Menelusuri Denai-denai Penerbitan Lisanul Haq Edisi Ke 2

May 25, 2008 at 12:26 am | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 4 Comments
Tags:

Alhamdulillah, setelah puas aku (hehehe… Sebenarnya semua AJK MATAN. Tapi disebabkan aku yang buat layoutnya, jadi banyak kerja tertumpu kepadaku)bertungkus lumus menyiapkan Lisanul Haq sepanjang fatrah imtihan dijalankan, akhirnya impianku untuk melihat makalah ini diterbitkan menjelang Majlis Sambutan Hari Guru SMIAA pada tanggal 22 Mei yang lalu menjadi kenyataan. Walaupun banyak ketempangan yang mengiringi makalah tersebut – kesalahan ejaan yang agak banyak (Di sebalik keributan imtihan, kerja-kerja pengeditan tak sempat nak dibuat dengan teliti. Hanya sekilas lalu sahaja), keluaran yang tidak mengikut prosedur yang sebenarnya (Afwi Cikgu Rushida dan Us Syarifuddin, akibat keributan dalam penerbitan Lisanul Haq kali ini, salinan awal tidak sempat dihantar terlebih dahulu), ada artikel yang disumbangkan oleh keluarga MATAN sendiri hilang daripada simpanan (Sorry sesangat… Terutamanya Akh Izzaldin dan Ukht Wardah… Ntah macam mana karya tu boleh hilang. Tak apa, nanti kita terbitkan dalam TAZANS), dan sebagainya, namun, bagiku Lisanul Haq kali ini tetap bermakna.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK MATAN ANDALUS atas segala artikel dan bantuan yang telah kalian lakukan, Amir ANDALUS atas kesudian menghantar artikel untuk diterbitkan, Us Syarifuddin atas kesudian menjawab soalan wawancara, Akh Hasif atas segala bantuan yang telah dihulurkan, dan sebagainya. Tidak dilupakan juga kepada seluruh insan-insan yang sudi bergadang malam demi memastikan penerbitan Lisanul Haq kali ini satu kejayaan – Syukran Abah kerana sudi membantu membuat muka depan Lisanul Haq, Adikku Azhari yang sanggup mengabaikan imtihan ICT demi membantuku melipat dan menulis nama pada Lisanul Haq tersebut, Akh Hasif atas kesudian membantu kerja-kerja pengeditan Lisanul Haq, juga atas kesudian melipat dan menulis nama pada Lisanul Haq, Ukht Yambee atas kesanggupan meninggalkan majlis sambutan hari guru demi membantuku memastikan kelancaran pengeluaran Lisanul Haq kali ini, serta seluruh insan-insan lain yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung salam keluaran Lisanul Haq kali ini. Semoga kalian semua akan diberkati Ilahi.

Buat semua warga al-Amin yang menerima Lisanul Haq tersebut, hargailah makalah tersebut sebaik mungkin. Kutiplah dan hayatilah segala mutiara yang terkandung di sebalik helaian-helaian istimewa tersebut. Semoga Lisanul Haq tersebut bermanfaat buat kalian!

Sambutan Hari Guru SMIAA

May 25, 2008 at 12:18 am | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | Leave a comment
Tags:

Setelah hampir tiga minggu bermusyawarah bagi merancang perjalanan sambutan hari guru yang dijadualkan berlangsung pada tanggal 22 Mei tersebut, Alhamdulillah segala rancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar. Seawal jam lapan pagi lagi, kemeriahan majlis ini benar-benar dapat dirasakan oleh seluruh warga al-Amin. Kilauan warna baju kurung/melayu yang dipakai oleh para murid pada hari tersebut benar-benar berjaya memeriahkan majlis ini. Sesungguhnya, majlis hari guru kali ini benar-benar meruntun emosiku. Tatkala terkenang segala pengorbanan guru-guru yang telah mengajar dan mendidikku selama ini dengan penuh kesabaran, hatiku sememangnya dibuai sayu.

Tanpa guru-guru yang sabar mendidik dan mengajarku dengan segala kepayahan, aku tidak mampu menjadi seorang manusia yang benar-benar manusia. Aku tahu, tugas mendidik ini amatlah berat. Tidak betah rasanya untukku menggalas tugas ini pada satu masa kelak. Apabila mengenang kembali pengorbanan guru-guru mendidikku selama ini, aku menjadi amat berterima kasih kepada insan mulia bergelar guru ini. Syukran buat semua cikgu-cikgu yang sanggup meladeniku, khususnya:-

Tingkatan 1 (1 at-Tabari 2005)

Ø Cg Anida Idayu (Bahasa Inggeris)

Ø Us Mohd Shahir (Bahasa Melayu)

Ø Cg Masitah (Matematik)

Ø Us Hasli (KHB dan Pendidikan Islam)

Ø Us Nazri (Tasawwur Islami dan Bahasa Arab)

Ø Cg Nurul Arsyiah (Sejarah dan Geografi)

Ø Cg Norma Muhammad (Tahfiz)

Ø Cg Rosmalena (Science)

Ø Cg Syima (Usrah)

Tingkatan 2 (2 al-Maliki 2006)

Ø Cg Nur Sarah (Bahasa Inggeris)

Ø Us Isharuddin (Bahasa Melayu)

Ø Cg Azhar (Matematik)

Ø Cg Rohana (KHB)

Ø Cg Zakirah (Pendidikan Islam)

Ø Us Zuraini (Tasawwur Islami)

Ø Us Hafis (Bahasa Arab)

Ø Us Idris (Sejarah)

Ø Cg Nurul Arsyiah (Geografi)

Ø Cg Norma Muhammad (Tahfiz)

Ø Cg Rusyida (Science)

Ø Cg Syima (Usrah)

Tingkatan 3 (3 as-Suyuti 2007)

Ø Cg Alia (Bahasa Inggeris)

Ø Us Mohd Shahir (Bahasa Melayu)

Ø Cg Masitah (Matematik)

Ø Cg Rohana (KHB)

Ø Cg Zakirah (Pendidikan Islam)

Ø Cg Abidah (Tasawwur Islami)

Ø Us Ustman (Bahasa Arab)

Ø Cg Latipah (Sejarah)

Ø Cg Norma Ismail (Geografi)

Ø Cg Roslina (Tahfiz)

Ø Us Abi Yazid (Science)

Ø Cg Syima (Usrah)

Tingkatan 4 (4 Salahuddin al-Ayyubi 2008)

Ø Cg Hayati (Bahasa Inggeris)

Ø Cg Fadzilah (Bahasa Melayu)

Ø Us Shahrulnizam (Matematik dan Additional Mathematics)

Ø Cg Azizan (Physics)

Ø Cg Hasnah (Chemistry)

Ø Cg Nurul Arsyiah (Usrah dan Biology)

Ø Cg Mardiana (Pendidikan Syariah Islamiyah)

Ø Cg Rubiah (Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah)

Ø Us Hasnan (Tahfiz dan Bahasa Arab)

Ø Cg Sabariah (Sejarah)

Ø Us Azhan (Perdagangan dan Ekonomi)

Ø Cg Azziah (Debat)

Ø Cg Masitah (Prinsip Akaun)

Syukran Jazilan semua. Kalianlah yang memaknakan kehidupanku ini!

16 Mei 2008

May 16, 2008 at 5:02 pm | Posted in Citra Kehidupan, Imtihan, Renungan, Sekolahku | 4 Comments
Tags: , ,

Hari ini merupakan hari yang sungguh bermakna buatku. Entah mengapa, walaupun dari pagi lagi pelbagai kekalutan telah menimpaku – tertinggal botal air yang seringkali menemaniku sepanjang imtihan berlangsung, terlewat bangun daripada masa yang telah kutetapkan sehingga tidak sempat membaca Pendidikan Syariah Islamiyah (PSI) untuk imtihan (akibatnya, waktu imtihan, terpaksalah goreng apa yang patut), dan seribu satu lagi perkara yang benar-benar membuatkanku tidak betah sepanjang hari ini, namun hari ini tetap menyeronokkan.

Setibanya di sekolah, aku dapat melihat suasana yang begitu meriah. Ya tak ya… Hari ini 16 Mei, Hari Guru! Di sekolah menengah, tarikh ini tidak begitu dirasakan istimewa kerana masing-masing sibuk dengan imtihan. Namun, di sekolah rendah, sambutan hari gurunya diadakan tepat pada 16 Mei. Oleh itu, kemeriahannya dapat dirasakan dengan jelas. Dari jauh lagi, aku dapat memerhatikan ibu bapa murid-murid tahap 1 dihantar awal ke sekolah sempena sambutan hari guru ini (Biasanya, sesi persekolahan bagi murid-murid tahap 1 bermula pada pukul 11:30 pagi, namun, pada hari ini, mereka dipaksa datang awal bagi meraikan sambutan hari guru). Aduh, betapa aku rindu akan kenangan manis pahit, suka duka, yang dapat kukutip semasa bergelar murid sekolah rendah dahulu! Namun, apa yang boleh kubuat, setiap manusia, secara fitrahnya akan terus membesar, dari alam tadika melonjak naik ke alam sekolah rendah, dari alam sekolah rendah, masuk pula sekolah menengah… Itulah kitaran hidup yang perlu semua manusia lalui, dan aku pun tidak akan terkecuali!

Seronok melihat kemeriahan sambutan hari guru sekolah rendah. Alangkah manisnya andai aku dapat bersama menyaksikan kemeriahan tersebut! Namun, apakah daya. Aku masih ada perjuangan penting untuk kugalas. Ya, di sebalik kemeriahan hari guru ini, kami terpaksa mengambil imtihan bagi madah PSI. Imtihan…

Imtihan kami berjalan dengan ceria kerana sayup-sayup dari atas, kami dapat mendengar dengan jelas nasyid, pentomim, lakonan, dan macam-macam lagi bunyi-bunyian yang datang dari majlis sambutan hari guru yang diadakan di dewan serbaguna SRIAAG. Kadang-kadang, aku turut mengikut alunan nasyid yang dinyanyikan oleh adik-adik sekolah rendah. Ceria dan bersemangat sekali. Dari kelas 4 Salahuddin al-Ayyubi yang terletak di tingkat 4 bangunan sekolah menengah, aku terus mengelamun melayan perasaan sendiri, mengimbau kembali kenangan-kenangan manisku bersama dengan guru-guru sekolah rendahku yang telah benyak berjasa mengenalkanku kepada asas-asas ilmu yang membolehkan aku berada di alam sekolah menengah pada hari ini.

Buat guru-guru sekolah rendahku yang pernah mendidikku suatu ketika dahulu, dari tahun 1999 sehingga 2004, terima kasih banyak-banyak. Tiada kata yang mampu kuungkapkan untuk membalas segala jasa dan pengorbananmu suatu ketika dahulu. Tanpa kalian yang mengajarku asas-asas ilmu dengan penuh kesabaran, mustahil pada hari ini, aku mampu untuk mempelajari dan memahami ilmu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiyah, dan sebagainya. Syukran jazilan buat semua. Buat para Muallim dan Muallimah yang pernah mendidikku, maafkanlah segala kesalahanku, halalkanlah segala ilmu yang kalian ajar, dan doakanlah kejayaanku untuk melangkah lebih jauh dalam langkah-langkahku pada masa akan datang. Syukran jazilan, khususnya para Muallim dan Muallimah yang pernah mengajarku dan masih berkhidmat di al-Amin sehingga kini:-

  1. Muallimah Siti Maimunah Tamam
  2. Muallimah Madihah Uzir
  3. Muallimah Zalihan Sulaiman
  4. Muallimah Sabariah Rasing
  5. Muallimah Halawiyah Che Wang
  6. Muallimah Raayah
  7. Muallimah Norzalila
  8. Muallimah Hamidah Kamai
  9. Muallimah Ishamela Ismail
  10. Muallimah Zaleha Daud
  11. Muallimah Basirah
  12. Muallimah Mahani Mokhtar
  13. Muallimah Sariah
  14. Muallimah Kamariah Senik
  15. Muallimah Suhaini Ishak
  16. Muallimah Bibi Ratna
  17. Muallimah Nik Faridah
  18. Muallimah Ruslina
  19. Muallim Zikri
  20. Muallim Abd Aziz

Hari Guru

Salam kemaafan dari anak muridmu,

Nurazlina Azizi (SRIAAG 99-04)

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.