Mengapa Aku Masih di al-Amin Sehingga Sekarang?

December 15, 2008 at 5:29 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Citra Kehidupan | 11 Comments
Tags: ,

Sewaktu kecil-kecil dahulu, aku dicadangkan oleh emak untuk menyekolahkanku di Sekolah Rantau Petronas, Kertih, Terengganu Darul Ridzuan. Sebabnya mudah. Emak dijangka akan dipindahkan untuk berkhidmat di Kertih, Terengganu menjelang tahun 1999, tahun aku darjah satu. Oleh itu, aku langsung tidak didaftarkan di mana-mana sekolah di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur, termasuklah Sekolah Rendah Islam al-Amin Gombak.

Oleh itu, mengapa aku di al-Amin sejak dari darjah satu?

Namun begitu, walaupun perancangan manusia sudah begitu baik, namun Allah lah yang lebih berkuasa menentukan di mana hala tuju persekolahanku. Ditakdirkan, emak tidak jadi berpindah ke Kertih. Segala perancanganku untuk bersekolah di Sekolah Rantau Petronas pun terbengkalai sama. (Heh, kalau jadi ke Kertih dulu, berhabuklah Bahasa Inggerisku jawabnya!)

Waktu itu sudah bulan 12. Sudah terlewat untuk mendaftar ke mana-mana sekolah. SRIAAG pun telah lama habis menjalankan ujian diagnostiknya yang menjadi kemestian kepada mana-mana murid yang nak masuk darjah 1. Akhirnya aku didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Usaha Ehsan. (Berdekatan Giant Batu Caves sekarang ini)

Sri Gombak Montessori Kindergarten...

Sri Gombak Montessori Kindergarten...

Walaupun sudah tahu terlambat, namun emak masih menaruhkan harapan agar anaknya ini masih mampu menikmati zaman sekolah rendah dalam suasana penuh keIslaman. Lalu, emak cuba menelefon Us Nasary, pengetua SRIAAG ketika itu bagi membuat rayuan. Alhamdulillah, setelah puas merayu, akhirnya aku diterima. Syukran Us Nasary.

Di al-Amin, kehidupanku sama sekali berubah. Berubah serba serbi. Baru pertama kali rasanya menikmati pembelajaran secara formal dalam suasana penuh keislaman. Ye la, sebelum ni, aku bertadika di Sri Gombak Montessori (SGM). Namapun sekolah Montessori, manalah ada Islamnya!

Daripada solat main-main, al-Amin mendidik aku supaya lebih khusyuk dalam solat.

Daripada solat main-main, al-Amin mendidik aku supaya lebih khusyuk dalam solat.

Daripada asyik bertanyakan mak abah tentang di mana Allah, aku ketahui jawapannya apabila berada di al-Amin. Daripada tak istiqamah memakai tudung di luar rumah, aku belajar untuk istiqamah dan izzah memakainya pada saat dan ketika yang sepatutnya. Daripada solat tinggal-tinggal dan main-main, aku belajar solat elok-elok hasil didikan muallim dan muallimah di al-Amin. Pendek kata, al-Amin benar-benar mendidikku supaya menjadi seorang insan yang tahu erti dia diciptakan di dunia ini.

Enam tahun berlalu. Penuh dadaku disumbatkan dengan ilmu-ilmu mengenai ad-Deen yang syumul.

Meningkat Tingkatan 1, aku membuat pilihan untuk terus setia bersama al-Amin. Faktor utama aku memilih untuk terus setia di sini ialah:

  • SMIAAG ketika itu sudah menyediakan tahfiz, dan aku memang bercita-cita untuk menjadi huffazah.
  • Aku tidak perlu tinggal berjauhan dengan mak dan abah memandangkan program tahfiz tersebut tidak memerlukan asrama. Sewaktu umurku belasan tahun ini, aku lebih suka tinggal bersama mak dan abah kerana ketika umur ini, perkembangan emosiku berada di tahap yang sangat aktif, dan aku memerlukan nasihat, perhatian, dan teguran mak dan abah untuk menstabilkan emosiku ini, sekaligus mendidiknya ke arah yang lebih baik.
  • Kurikulum dan Kokurikulum yang disediakan sama sahaja dengan sekolah biasa, hatta jika nak dibandingkan dengan Sekolah Berasrama mana-mana pun.
  • Di sebalik kurikulum dan kokurikulum yang disediakan sama dengan sekolah kebangsaan yang lain, aku memperoleh nilai tambah yang tiada tara bandingnya apabila al-Amin menyediakan suasana pemelajaran yang sungguh Islamik, dengan Tasawwur Islamnya, usrahnya, al-qurannya, juga guru-gurunya yang bukan setakat mengajar, malah berusaha mendidik anak-anak muridnya menjadi insan yang Solehah dan Muslehah.
  • Dan akhir sekali, Alhamdulillah, kemampuan kewangan keluargaku masih ada.

Setelah menimbangkan faktor-faktor ini, aku setia di al-Amin meneruskan pemelajaranku di Tingkatan 1.

Tiga tahun berlalu, aku usai menghadapi imtihan PMR. Keputusan pun telah diperoleh. Alhamdulillah, memberangsangkan. Ketika itu, ramai membuat pilihan untuk keluar dari al-Amin, ke MRSM, dan sebagainya. Alasannya berbagai-bagai. Ada yang kata nak cuba rasa “dunia luar”, nak mantapkan Bahasa Inggeris, senang dapat biasiswa, dan sebaginya.

Namun, aku langsung tidak membuat pemohonan ke mana-mana. Alasanku sama seperti aku Tingkatan 1 dahulu, cuma ditambah dengan beberapa alasan yang lain:

  • Ilmu agama yang telah kuhadam masih terlalu sedikit untuk menjadi bentengku andai aku keluar dari al-Amin dan menghadapi “dunia luar”. Takut andai-andai aku berubah menjadi orang lain. Aku memerlukan baki dua tahun di al-Amin ini untuk benar-benar memantapkan fikrahku agar aku menjadi insan yang kukuh bentengnya sewaktu di Universiti nanti.
  • InsyaAllah, aku percaya, selagi mana keputusan SPM kita memberangsangkan, insyaAllah, kita akan mudah mendapat biasiswa. Jadi, apa yang aku perlu buat ialah, rajin-rajin belajar, insyaAllah mudah langkah kita untuk maju ke hadapan.
  • Aku lihat sekolah-sekolah lain, tak kiralah SBP ke MRSM, semua tak lah hebat mana, kerana yang menentukan kita hebat ataupun tidak ialah diri kita sendiri! Jadi, perhebatkanlah diri sendiri.
  • Alhamdulillah, sumber-sumber ilmu di sekelilingku masih banyak. Aku rasa, sepatutnya nak masuk SBP ataupun MRSM ini, bagilah kepada budak-budak lain yang kurang berkemampuan, kerana dengan masuk sekolah-sekolah seperti SBP ini mereka akan dapat belajar dengan lebih kondusif. Lainlah kita ini yang tuisyen keliling pinggang!
  • Aku rindukan belaian lembut guru-guru SMIAAG dalam mentarbiah jiwa anak-anak muridnya!

Atas sebab-sebab ini, aku masih kekal di al-Amin, sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. Ini hanyalah coretan daripada pandanganku. Tak semestinya dipersetujui.

p/s: Syukran buat yang mengingati tarikh bersejarahku semalam. Syukran juga kepada yang mengucapkan Eid Milad Saeed, Happy Birthday, Selamat Hari Tua, dsb. Kalian akan sentiasa kukenang dalam ingatan selamanya…

11 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Happy belated birthday! Cikgu tak tau your birthday semalam….
    Good points tentang staying in al Amin. Maybe cikgu pun should write something about choosing Al Amin to teach instead of go on di SMK di Pahang…..hmm

  2. yeah~!! tambah sket yer,.,

    ukhuwah yang terbina di al-amin terlalu manis untuk ditinggal,., ^_^,., owh,., hari jadik yer semalam? oklah,., selamat jadi tua yer,., ^_^,.,

    kan best kalau ana bleh pinjam kak lina sekejap,., bawak pi depan abi ngan ummie,., lepastuh, mintak jelaskan sebab2 tak perlu untuk berpindah,., ^_^

    p/s: ana pohon MRSM (ummie yg surowh),., tp, dapat x dapat,., x sure lagi,., huhuhu,., (x nak pindah~!!!)

  3. Cg Alia & Fahrul…
    Terima kasih dengan ucapan tu… Makin tua… Tapi tak rasa tua sangat sebab lahir bulan 12. Kurang-kurang lagi muda daripada kawan-kawan sebatch.

    Cg Alia..
    Tulislah mengapa.. Mesti best nak dibaca… Drpd view seorang guru yang berdedikasi…

    Fahrul,
    Doalah yang terbaik tahun depan sepatutnya anda di mana. Tak semestinya reason kak Lina tu betul untuk anta. Mesti ummie dan abi anta ada sebab yang kukuh mengapa mereka nak tengok putera sulungnya di MRSM.
    Doalah yang terbaik. Mungkin yang anta rasa baik tak semestinya baik. Mungkin juga sebaliknya. Minta Allah yang tentukan ke mana destinasi kita yang sepatutnya.

  4. Lina udeh tue…no hp pun dah tue kah?? penat tunggu smpi kol dublas😀 hehe
    apapun..selamat menempuh hari-hari mendatang!!

    “Aku tak pernah bersedih kecuali ketika matahari terbenam kerana aku risau umurku ini makin tua tapi amalku masih belum bertambah-tambah..”
    ~Imam Ghazali~
    selamat menambahkan dan mengekalkan amalan😉

    Kepada semua yang merancang berpindah ke MRSM, saya dapat khabar.. suasana tarbiyah di sana kurang dan jurang ikhtilat amat terbiar…Jika rasa diri belum bersedia, persiapkanlah benteng masing-masing ye…siramkan ayat-ayat dakwah pada rakan-rakan dan jangan segan untuk sampaikan apa yang pernah dipelajari…🙂 senyum sokmo!!
    wassalam

  5. […] Antara respon dari Nurazlina Azizi […]

  6. Betapa beruntungnya adik Lina dipeliharaNya sejak kali pertama menghirup udara di bumiNya.Kakak tadi ditakdirkanNya bertemu blog adik Lina tatkala mencari image Kg.Sg Soi…tersenyum kakak membaca nukilan remaja berusia 17thn yang menggambarkan kematangan dan cinta pada islam..sampaikan akak terasa malu sendiri.
    Moga Allah memelihara dirimu di bawah redup kasih sayangNya..Moga Allah memberi kecemerlangan padamu di dunia dan akhirat….

  7. terengganu darul iman

  8. Dik…saya terbaca tulisan ini…kebetulan, mmg sedang mrancang untuk menghantar anak sulong ke al amin….sejuk hati membacanya….mudah mudahan niat suci saya diperkenan olehNya…

  9. Saya bekas pelajar sek rantau petronas. Mmg sek tu best. Bersekolah disana sejak tadika hinggalah sek men.

    Tapi utk anak, saya pilih al amin. Inshaallah kalau ada rezeki dia disana.

    Thanks for sharing.

  10. Assalamuaikum adik ku syg syukur. Adik bjya msk ke sek-al.amin,catatan mbuat kan smgat kak utk htar ank ke.sne bekobar2.insyAllah.

  11. Assalamualaikum. Good points you have there sis. Akak pun nak hantar anak ke al amin. Semoga adik berjaya selalu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: