Patient, Itulah Guruku

May 16, 2015 at 10:21 pm | Posted in Uncategorized | 1 Comment

Aku menyeluruhi wajah patient yang berada di depanku ini. Wajah itu kelihatan tidak bermaya. Mata & kulit beliau jelas berwarna kuning. Tubuh beliau kelihatan sangat kurus, tampak pada ototnya yang menggelambir.

“Encik, saya pelajar perubatan tahun 3 UIA. kalau saya nak tanya-tanya sikit boleh?” Aku berbasa basi memulakan bicara.

“Ermm, takpe lah Encik. Saya mintak izin nak tengok fail tu.” Sekelip mata aku berubah fikiran. Sungguh tak patut untuk aku “clerk” beliau sedang beliau dalam keletihan.

“Tanya apa dik? Saya memang tak larat harini. Nanti lah dik. Adik bacalah pada fail ni. Kalau ada yang tak jelas baru tanya.”

Aku hanya tersenyum sambil meminta maaf, menyedari bahawa aku tak patut menganggu beliau yang sedang dalam kesakitan.

Aku lalu membuka fail yang maha tebal tersebut. Mengalahkan buku teks Burkitt Surgery.

Meneliti satu persatu catatan Specialist, MOs dan HOs, lab results dan imaging yang ada pada fail tersebut, juga cuba memahami history, findings dalam physical examination, investigations dan management yang disusun untuk beliau.

Daripada beliau, aku belajar mengenai gastric outlet obstruction, tube feeding, total parenteral nutrition, PTBD, dan banyak lagi yang tidak mampu ku nukilkan semuanya. Paling bermakna, aku belajar bahawa jangan sesekali meremehkan kebaikan-kebaikan kecil, kerna kita tak tahu amal kita yang mana yang diterima.

Malam sebelum aku pulang daripada oncall kami (oncall student untuk surgery setakat pukul 10), aku bertanya kepada seorang HO, “akak kenapa patient M tu (sambil tanganku menuding pada beliau) pakai branula kat chest wall?”

“Entahlah akak pun tak pasti.”

“Sebab nak masukkan morphine. Memang pasang kat situ.” Jawab patient tersebut. Tersekat-sekat suara beliau memberitahu kami. Sungguh, malam tersebut kesihatan beliau makin merosot. Batuk-batuk, demam, dan muntah. Perut beliau juga sudah semakin membusung.

Aku sungguh terharu melihat kesungguhan beliau melayan kami. Sungguh, beliau dan ramai lagi patient-patient lain merupakan guruku! Mereka berkongsi dengan kami tanpa mengharapkan apa-apa pulangan, tanpa diberi sebarang ganjaran, walaupun kala itu mereka dalam kesakitan dan kesulitan. Semoga Allah merahmati kalian. Hakikatnya, di sebalik seorang doktor yang cekap itu, ada ribuan makcik pakcik penghuni wad dan klinik yang telah berkorban untuknya.

Rupa-rupanya itulah kali terakhir kami berjumpa. Dua hari selepas itu, aku mencari beliau di wad namun tidak berjumpa. Rupa-rupanya, beliau telah pulang menghadap penciptanya, juga pencipta kami semua.

Semoga Allah merahmati beliau.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.

******

16 Mei.

Hari Guru.

Mak, Abah, Adik, pakcik makcik, Murrobiah, Muallimah, Ustaz, Cikgu, Pak Guard, Makcik Kantin, Lecturers, makcik pakcik & adik-adik yang menghuni ward, consultant specialist MOs HOs MAs and akak-akak nurse.

Tidak ada kata-kata yang mampu kuucapkan melainkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang bergelar guru-guruku.

Hanya Allah yang layak mengganjari kalian.

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Al-fatihah~ T.T
    Tringat aku blajar insert CBD kat encik tu.
    Sesungguhnya stiap patient yg kita jumpa adalah guru kita. Stiap patient ada cara mereka tersendiri utk mengajar kita. smoga pengajaran & pengalaman dgn mereka akn menjadikan kita seorang doctor yg berjaya, bertaqwa, disenangi masyarakat & kelurga, competent & selamat. Ameen

    Resucitation blog berjaya nampak! Patient dah stable~ lol


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: