Mengenali Diriku~

Berlatarbelakangkan Tasik DQ

Berlatarbelakangkan Tasik DQ

Dilahirkan pada 14 Disember 1992 di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur. Merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Encik Azizi bin Haji Abu Bakar dan Puan Junaidah Ibrahim.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Sri Gombak Montessori pada tahun 1997-1998, seterusnya menyambung pendidikan rendah Sekolah Rendah Islam al-Amin Gombak (1999-2004) dan meneruskan sekolah menengah di Sekolah Menengah Islam al-Amin Gombak (2005-2009).

Kemudian, pengajian saya disambung di Darul Quran JAKIM dengan mengambil Program Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM bagi sesi 2010/2011 selama setahun setengah. Seterusnya, insyaAllah, akan menyambung asasi dalam bidang perubatan di UIAM Petaling Jaya. Harapnya, akan terus kekal di Kuliyyah of Medicine di UIA Kuantan. Mohon doa semua.

Pernah memasang impian untuk menjadi accountant, namun sekarang insyaAllah akan menyiapkan diri untuk menjadi Healthcare Practitioner. Walau apa-apapun, saya tetap cuba beriltizam meletakkan syahid sebagai cita-cita tertinggi, dan dakwah serta tarbiah sebagai bekalan dan hiasan diri. Semoga di thabatkan hati.

Allahumma Thabbit Qulubana Ala Deenik Wa Ala Tha’atik…

25 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. citer la sket sape yg “besit” nt tu.

  2. Sape yg “besit”? Sape lagi kalau bukan GURU DISIPLIN kita kan? Hahaha… Jgn mara… Biasalah, selalunya, yang kena “besit” tu la yg akan tinggalkan kesan… Xpe, ana redha… Baik tak???

  3. Salam

    Anak sapa la nie … ish kalau ada anak lbih kurang umur dah buat menantu. Sayangnya Saifulislam baru 6 tahun. Read some of your articles, not good but remarkable for some one your age.

    Anyway, may God Bless u and my prayers.

    Abu Saif, Penang

  4. Waalaikumussalam
    Syukran kerana sudi menyinggah. Ana pun masih bertatih dalam dunia penulisan ini. Mungkin masih belum boleh berfikir secara rasional dan matang dalam sesuatu isu. Semoga kalian terus mendoakan kejayaan ana di dunia dan di akhirat. Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri ini, doalah senjatanya kan?

  5. التعلم في الصغار كنقس على الحجر

    tetap istiqomah ya…
    salam
    numpang baca

  6. wah bagusnyer generasi2 baru alamin ni. Bangga ana sbg ex alamin (g8). Takpe, adik ana ade kat alamin lg..(khaulah)

  7. Assalamu’alaikum wr wb,

    Salam ziarah dan perkenalan dari Batam…

  8. Salam Lina,
    Aichik secara tak sengaja terjumpa blog ni. Aichik dah add to favourites. Congrats & keep it up!

    Best wishes,
    Aichik

  9. Tahniah ustaz ucapkan.. moga2 terus berjuang.. jika rasa perjuangan tegakkan generasi al-quran ini pahit..maka ingatlah.. syurga Allah yang tersedia itu manis..

  10. Salam perkenalan dari ku ..Nadilah
    Selamat Berpuasa

  11. SALAM UKHTI AZLINA… :] cermin pun cerminlah… lipas yang comel pun boleh lah… AZALINA pun okeyh! salam ziarah :] saja bersanggah sebentar. Apa khabar hatimu? Moga terubat dengan zikrullah dan al-ma’thurat yang menceriakan sepanjang pengembaraan di alam sekolah! Moga lebih mantap dalam penulisan! Wassalam..

  12. bangga ke saifulislam tengok blog kak lina? hah? cam mana boleh famous sangat?

    congretulations!!! bangga jadi adik mu!🙂
    hebatlah!!!😉

  13. salam.. bgs la dik… muda2 lagi dah byk entri yg berguna untuk tatapan pembca.. keep it up. ok? gud luck…

  14. A’kum, Nurazlina…
    Sy trtarik dgn catatan adik dlm blog ni… U really worship ur school… Sbnrnya sy tgh cari website ttg Sek Al Amin… tp 1 pun x blh buka, kecewa gak… Ada cita2 nk masukkn anak sy ke sekolah awak ni… Anak sy br masuk 3 thn… Memandangkn suasana sekolah n tingkah laku budak sekolah di Gombak kurang menyenangkan sy, alternatif yg paling baik ialah ke Sek Al Amin… Blh bg info sekolah adik x? Tadika,SR n SM? Yuran? Syarat kemasukan?
    Really keen to know….
    Trima kasih… salam

  15. Puan Suraiya,
    Sek al-Amin umumnya terdiri daripada sek rendah dan sekolah menengah. Tadika masih belum ada. Puan bolehlah menghantar anak puan ke tadika islami lain seperti di PASTI, tadika Amal, dll sebagai persediaan pendidikan awal.
    Sekolah rendah ada 2 cawangan, satu di KL dan satu lagi di Gombak. Sek men hanya ada di Gombak sahaja.
    Yuran sek ren lebih kurang RM 200 sek men lebih kurang RM 300.
    Pemelajaran meliputi silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. UPSR, PMR, dan SPM diambil oleh murid-murid. Pemelajaran turut diserikan dengan subjek-subjek syariaah seperti hafazan al-Quran, tilawah, tajwid, Tasawwur Islami, Bahasa Arab dan lain-lain lagi.
    Syarat kemasukan saya kurang pasti. Puan boleh rujuk di link:
    http://www.al-amin.edu.my/
    InsyaAllah, boleh dibuka

  16. Salam perkenalan. Alhamdulillah ada juga remaja kita yang bagus begini

  17. Semoga insan rabbani akan ramai muncul di dunia ini

    http://www.gurumurshid.com

  18. salam. semoga anda dirahmati Allah, menjadi anak solehah dan tergolong di kalangan muttaqiin.

  19. Assalamu’alaikum w.w…

    Salam Kenal,… ^_^
    Senang bisa nyasar ke blog pean…

  20. skrng tngkatn bape??????

  21. ANAS, saya di Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam al-Amin

  22. salam,
    long time no see haa…. how’s life?

    how’s ur preparation? dah ready utk spm…?

    lama dh x keep intouch ngn saya…
    free2 weekend ni call la… nak mai umah pun ok je..

    kim salam mak k..

    take care!

  23. Salam Nurazlina,

    Akak memang suka baca blog tetapi sangat sukar untuk mencari blog yang akak pertama kali baca sudah terpikat dengan tulisannya… Membaca tulisan adik, menyebabkan akak berasa kagum dengan intipati penulisan adik yang sangat matang dan terus terpikat untuk membacanya. Semoga dapat menghasilkan tulisan yang mampu memberi impak kepada pembaca.

    p/s: akak berasal dari kg sg soi dan kenal dengan arwah ustaz Abu Bakar.

  24. Assalamualaikum..

    Tahniah atas tulisan enti tentang imam masjidil haram..nampaknya kita berkongsi minat yg sama.. Sejak form 1 ana meminati syeikh sudais dan syuraim dan thun lepas ana pergi umrah ramadhan ana tertarik juga dgn syeikh maher al-muaqli..teruskan mencari maklumat ttg mereka dan jdkan mrk idola kita..syukran.

  25. salam. tahniah kerana menjadi hafizah solehah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: