamanya buku yang dikarang oleh Enid Blyton, Roald Dahl dan J.K. Rowling.

  2. […] mengambil keputusan untuk ke pasar tani yang terletak berhampiran dengan rumahku bersama dengan si Azhari. Di pasar tani tersebut, kami telah membeli dua batang lemang (huh, sepanjang perjalanan di pasar […]

  3. Salam!

    Comelnya Azahari…geramtengok pipinya. Moga terus jadi mukmin yang unggul!

  4. Salam, ukhti…
    mcm mane boleh pki specktacles mase 4 tahun…?
    x kanlah bace buku smpi jd seteruk tus….?
    anyway, comel, cute…
    semoga anti m’jadi kakak yg baik utk adik yg baik seperti dia…=p
    Wassalam.

  5. Fatirah
    ‘semoga anti m’jadi kakak yg baik utk adik yg baik seperti dia…=p’
    Tariq bin Ziyad
    Comelnya Azahari…
    Terima kasih kepada Fatirah dan tariq bin ziad. semogan menjadi Muslim dan Muslimah yang unggul untuk membela islam.
    NI AZHARI😉

  6. Hehehehe.. syukran alaika aidan ya Azhari…

  7. wek,….~fathirah lah..!! ni kak azah!!!

  8. Macam tak tahu aje. siapa tak kenal.

  9. […] Nama: Azhari Azizi Nama ayah: Azizi Nama ibu: Junaidah Ibrahim Bilangan adik beradik: 2 Anak ke: 2 daripada 2 (anak bongsu) tarikh lahir: 21/2/1997 tempat tinggal: Gombak, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Asia Tenggara, Asia, Bumi, Sistem solar, galaksi Milky way, Alam ciptaan Allah…… Tempat lahir: Hospital Ampang Putri, Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Asia Tenggara, Asia, Bumi, Sistem solar, galaksi Milky way, Alam ciptaan Allah…… Agama: Islam Warganegara: Malaysia Sekolah: Tadika Sri Gombak Montessori, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak. Tarikh lahir ikut kalender Hijrah: 13 Syawal Status: Belum kahwin lagi. Awek pun tak ada. Baligh pun belum. Tak remaja pun lagi. Matang pun tak. Jantina: Lelaki Kampung: Kampung Sungai Soi, Pahang untuk maklumat lagi, klik di sini […]

  10. salam ukhuwwah..akak from alamin dulu..but now tak lagi blajar kat situ..akak dulu pengawas,stand.6 waktu 2003.. pernah jadi pengaws n tak silap penah bertugas sesame..kalau rajin,add la akak najah_empire91@yahoo.com…..hope u stil remember me..

  11. Ala, cutenya azhari. Geram teng

  12. Cutenya Azhari. Geram tengok pipi tu. Belajar rajin2 ya buat Azhari & kakaknya.

  13. azhari mkn ape smpi besar cam 2..??
    hehe..sori..gurau aje..

  14. Salam..akak nak tanya….ok tak sekolah tadika iium montessori tu..akak pun plan nak hantar anak akak belajar kat tadika tu di cawangan bangi ni….

  15. Assalamualaikum,
    Mlmh sedang mencari gambar aktiviti PIBG SRIAAG 2010… Tetiba saja termasuk di dalam blog ini (kira tiba2 jugalah, hehehe)…

    Anyway, antara pelajar favourite mlmh ialah Azhari (ketika Azhari di SRIAAG)… Sampai mlmh sanggup membayar untuk mendapatkan footage shot dari EduTV.web.

    Hingga ke hari ini belum ada lagi pelajar – pelajar yang dapat memenuhi kriteria berikut:

    1. Mempunyai kesopanan, hormat pada guru (tidak pernah loyar buruk!), sentiasa tersenyum (manis gitu!), sentiasa menolong guru di mana – mana saja.

    2. Mempunyai prestasi akademik yang sangat cemerlang!

    3. AlQuran sentiasa di tgn. Walaupun ke kantin!

    4. Mempunyai latarbelakang keluarga yang hebat. Ibu bapa yang sering menjadi tulang belakang PIBG (Hingga kini di SMIAAG, beruntung SMIAAG sekarang!) Puan Junaidah @ kak Jun tak pernah tidak melibatkan diri dengan aktiviti sekolah walaupun beliau mempunyai kerjaya hakiki sebagai seorang akuantan yang cemerlang!

    Hebat bukan! Teruskan kebaikan di dunia dan di akhirat, C.O.M.E.L!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: