Menelusuri Denai-denai Penerbitan Lisanul Haq Edisi Ke 2

May 25, 2008 at 12:26 am | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 4 Comments
Tags:

Alhamdulillah, setelah puas aku (hehehe… Sebenarnya semua AJK MATAN. Tapi disebabkan aku yang buat layoutnya, jadi banyak kerja tertumpu kepadaku)bertungkus lumus menyiapkan Lisanul Haq sepanjang fatrah imtihan dijalankan, akhirnya impianku untuk melihat makalah ini diterbitkan menjelang Majlis Sambutan Hari Guru SMIAA pada tanggal 22 Mei yang lalu menjadi kenyataan. Walaupun banyak ketempangan yang mengiringi makalah tersebut – kesalahan ejaan yang agak banyak (Di sebalik keributan imtihan, kerja-kerja pengeditan tak sempat nak dibuat dengan teliti. Hanya sekilas lalu sahaja), keluaran yang tidak mengikut prosedur yang sebenarnya (Afwi Cikgu Rushida dan Us Syarifuddin, akibat keributan dalam penerbitan Lisanul Haq kali ini, salinan awal tidak sempat dihantar terlebih dahulu), ada artikel yang disumbangkan oleh keluarga MATAN sendiri hilang daripada simpanan (Sorry sesangat… Terutamanya Akh Izzaldin dan Ukht Wardah… Ntah macam mana karya tu boleh hilang. Tak apa, nanti kita terbitkan dalam TAZANS), dan sebagainya, namun, bagiku Lisanul Haq kali ini tetap bermakna.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK MATAN ANDALUS atas segala artikel dan bantuan yang telah kalian lakukan, Amir ANDALUS atas kesudian menghantar artikel untuk diterbitkan, Us Syarifuddin atas kesudian menjawab soalan wawancara, Akh Hasif atas segala bantuan yang telah dihulurkan, dan sebagainya. Tidak dilupakan juga kepada seluruh insan-insan yang sudi bergadang malam demi memastikan penerbitan Lisanul Haq kali ini satu kejayaan – Syukran Abah kerana sudi membantu membuat muka depan Lisanul Haq, Adikku Azhari yang sanggup mengabaikan imtihan ICT demi membantuku melipat dan menulis nama pada Lisanul Haq tersebut, Akh Hasif atas kesudian membantu kerja-kerja pengeditan Lisanul Haq, juga atas kesudian melipat dan menulis nama pada Lisanul Haq, Ukht Yambee atas kesanggupan meninggalkan majlis sambutan hari guru demi membantuku memastikan kelancaran pengeluaran Lisanul Haq kali ini, serta seluruh insan-insan lain yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung salam keluaran Lisanul Haq kali ini. Semoga kalian semua akan diberkati Ilahi.

Buat semua warga al-Amin yang menerima Lisanul Haq tersebut, hargailah makalah tersebut sebaik mungkin. Kutiplah dan hayatilah segala mutiara yang terkandung di sebalik helaian-helaian istimewa tersebut. Semoga Lisanul Haq tersebut bermanfaat buat kalian!

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam….
    tgh bkk2 blog org laen tebukak la plak blog cik lina ni.lawa la page!erm…come to see my blog plak.hehehe ^_^

  2. mengapa daku rasa benar2 bersalah apabila membaca post ini ??? maafkan daku kak lina,.,.,.,.,., hahahahahahaha

  3. penat tau melipat-lipat nih……… smpai pagi x kesudahan. klu orang buang gak x tau la nak kater. isi dah best pun org nak buang gak??? pelik betui ma’nusia…… buat yang terase sbb x hantar, padan muker

  4. Sy mencari penulis2 muda baru yang berbakat untuk diterbikan. sesiapa yang berminat atau sudah mempunyai skrip novel remaja ataupun kanak2 boleh hubungi saya di eussrashiq@gmail.com.
    TK, Wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: