Ceritera Imtihan I

October 31, 2008 at 5:01 pm | Posted in Citra Kehidupan, Imtihan | 2 Comments
Tags: , ,

Di kala imtihan hafazan dan tilawah datang menjengah,

Semua jadi rajin tak tentu arah mengiadah,

Agar tatkala disoal tak hilang arah!

Kalau tak ingat, semua tahu, natijahnya parah!

Tirai imtihan rasminya diselak dengan madah bahasa,

BM, BI, BAT, puas kami harungi semuanya,

Dari hari Khamis sehinggalah Selasa,

Buat karangan, aduh, penat benar kami menulisnya!

Madah Tajwid jangan pula dilupa,

Antara madah kesukaan semua,

Bukan apa, dari SRIAA belajar benda yang sama,

Cuma aplikasinya tidak semudah teorinya.

Hari Rabu madah PSI dan PQS pula menjelma,

Dari pagi, tak angkat kepala kami membaca,

Almaklumlah sekiranya buku teks tak dibuka,

Jawabnya, lingkuplah kami semua, tak dapat menjawabnya!

Hari Khamis Add Maths pula datang menjengah,

Dari, pagi jantung kami asyik berdebar tak tentu arah,

Kerna semua tahu madah Add Maths tidaklah mudah,

Hanya yang insan cukup latihan akan rasa tak susah.

Hari ini (Jumaat) madah Sejarah menyusul pula,

Menyebabkan kami dari pagi tak habis bercerita,

Menyusur kembali kegemilangan dan ketamadunan bangsa,

Agar ibrah yang dikutip boleh dikongsi bersama.

Sampai di sini dahulu aku bercerita,

Kerna minggu depan imtihan bertimpa-timpa,

Matematik, Biologi, Fizik, dan Kimia,

Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang berjaya!

AMIN YA RABBAL ALAMIN…

Seloka ini ditulis ketika imtihan Sejarah kertas 1, 31 Oktober 2008.


Buat usrahku, syukran jazilan kerana banyak memberi sokongan, memotivasikan, serta mendamaikan sepanjang imtihan ini.

Usrahku...
Advertisements

Menjelang Fatrah Imtihan…

October 20, 2008 at 7:15 pm | Posted in Imtihan, Usrati | Leave a comment
Tags: ,
Khas buat bondaku...

Khas buat bondaku...

Menjelang fatrah imtihan ini, baru terkedek-kedek mencari ibu, ayah, guru, demi mendamba kemaafan atas segala kesalahan, juga dosa yang telah dilakukan.

Menjelang fatrah imtihan ini, baru terkial-kial menelaah pelajaran yang telah lama dilupakan. Subhanallah, bukankah sepatutnya hari-hari kita perlu menelaah buku di rumah?

Menjelang fatrah imtihan ini, diri ini ingin meminta maaf kepada sekalian pengunjung blog ini, di atas segala kesalahan – terkasar bahasa, tersilap bicara, tersalah perilaku, dan seribu satu ter… ter… lagi.

Menjelang fatrah imtihan ini, blog ini akan direhatkan seketika, sehingga tamat fatrah imtihan, bagi membantu diri ini supaya lebih fokus terhadap peperiksaan.

Doakanlah agar diri ini dan sekalian sahabat-sahabat yang lain supaya sentiasa dianugerahi Allah kejayaan dalam imtihan kali ini. Ameen.

JOM BELAJAR!!!

p/s: Gambar dan ceritera jaulah hari itu selepas sudah fatrah imtihan ye…

Terima Kasih!

October 17, 2008 at 8:28 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | 1 Comment
Tags: ,

Adik: Akak, kami nak balik dulu boleh tak?

Aku : Ha, dah makan kenyang dah? Dah kenyang baru boleh balik…

Adik: Kenyang dah. Banyak dah makan… (sambil menghulurkan tangan hendak bersalaman)

Aku : Nah, ambil ni (angpau raya). Lain kali ziarahlah lagi ke rumah ni.

Adik: Hehe… (tersipu-sipu, tapi muka nampak seronok dapat duit raya)

Selepas bersalaman denganku (dan diberi duit raya), adik-adik yang datang menziarahi rumah nenek (kebetulan waktu tu, aku yang melayan) terus berlalu dari rumah nenek. Tanpa sepatahpun ucapan terima kasih!

Inilah yang menjadi kegusaranku. Aku memerhatikan masyarakat dari jauh. Entah, kadang-kadang aku makin hairan melihat realiti bahawa kita ketandusan budi perkerti. Nilai-nilai ketimuran yang penuh kelembutan dan kesopanan yang satu ketika dahulu pernah dibanggakan lesap entah ke mana. Entahlah di mana silapnya.

Terima Kasih

Terima Kasih. Syukran. Thank you. Arigato Gozaimas.

Terima Kasih. Syukran. Thank you. Arigato Gozaimas.

Memerhatikan dari hanya satu aspek, iaitu ungkapan terima kasih, aku makin pelik melihat budaya mengucapkan terima kasih ini makin lama makin terhakis. Semakin diriku meningkat dewasa, telingaku semakin kurang mendengar ungkapan seribu makna ini. Entah, dari sekecil-kecil kanak-kanak sekitar usia empat tahun, sehinggalah sebesar remaja berusia dua puluh tahun, ungkapan ini semakin lama semakin kurang dituturkan oleh generasi baru hari ini.

“Alah… setakat terima kasih aje. Apa lah besar sangat maknanya…”

Fikir-fikirkanlah apa yang terkandung di sebalik ucapan tersebut. Mudah, namun mengandungi seribu makna. Menunjukkan identiti dan peribadi kita – mengenang budi ataupun memang spesis kurang mengenang budi. Kerana ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan ini, orang akan menilai kita. Kerana dua patah kalimah ini, mungkin ada orang berasa dihargai, dan mungkin juga ada orang berasa sakit hari apabila kalimah ini tidak dituturkan.

Sayang melihat generasi adik-adikku semakin kurang yang mahu mengucapkan ungkapan penuh mulia ini. Aku menyeru sesiapa yang terbaca saranan ini agar sama-sama selepas ini menghidupkan kembali budaya berterima kasih sesama sahabat agar di kemudian hari, orang akan mengenali kita, generasi yang menghidupkan Islam sebagai generasi yang reti mengenang budi!

Ingat, selepas mendapat sesuatu pemberian, ucapkanlah terima kasih. Selepas penat guru memberi ilmu, ucaplah terima kasih kepadanya. Selepas sahabat kita membantu kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Apabila ada insan yang memudahkan urusan hidup kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Mudah sahaja kan?

Ke Melaka! (12 Okt 2008)

October 13, 2008 at 10:48 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | 2 Comments
Tags: , ,

Semalam, tanggal 12 Okt 2008, kami sekeluarga (tanpa ibuku yang pergi outstation) pergi menziarahi Melaka, bandaraya yang sememangnya penuh sejarah buat diriku. Matlamat utamanya adalah untuk mengambil nenda tercintaku yang baru pulang dari Singapura setelah menghadiri walimah saudaraku di sana. Nenek dijangka tiba di Melaka Sentral pukul tiga tengah hari.

Tiba di Melaka

Kami tiba di Melaka tepat jam tiga tengah hari. Cuaca sememangnya sangat terik. Alang-alang sudah tiba di Melaka, kami pun pergilah meronda di sekeliling Durian Tunggal bagi menziarahi kaum kerabatku yang sememangnya menetap di Melaka.

Destinasi utama kami sememangnya merupakan rumah Nyang yang terletak di kawasan Durian Tunggal. Sudah lama tidak kutemu dengan Nyang ini. Rasa-rasanya, kali terakhir aku bersua muka dengan Nyang ialah tahun lalu. Alhamdulillah, ketika ini, Nyang masih sihat. Moga Nyang terus dipanjangkan umur oleh Allah dalam keimanan dan ketakwaan kepadaNya.

Alhamdulillah, Nyang masih sihat. Bersama cicit-cicitnya...

Alhamdulillah, Nyang masih sihat. Bersama cicit-cicitnya...

Di rumah Nyang, kami bertemu dengan adik-beradik nenek yang lain. Tok Teh, Nek Ngah, Nek Aunty, Nek Nab, dan ramai lagi. Suasana sungguh meriah. Seronok sungguh aku melihat silaturrahim ini masih erat, kendatipun kami jarang bertemu. Aku terfikir, mampukah aku dan generasiku nanti menyambung kehangatan mahabbah ini? Ataupun kami akan berpecah mengikut haluan masing-masing? Entahlah. Hanya doa yang mampu kupanjatkan.

Kami juga mendapat tahu bahawa Tok Bibik (juga adik nenda kami) ditahan di Hospital Besar Melaka kerana diabetis mellitius yang kronik, selain daripada sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Aktiviti seterusnya, ziarah… Ziarah… Ziarah…

Menziarahi Tok Bibik di Hospital Besar Melaka

Menziarahi Tok Bibik di Hospital Besar Melaka

Memandangkan hari sudah petang, dan esoknya aku ada kelas Fizik dan Biology di sekolah, sebaik sahaja usai menziarahi Tok Bibik, kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Rumah Acikku yang terletak di Nilai. Kebetulan pula sepupuku, anak sulung Acik baru sahaja berkhatan.

Di Nilai

Di Nilai, kami disambut dengan begitu meriah oleh hero-hero Acik yang berjumlah empat orang itu. Kami dijamu dengan hidangan kerang rebus.  Waduh, sedapnya tak boleh ditahan. Apatah lagi melihat keletah sepupu-sepupuku mengadap hidangan tersebut.

Ragam-ragam ceria dan riang!

Ragam-ragam ceria dan riang!

Penat seharian berjalan, kami pun pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dalam masa sehari sahaja, ramai saudara dapat kukenali dengan lebih mendalam lagi. Moga silaturrahim ini terus berkekalan. Amin!!!

Ceritera Aidilfitri 1429H

October 11, 2008 at 7:11 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | 2 Comments
Tags:

Sungguh Ramadhan telah meninggalkanku saat aku masih mengharapkan belaiannya. Aku seolah-olah terpingga-pingga tatkala Syawal menjelma. Masih terasa bahawa jiwaku tidak habis dididik sepanjang Ramadhan kali ini. Namun, biarkanlah… Kita mulakan hidup di bulan Syawal ini dengan semangat yang baru, hasil didikan selama sebulan oleh Madrasah Ramadhan.

Kedatangan Syawal ini kusambut dengan penuh kegembiraan, di sebalik hakikat kesedihan setelah Ramadhan meninggalkanku. Gembira berjumpa keluargaku. Ceria bersama sepupu-sepupuku yang gembira sepanjang masa. Juga menghargai saat-saat Ziarah ke rumah keluargaku yang lain.

Pagi 1 Syawal

Keceriaan di pagi eid...

Keceriaan di pagi eid...

Aidilfitri sememangnya ceria buat kanak-kanak yang fitrah ini

Aidilfitri sememangnya ceria buat kanak-kanak yang fitrah ini

Aidifitri mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bersama adikku dan sepupuku Nurin Najwa.

Aidifitri mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bersama adikku dan sepupuku Nurin Najwa.

Bergambar bersama keluargaku yang serba hijau...

Bergambar bersama keluargaku yang serba hijau...

Aidilfitri kali ini kami sekeluarga memakai baju berwarna hijau. Bukan baju raya, namun secara kebetulannya ada baju sedondon. Jadi, manfaatkanlah sempena eid ini…

2 Syawal 1429H

Abah sibuk membakar sate

Abah sibuk membakar sate

Ziarah keluarga belah ibuku. Alhamdulillah, walaupun tak berkongsi kalimah syahadah yang satu, namun ikatan kekeluargaan masih erat.

Ziarah keluarga belah ibuku. Alhamdulillah, walaupun tak berkongsi kalimah syahadah yang satu, namun ikatan kekeluargaan masih erat.

Eid kali ini diserikan lagi dengan kedatangan keluarga belah ibuku. Sebenarnya, saban tahun mereka akan menziarahi kami tatkala eid. Alhamdulillah, semoga mahabbah yang tercetus ini akan terus berkekalan hingga ke generasi kami ini.

Telatah comel anak saudaraku menjama hidangan Aidifitri. Bermacam gaya dipamerkannya.

Telatah comel anak saudaraku menjama hidangan Aidifitri. Bermacam gaya dipamerkannya.

Comel... Sepupu-sepupuku dan anak saudaraku (yang di tengah) bermain di buaian di halaman rumah nenekku.

Comel... Sepupu-sepupuku dan anak saudaraku (yang di tengah) bermain di buaian di halaman rumah nenekku.

Ibuku bersama kembarnya, Aunty Karen. Ada persamaan?

Ibuku bersama kembarnya, Aunty Karen. Ada persamaan?

3 Syawal 1429H

Aktiviti mengira wang zakat fitrah yang telah dipungut oleh Atukku.

Aktiviti mengira wang zakat fitrah yang telah dipungut oleh Atukku.

Renungan

October 8, 2008 at 8:51 pm | Posted in Renungan | Leave a comment
Tags:
Renungan...

Renungan...

p/s: Aduh… Jadualku padat! Semuanya gara-gara tidak pandai menyusun masa. Hehehe, orang lain dah siap report Chemistry dan Biology dah, aku, hapak pun tak siap! Aduhai… Apa la nak jadi nih?

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.