KL-KTN-KT-KTN-KL

December 26, 2008 at 4:41 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | Leave a comment
Tags: , ,

Tiba di Taman Greenwood tepat jam 6:00 pagi, setelah puas berjalan jauh, dari teratak usangku di Greenwood, kemudian ke Kuantan. Singgah sebentar di Kg Soi mengambil atuk, nenek, dan busu, kemudian teruskan musafir ke Kuala Terengganu. Misi utamanya adalah untuk mengubati leher atuk yang retak setelah terjatuh katil. Khabarnya di sana adalah seorang tabib ni yang agak terkenal bab-bab mengubat tulang ni.

Setelah misi mengubat atuk selesai, kami pulang semula ke Kuantan. Sampai di Kuantan, hantar busu, atuk, dan nenek, kami teruskan misi kami seterusnya pulang ke Greenwood. Hemm, jauhkan langkah kami semalam?

Jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak juga yang dapat aku saksikan sepanjang perjalanan tersebut. Antaranya aku dapat melihat gelora Laut China Selatan tatkala musim tenkujuh ini. Fuh… Geloranya menggerunkan! Lagi menggerunkan daripada gelora Pantai Sepat yang ada di Kuantan tu.

Di tepi pantai menuju ke Kuala Terengganu...

Di tepi pantai menuju ke Kuala Terengganu...

Gelora...

Gelora...

Jauh perjalanan, lagi lama masa dalam kenderaan, lagi banyaklah masa nak pot pet pot pet bersama keluarga. Secara tak langsungnya, silaturrahim dapat diperkukuh. Banyak yang kami bualkan. Antara yang kekal melekap di ingatanku ialah:

Nenek : Na, telefon busu canggih kan?

Aku : Canggih canggih canggih. Kawan-kawan Na punya telefon ada lagi canggih daripada ni… Tapi Na tak minat sangat…

Busu : Kalau busu bagi telefon yang canggih tu nak tak?

Aku : Erkk…

Jauh perjalanan, dapat juga kami ketemu dengan saudara-saudara yang tercampak jauh di negeri Darul Iman ini. Sekali sekala ketemu, hubungan mampu terjalin dengan penuh mesra…

Bertemu keluarga Tok Cik Ani yang selalu susah nak jumpa sebab jauh...

Bertemu keluarga Tok Cik Ani yang selalu susah nak jumpa sebab jauh...

Natijah perjalanan, kami kepenatan, terutamanya abah yang memandu. Itulah sebabnya mengapa aku tak mampu menghadirkan diri ke mesyuarat orientasi hari ini…

Malam ini, insyaAllah kami akan bertolak semula ke Kuantan, keesokan harinya ke Kuala Terengganu semula. Atuk kecintaanku memerlukan rawatan susulan…

Advertisements

Sedih Aku dan Sedih Mereka

December 22, 2008 at 5:20 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | 2 Comments
Tags: , , ,

Aku melihat suasana dunia Islam hari ini. Majoritinya dalam kesengsaraan. Ada yang dibunuh beramai-ramai. Pembersihan etnik katanya. Aku teringat tragedi Sabra dan Shatilla, juga Dier Yassin. Negara Islam ramai yang kebuluran, ramai menjadi mangsa penindasan puak kuffar. Tak kira siapa, wanita, kanak-kanak, orang tua, semua dibalunnya.

Tragedi berdarah Sabra Shatilla

Tragedi berdarah Sabra Shatilla

Sedih melihat nasib mereka. Mereka itu siapa, saudaraku juga!

Aku melihat mereka dibunuh penuh kekejaman, ditindas penuh kesengsaraan.  Rumah-rumah mereka dirobohkan. Kebun-kebun mereka dihancurkan. Tanah air mereka terpaksa ditinggalkan. Kanak-kanak sekecil Faris Audah turut ditembak tanpa balas kasihan. Mereka menangis. Mereka kehilangan ahli keluarga. Mereka kehilangan segala-galanya di dunia yang fana ini. Aku sedih.

Mereka menangis...

Mereka menangis...

Namun di sebalik air mata mereka, ada kebahagiaan, ada keceriaan. Mereka kehilangan semuanya di dunia, namun mereka tak kehilangan syurga yang abadi. Mereka gugur di medan pertempuran, namun gugurnya mereka itu satu kejayaan.

Aku semakin sedih memikirkan semua ini. Mereka tak punya dunia yang sementara, namun mereka punya akhirat yang kekal selama-lamanya. Aku punya apa?

Dunia pun tak punya, akhirat lagilah. Tak ada satu tiket jaminan pun aku kekal bahagia di sana. Bagaimana untukku mengangkat darjat diriku sama seperti para syuhada’ yang terkorban itu?

Allah menguji mereka dengan peperangan berhadapan dengan pihak kuffar. Allah mengujiku supaya membela nasib saudara-saudaraku yang lain, jua menyedarkan masyarakat-masyarakatku mengenai budaya-budaya jahiliah mereka. Saudara-saudaraku di Palestin, Kashmir, Selatan Thai, Filipina, juga di Chehnya, telah berjaya menjalani ujian mereka. Darah-darah mereka telah menitik membasahi bumi demi mempertahankan Islam tercinta. Jasad-jasad mereka rebah ke bumi demi menegakkan agama Allah. Jiwa, hidup mereka telah diserahkan sepenuhnya demi jihad fi sabilillah.

Aku? Apa yang telah kulakukan? Mereka telah menempah tiket ke syurga. Aku? Masih melangguk tak tau nak buat apa.

Akhirnya, aku jadi sedih memikirkan nasib aku ini!!!

Ayahandaku Juruukur Badan?

December 19, 2008 at 12:48 am | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 1 Comment
Tags: ,

Pagi sebelum bermulanya kelas tambahan Bahasa Arab Tinggi, aku dan beberapa orang sahabatku duduk berlepak di pondok berdekatan dengan bangunan SMIAAG sambil menanti Us Hasnan dan Us Abd Aziz memulakan kelas.

Sambil duduk-duduk, mataku terlihat dua buah buku tulis berkulit tebal ditinggalkan oleh murid-murid di pondok tersebut sebelum bercuti semester dua yang lalu. Entahlah mengapa, murid-murid al-Amin ini ramai yang suka meninggalkan buku, baju, al-Quran, dan sebagainya bersepah-sepah di sekitar sekolah apabila tamat semester. Mungkin disebabkan nikmat kekayaan yang melimpah-melimpah menyebabkan anak-anak ini gagal memahami erti berjimat-cermat!

Entah mengapa, hatiku tergerak untuk menelaah dua buah buku tersebut. Rupa-rupanya, buku tersebut dimiliki oleh dua orang sahabat rapat adikku. Swusrah pula tu. Kena-kena pula, buku tersebut merupakan buku usrah mereka.

Saja aku menyelak bahagian hadapan buku tersebut. Kelihatan biodata-biodata mereka seusrah termasuklah adikku. Aku mengerling biodata adikku. Tertulis di situ:

Pekerjaan bapa: Juru ukur badan

Pekerjaan ibu: Business Woman

Aku tergelak. Juru ukur badan? Bila masa ayahandaku ini juruukur badan? Bukan juruukur bahan ke sepatutnya?

Bila masa pula mak buka bisnes ni? Bukan ke mak akauntan?

Entahlah budak-budak ni.  Asal ke boleh je!

Aku tersenyum meladeni dunia kanak-kanak nan fitrah ini! Aku rindu akan zaman ini. Bolehkah kukembali semula ke zaman ini???

Monolog Hatiku

December 17, 2008 at 7:13 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | Leave a comment
Tags:

Kadang-kadang, hatiku terasa ralat mengenangkan nasib diriku ini.

Suatu ketika dahulu, aku amat rapat dengannya. Siang malam aku bersamanya. Hari-hari yang kulalui tanpanya akan terasa amatlah suram. Apabila aku mendekatinya, beliau akan datang kepadaku dengan sukarela – mendengar masalahku, mendengar keluhan hatiku, menasihatiku bila perlu, dan pelbagai-bagai khidmat lagi yang sukar kuungkapkan di sini.

moonflip

Kalau tak sempat bermesra waktu siang, akan ada sebahagian waktu malamku diperuntukkan untuknya. Hatta waktu imtihan pun, aku tetap akan mendekatinya, walaupun ketika itu aku sibuk melayan madah-madahku yang lain. Di kala imtihan, beliau akan datang, mendamaikan atmaku yang sedang dilanda gelora maha hebat, membantuku memahami ilmu yang sedang kupelajari, juga kadang-kadang turut menetapkan hatiku memilih jawapan yang mana satu tatkala aku berada di dua persimpangan ketika peperiksaan. Beliaulah teman sejatiku di kala duka dan suka.

Continue Reading Monolog Hatiku…

Mengapa Aku Masih di al-Amin Sehingga Sekarang?

December 15, 2008 at 5:29 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Citra Kehidupan | 11 Comments
Tags: ,

Sewaktu kecil-kecil dahulu, aku dicadangkan oleh emak untuk menyekolahkanku di Sekolah Rantau Petronas, Kertih, Terengganu Darul Ridzuan. Sebabnya mudah. Emak dijangka akan dipindahkan untuk berkhidmat di Kertih, Terengganu menjelang tahun 1999, tahun aku darjah satu. Oleh itu, aku langsung tidak didaftarkan di mana-mana sekolah di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur, termasuklah Sekolah Rendah Islam al-Amin Gombak.

Oleh itu, mengapa aku di al-Amin sejak dari darjah satu?

Namun begitu, walaupun perancangan manusia sudah begitu baik, namun Allah lah yang lebih berkuasa menentukan di mana hala tuju persekolahanku. Ditakdirkan, emak tidak jadi berpindah ke Kertih. Segala perancanganku untuk bersekolah di Sekolah Rantau Petronas pun terbengkalai sama. (Heh, kalau jadi ke Kertih dulu, berhabuklah Bahasa Inggerisku jawabnya!)

Waktu itu sudah bulan 12. Sudah terlewat untuk mendaftar ke mana-mana sekolah. SRIAAG pun telah lama habis menjalankan ujian diagnostiknya yang menjadi kemestian kepada mana-mana murid yang nak masuk darjah 1. Akhirnya aku didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Usaha Ehsan. (Berdekatan Giant Batu Caves sekarang ini)

Continue Reading Mengapa Aku Masih di al-Amin Sehingga Sekarang?…

Kemuncup dalam Perjuanganku

December 14, 2008 at 1:32 am | Posted in Citra Kehidupan, Ikhwanul Fifteen, Sekolahku | 8 Comments
Tags: ,

Huh, sekolah dah nak buka… (Hanya untuk student form 5 2009 di SMIAAG)

Rasa berdebar juga nak sentuh subjek-subjek tingkatan 5 ini, terutamanya Physics, Chemistry, dan Add Maths. Almaklumlah, yang tingkatan 4 tak habis telaah, tak sempat nak faham, tak berapa cukup masa nak memantapkan diri, tup tap tup tap nak kena belajar yang tingkatan 5 pula. Rabbi zidni ilma, warzuqni fahma.

If you fail to plan, you plan to fail~

If you fail to plan, you plan to fail~

Itulah, sewaktu tingkatan 4 dulu, banyak benar mainnya. Ye lah, kata orang tua-tua, honeymoon year. Sebab kurang rajin nak menelaah kat rumah, maka, nak faham pun susah! Itu balasannya.

Ya, tingkatan 4 telah berlalu. Meninggalkan seribu satu kenangan buatku. Adatlah, ada yang pahit, ada yang manis. Yang pahitlah itulah yang mematangkan, yang manis itu memberi pengajaran. Dan kesemua kenangan itu, insyaAllah akan sentiasa kekal dalam ingatan.

Tahun 2009 bakal menjelma. Sesi baru persekolahan pun bakal dibuka. Ini bermakna, aku juga harus meninggalkan kehidupanku bersama warga 4 Salahuddin yang ceria-ceria belaka. Juga perlu bersedia membawa diri ke kelasku yang baru, 5 Saad. Berkenalan dan menyerasikan diri dengan warga kelas yang baru.

Cuti sekolah bakal berlalu, menyaksikan aku gagal memanfaatkannya dengan baik. Benar, masa lapang itu nikmat, dan aku gagal mensyukuri nikmat itu sebaiknya. Sebelum bermulanya cuti, kami ada menyertai motivasi bersama Dr Abdol Aziz. Beliau menyuruh kami manfaatkan masa sebaik-baiknya sewaktu cuti ini dengan menelaah subjek-subjek tingkatan 4 yang menduduki kategori “tenat” dan “ICU”.

Namun, natijahnya, aku tak buat apa-apa pun yang disuruhnya. Cutiku dihabiskan dengan berlepak di atas katil, baca buku cerita, merewang di internet, dan adalah sikit-sikit sentuh Akaun, Ekonomi, dan Perdagangan. Jawabnya, subjek-subjek yang dah “tenat” tersebut tak dapat dipastikan nasibnya. Entah-entah masih hidup ataupun sebaliknya.

Belajar ye belajar... Buanglah kemuncup-kemuncup yang menghalang perjuangan tu~~

Belajar ye belajar... Buanglah kemuncup-kemuncup yang menghalang perjuangan tu~~

Mengapa ini terjadi? Punca utamanya adalah sikapku. Sikapku yang malas, tak tahu menyusun kehidupan, dan tak tahu mensyukuri nikmat masa yang lapang menjadi kemuncup dalam perjuanganku dalam menuntut ilmu.

Hemm, layakkah dirku menjadi calon SPM, memandangkan sifat malasku ini masih dalam kategori tidak boleh dikawal???

Ya Allah, mengapa sifat MALASKU ini menjadi KEMUNCUP dalam PERJUANGANKU?

The Imams of Masjidil Haram

December 11, 2008 at 5:29 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | 3 Comments
Tags: , ,

Since I was in Form 1, I always admire the recitation of the holy Quran by the Haramain Imams, especially Sheikh Abdurrahman as-Sudais (I like the most), Sheikh Saoud as-Shuraim, and Sheikh Maahir Muayqali. For me, their recitations are very sweet.

Sheikh Abdurrahman as-Sudais

Sheikh Abdurrahman as-Sudais

When I hear their recitation, it helps me to improve my murajaah of what I have memorized.

Here is the name of all the Imams of Masjidil Haram, since the year 1344 Hijrah. (Source: http://www.haramainrecordings.com/)

Continue Reading The Imams of Masjidil Haram…

Aidiladha 1429H

December 9, 2008 at 5:25 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | Leave a comment
Tags: ,

Alhamdulillah, Aidiladha 149H menjelma lagi! Eid Mubarak to All. Moga Aidiladha kali ini membawa kita mengenang kembali apakah itu erti pengorbanan yang dibuat ayahanda Nabi Ibrahim. Sanggupkah kita berkorban seperti itu juga?

Aidiladha itu sendirinya memang indah, namun yang lebih menceriakan Aidiladha kami ialah pulang ke kampung, jumpa sepupu sepapat, mak cik pak cik, nenek atuk, dan segala-galanya… Semuanya menceriakan apabila sudah duduk bersama… Cerita itu, cerita ini, sakat sana, sakat sini, sememangnya merapatkan silaturrahim.

Aidiladha dimeriahkan lagi dengan suasana persiapannya. Kalau Aidilfitri, waktu persiapan, kena berdisiplin, tak leh makan sebab puasa. Tapi, waktu Aidiladha ni, rendang tengah menggelegak atas kuali pun boleh cedok makan! Hehehe =)

Sewaktu persiapan…

Anyam ye anyam... Jangan culas nanti tak dapat makan!

Anyam ye anyam... Jangan culas nanti tak dapat makan!

Hah, inilah hasilnya! Salah satu ketupat terbesar raya kali ini!

Hah, inilah hasilnya! Salah satu ketupat terbesar raya kali ini!

Langkah seterusnya, isi beras...

Langkah seterusnya, isi beras...

Sewaktu mengisi beras…

“Ketupat sape ni bocor?” tanya Acik.

“Azhari…” Jawabku selamba mengenakan adikku.

“Ketupat yang terlebih keras tu Na yang buat. Yang terlebih lembik pun Na yang buat…” Usik Acik lagi.

“Aik, Na pulak yang kena…” Balasku. Tawa pecah berderai~~

Pagi Raya

Raya kali ini agak suram kerana hujan tak henti-henti turun ke bumi. Semua orang malas keluar rumah, kecuali untuk Solat Raya, dan melapah daging korban. Orang datang ziarah pun tak ramai sebab hujan.

Petang raya, kami keluar ke pantai. Saja rindu tengok ombak mengganas di musim tengkujuh. Dek kerana ombak ganas, cabaranku kepada adik-adik sepupu menyuruh mereka pergi mandi pantai tak disahut. Tak ada siapa yang berani menongkah ombak dikala ombak sedang tinggi!

Berlatar belakangkan Pantai Sepat yang sentiasa jauh di mata dekat di hati~

Berlatar belakangkan Pantai Sepat yang sentiasa jauh di mata dekat di hati~

Memori Nan Indah (Wafdul Amin 08)

December 9, 2008 at 3:37 pm | Posted in Citra Kehidupan, Ikhwanul Fifteen | 4 Comments
Tags: ,
Indahnya Sungai Perak. Tengok awan dia, lagi lawa...

Indahnya Sungai Perak. Tengok awan dia, lagi lawa...

To Jeti Kampung Beng... Yeayy!

To Jeti Kampung Beng... Yeayy!

Dengan ini, saya merasmikan Wafdul Amin 2008...-Ahli Parlimen Lenggong

Dengan ini, saya merasmikan Wafdul Amin 2008...-Ahli Parlimen Lenggong

Adik-adik main dart..-waktu sukaneka

Adik-adik main dart..-waktu sukaneka

Mengharungi Sungai Perak...

Mengharungi Sungai Perak...

Aku merindui dapur ini... =(

Aku merindui dapur ini... =(

Bersama mak, ayah, dan kak Nisa kecintaan =)

Bersama mak, ayah, dan kak Nisa kecintaan =)

Bersama mak,ayah, dan abang Ni dalam bot ayah kecintaan~~

Bersama mak,ayah, dan abang Ni dalam bot ayah kecintaan~~

Wafdul Amin – Catatan 27 dan 28 Nov

December 4, 2008 at 8:50 pm | Posted in Citra Kehidupan, Ikhwanul Fifteen, Sekolahku | 1 Comment
Tags: , , ,

Berlalunya Wafdul Amin 2008 benar-benar menyedihkan diriku. Tak cukup rasanya pengalaman yang dikutip selama lima hari empat malam di Kampung Beng, Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

Walaupun setelah empat malam di Kampung Batu Ring, aku masih tidak puas berada di sana. Sehingga kini, aku masih rindukan kecipak air Sungai Perak yang mendamaikan, lambaian pohon nyiur yang menenangkan, masakan orang kampung yang benar-benar menyelerakan, serta seribu satu pengalaman demi pengalaman yang kutimba sepanjang berlangsungnya program ini.

Berlalunya Wafdul Amin kali ini sarat dengan seribu satu pengajaran buat diriku. Barulah aku mengerti untuk menghargai, betapa bumi al-Amin ini banyak mendidikku ke arah pembentukan insan muttaqin. Barulah aku mengerti, betapa di luar sana, masih ramai insan-insan yang perlu kesedarkan – merokok tak kira masa, kugiran sampai lewat malam buta, memakai tudung hanya pada masa-masa tertentu sahaja, dan bermacam-macam insiden lagi.

Tak dinafikan, kedatanganku ke Kampung Beng ini juga menyedarkanku betapa “lainnya” kehidupan masyarakat kampung jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Budaya memberi masyarakat kampung, ketenangan kehidupan di kampung yang masih belum tercemar dengan budaya mencuri, semangat kejiranan yang kukuh, semuanya menyedarkan aku tentang erti kehidupan. Ya, aku rindukan suasana ini!

27 NOV

Kembara Wafdul Amin dimulakan pada malam 27 November 2008.

Sebelum kami menaiki bas untuk ke destinasi Wafdul Amin 2008 pada jam 12 malam, kami mendengar ucapan-ucapan, pesanan-pesanan, dan amanat-amanat terakhir daripada guru-guru dan juga barisan AJK Wafdul Amin 2008. Debaran mengisi dada kami semua. Semua berharap agar Wafdul Amin kali ini bergerak lancar tanpa masalah yang besar.

Continue Reading Wafdul Amin – Catatan 27 dan 28 Nov…

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.