16 Mei 2008

May 16, 2008 at 5:02 pm | Posted in Citra Kehidupan, Imtihan, Renungan, Sekolahku | 4 Comments
Tags: , ,

Hari ini merupakan hari yang sungguh bermakna buatku. Entah mengapa, walaupun dari pagi lagi pelbagai kekalutan telah menimpaku – tertinggal botal air yang seringkali menemaniku sepanjang imtihan berlangsung, terlewat bangun daripada masa yang telah kutetapkan sehingga tidak sempat membaca Pendidikan Syariah Islamiyah (PSI) untuk imtihan (akibatnya, waktu imtihan, terpaksalah goreng apa yang patut), dan seribu satu lagi perkara yang benar-benar membuatkanku tidak betah sepanjang hari ini, namun hari ini tetap menyeronokkan.

Setibanya di sekolah, aku dapat melihat suasana yang begitu meriah. Ya tak ya… Hari ini 16 Mei, Hari Guru! Di sekolah menengah, tarikh ini tidak begitu dirasakan istimewa kerana masing-masing sibuk dengan imtihan. Namun, di sekolah rendah, sambutan hari gurunya diadakan tepat pada 16 Mei. Oleh itu, kemeriahannya dapat dirasakan dengan jelas. Dari jauh lagi, aku dapat memerhatikan ibu bapa murid-murid tahap 1 dihantar awal ke sekolah sempena sambutan hari guru ini (Biasanya, sesi persekolahan bagi murid-murid tahap 1 bermula pada pukul 11:30 pagi, namun, pada hari ini, mereka dipaksa datang awal bagi meraikan sambutan hari guru). Aduh, betapa aku rindu akan kenangan manis pahit, suka duka, yang dapat kukutip semasa bergelar murid sekolah rendah dahulu! Namun, apa yang boleh kubuat, setiap manusia, secara fitrahnya akan terus membesar, dari alam tadika melonjak naik ke alam sekolah rendah, dari alam sekolah rendah, masuk pula sekolah menengah… Itulah kitaran hidup yang perlu semua manusia lalui, dan aku pun tidak akan terkecuali!

Seronok melihat kemeriahan sambutan hari guru sekolah rendah. Alangkah manisnya andai aku dapat bersama menyaksikan kemeriahan tersebut! Namun, apakah daya. Aku masih ada perjuangan penting untuk kugalas. Ya, di sebalik kemeriahan hari guru ini, kami terpaksa mengambil imtihan bagi madah PSI. Imtihan…

Imtihan kami berjalan dengan ceria kerana sayup-sayup dari atas, kami dapat mendengar dengan jelas nasyid, pentomim, lakonan, dan macam-macam lagi bunyi-bunyian yang datang dari majlis sambutan hari guru yang diadakan di dewan serbaguna SRIAAG. Kadang-kadang, aku turut mengikut alunan nasyid yang dinyanyikan oleh adik-adik sekolah rendah. Ceria dan bersemangat sekali. Dari kelas 4 Salahuddin al-Ayyubi yang terletak di tingkat 4 bangunan sekolah menengah, aku terus mengelamun melayan perasaan sendiri, mengimbau kembali kenangan-kenangan manisku bersama dengan guru-guru sekolah rendahku yang telah benyak berjasa mengenalkanku kepada asas-asas ilmu yang membolehkan aku berada di alam sekolah menengah pada hari ini.

Buat guru-guru sekolah rendahku yang pernah mendidikku suatu ketika dahulu, dari tahun 1999 sehingga 2004, terima kasih banyak-banyak. Tiada kata yang mampu kuungkapkan untuk membalas segala jasa dan pengorbananmu suatu ketika dahulu. Tanpa kalian yang mengajarku asas-asas ilmu dengan penuh kesabaran, mustahil pada hari ini, aku mampu untuk mempelajari dan memahami ilmu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiyah, dan sebagainya. Syukran jazilan buat semua. Buat para Muallim dan Muallimah yang pernah mendidikku, maafkanlah segala kesalahanku, halalkanlah segala ilmu yang kalian ajar, dan doakanlah kejayaanku untuk melangkah lebih jauh dalam langkah-langkahku pada masa akan datang. Syukran jazilan, khususnya para Muallim dan Muallimah yang pernah mengajarku dan masih berkhidmat di al-Amin sehingga kini:-

  1. Muallimah Siti Maimunah Tamam
  2. Muallimah Madihah Uzir
  3. Muallimah Zalihan Sulaiman
  4. Muallimah Sabariah Rasing
  5. Muallimah Halawiyah Che Wang
  6. Muallimah Raayah
  7. Muallimah Norzalila
  8. Muallimah Hamidah Kamai
  9. Muallimah Ishamela Ismail
  10. Muallimah Zaleha Daud
  11. Muallimah Basirah
  12. Muallimah Mahani Mokhtar
  13. Muallimah Sariah
  14. Muallimah Kamariah Senik
  15. Muallimah Suhaini Ishak
  16. Muallimah Bibi Ratna
  17. Muallimah Nik Faridah
  18. Muallimah Ruslina
  19. Muallim Zikri
  20. Muallim Abd Aziz

Hari Guru

Salam kemaafan dari anak muridmu,

Nurazlina Azizi (SRIAAG 99-04)

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Syukran buat semua guru…
    Tulisan ini buat masa ini didedikasikan kepada guru-guru sekolah rendah memandangkan SRIAAG terlebih dahulu menyambut hari guru….
    SMIAA Jummat depan kan?
    Ana tak kira, hari-hari bagi ana hari guru. Tapi apabila sambutan hari guru, kita kena buat “lebih” sikit, memandangkan hari tu lah kita nak generate balik perasaan kasih dan hormat kita buat guru.

  2. Bila hari guru, cikgu pun teringat kat guru-guru cikgu dulu-dulu..Ada yang ingat rupa tak ingat nama, ingat nama tak ingat rupa. ramai yang cikgu tak ingat langsung sebab cikgu yang pelupa, sebab dah tua…tapi yang glamor2 tu of course cikgu ingat (glamour in a sense yang make great impact on me)
    thank you for the wishes even though the wishes started for guru sekolah rendah dulu..

  3. Sungguh terharu.Artikel ini sukar diimaginasikan apatah lagi emosi untuk mentafsirkan.Pernah juga aku bergelar ‘budak’.Memakai baju biru seluar biru.Pastinya mengimbau kenangan nakal hamba ketika sekolah rendah.Seribu kemaafan Sejuta harapan untuk para guru SRIAAG dan SMIAAG.Juga buat insan yang berkaitan dengan istilah ‘guru’.Salam terindah kalam Ilahi buat semua.Buat pemilik blog ini,syukran.

  4. Somehow i missed the point. Probably lost in translation🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Tapster.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: