Kursus Kepimpinan Ogos 2008

August 31, 2008 at 4:50 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | 11 Comments
Tags: , ,

KURSUS KEPIMPINAN (Ogos 2008)

Kursus Kepimpinan khas buat Qiyadah Ikhwanul Fifteen (nama baru yang sengaja kugubah bagi Kursus Kepimpinan Tingkatan 4 2008) telah selamat kulalui. Alhamdulillah, walaupun aku sememangnya agak kelelahan selepas menjalani Minggu al-Quds, namun, kursus tersebut tetap berjaya menyuntik ria di hatiku, seterusnya memberikan kesedaran buat diriku. Ya Allah, rupa-rupanya, setelah hampir tiga tahun memegang amanah sebagai pengawas di SMIAAG, masih banyak lagi elemen-elemen kepimpinan yang masih kurang dalam diriku.

Palestin Fi Qulubina Abadan Abada

Palestin Fi Qulubina Abadan Abada

Alangkah berdosanya aku kerana gagal menyempurnakan amanah yang kugalas di bahuku! Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan untuk mengubah sikap dan mentalitiku ini. Semoga kepemergianku ke kursus ini berjaya mengubah akhlakku ke arah yang lebih sempurna.

TERJATUH KERUSI

Entah bagaimana, tatkala khusyu’ (khusyu’? Ye ke, bukan tengah bercakap dengan Azah ke?) mendengar ceramah Us Hasni berkaitan dengan kepimpinan, fail ku tiba-tiba terjatuh ke bahagian tepi kerusiku. Tanpa berfikir panjang, ditambahnya dengan sikap malasku, aku pun terus mencuba untuk mencapai fail tersebut tanpa bangun daripada kerusi. Fail tersebut terjatuh agak jauh daripada kerusiku.

Dengan izin Allah, secara tidak semena-mena, disebabkan tanganku terlalu berusaha untuk mencapai fail tersebut, aku hilang imbangan. Tanpa boleh kukawal, aku serta kerusi yang kududuki terjatuh ke tepi. Sudahlah aku duduk di barisan paling hadapan. Sudahlah di tepiku (agak jauh) merupakan kawasan duduk buat ikhwan. Ya Allah, malunya usah kukira. Aku hanya mampu tergelak sahaja bagi mengusir perasaan maluku itu. Tidak sanggup rasanya untuk kutentang mata-mata yang menyaksikan kejadian tersebut. Ceramah terberhenti seketika. Puas akhawat-akhawat menggelakkanku. Alhamdulillah Ikhwan agak thiqah, tidak langsung mentertawakanku. Apa-apapun, aku tidak kisah pun digelakkan oleh sahabat-sahabatku. Bagiku, itulah indahnya persahabatan!

MENJELANG MALAM

Aku dijadualkan untuk hirasah pada pukul 12:45 malam. Bosannya hirasah. 45 minit, aduh… Lamanya… Tidak tahu apa yang perlu kubuat. Nabilah dan Azah tak habis-habis membuka kedai kopi. Nak masuk campur, malas rasanya. Apa lagi, aku mengambil keputusan untuk iadah Quran. Tamam sejuzuk, perasaan malas mula menguasai diriku. Akhirnya, aku turut mengikuti bisnes Azah dan Nabilah.

Tak lama selepas itu, Kak Fathy datang ke arah kami. Ya Allah, Kak Fathy pun tak tidur lagi! Khabarnya ada meeting tadi. Apa lagi, kami terus berbual-bual berempat. Rancak juga perbualan kami. Setelah hampir jam 3:15 pagi, barulah bisnes kami dibubarkan. Alahai, tinggal sejam je lagi untuk tidur! Pukul 4:30 semua digesa bangun untuk qiam.

Mataku terus kupejamkan. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dalam tidurku yang sedikit ini…

AHAD

Alhamdulillah, kursus ini berjaya kutamatkan dengan penuh penghayatan.

Alhamdulillah, malam ini, bulan penuh kerahmatan bakal menjelma. Moga kita mengambil ibrah daripadanya. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!!

11 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. x pe…baguslah…mengejutkan orang yang sedang dibuai mimpi…buat selalu pun x pe (jatuh kerusi)

  2. astaghfirulah..!! malu aku dibuatnya…merah padam wajhi tertawakan gelagat ukt. sampai ke petang gelak.lain kali buat lagi.ana suka..semua terkesima buat seketika waktu. teringat formula f=ma..teringat cara anti jatuh slow motion. agaknya praktikal teori graviti lawan normal force…keseimbangan badan nak capai mmg lambat anti jatuh..;.;.;….ana terhibur. maaf kerana ana antara mata-mata yang melihat.maaf sangat-sangat kerana ana tak capai kerusi anti sebelum mendarat atas karpet bilik seminar tu..nanti takut kita bercantum jadi AZALINA lah..!! hehe…

  3. ana rasa masa hirasah kita pukul 1.45-2.30 lah……

  4. ya allah, sedihnyaaaa ana tak dpt join!!!!!!!!!!!!!!!!! ;(

  5. Ala Dena…
    Tak payah la sedih sangat…
    Ana tau anti ada hal lain yg tak dapat nak elak..

    strawberry aka princess,
    Kiranya, ada jugak jasa ana kat semua ye, walaupun setakat jatuh kerusi…

    Azah,
    Yes2 kita kembar… Tak kisah pun takut nak tarik ana… Masih terbayang merah muka nt gelak kat ana…
    Kita hirasah second lah… 12:45 sampai 1:15… Ala, tapi kita kan guard yang suka kerja overtime… kiranya sampai kol 3:15 kita jaga…

  6. ahaahahahahahahaha….~dah la.takleh baca post nih..gelak nak mati.tak leh berhenti.ok..moga lepas ni kepimpinan kita lebih mantap..!!

  7. lina, nt menceriekan hari kitorang. ana bole terbayang2 lg nt jatuh krusi tu….dah la cm sngt ‘slow-motion’..hehe..maaf ye tergelak2 ari tuh..skrng pon tergelak lg nih~~

  8. kak fathy tak komen lagi nih..nanti kalau die komen… MELETUP.. gosip lina jatuh kerusi…ahahaha..~ :] memaen je..ana menyesal tak tarik nt..ana nak tergelak si Fatimah Amira kate reaksi spontan Azah melambai-lambai sambil memanggil “Lina!!Lina!!”.. hehe~moga takdir ini menjadi rantai ikatan ukhuwwah yang berkekalan.. :]

  9. […] masa cepat berlalu. Ceritera-ceritera serta pengalaman di situ masih segar bugar dalam fikiranku. [ https://nurazlina.wordpress.com/2008/08/31/kursus-kepimpinan-ogos-2008/ […]

  10. ana tgk antum semua mlmtu..bersemangat sangat..
    tgh2 khusyuk dengar ceramah ust.Hasni..
    tibe2 ade org jatuh..
    ana xtau tu anti..
    ana mmg hairan sangat..
    mcmane enti bole jatuh kusi..
    tp ana xtau pun tu enti..
    so buat dono jer ar..
    bile bce tulisan enti ni..br la tau kisah nyer..

  11. ahahhahahahahhahahahahahhahahhahahahahh~ abg sarep dah komen…!! ~ komen blog ana plak…http://sekadar-kata.blogspot.com/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: