Nenek dan Atuk Tercinta

August 15, 2008 at 12:07 am | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | Leave a comment
Tags: , ,

Penat bebenar rasanya hari ini. Entah mengapa. Tapi yang pastinya, imtihan Add Maths dan Bahasa Arab Tinggi benar-benar meletihkan mindaku. Dengan persediaan yang tidak seberapa (atau sememangnya tiada), aku benar-benar menggagau sepanjang imtihan berjalan. Aduh, sungguh meletihkan! Keadaan badanku yang tidak beberapa sihat (sakit kepala serta bersin-bersin) benar-benar menambahkan “kelazatan” tatkala imtihan. Subhanallah, barulah aku tahu, betapa sebenarnya kesihatan itu merupakan nikmat kurniaan tuhan yang tidak terhingga nilainya!

Proses pemelajaran kami hari ini ditutup dengan usrah. Betapa aku merindui suasana liqa’ yang membuahkan ukhuwwah ini! Alhamdulillah, usrah kali ini, kami bergabung dengan kumpulan cikgu Alia. Tambah menceriakan, kami menonton filem Kiamat Sudah Dekat yang dibawa oleh Cikgu Arasy. Meriah. Masing-masing duduk dengan gaya masing-masing. Gaya bebas! Tergolek-golek kami bergelak ketawa melihat cerita tersebut. Hilang sakit kepalaku!

Subhanallah, indahnya jalan cerita yang dipamerkan. Di sebalik unsur-unsur humor yang diselitkan, banyak ibrah-ibrah yang tersembunyi! Sedihnya, kami hanya sempat menonton separuh daripada keseluruhan filem tersebut. InsyaAllah, andai ada masa terluang lagi, kita tonton sama-sama ye…

Usai Mesyuarat Minggu al-Quds, aku terus melangkah laju keluar dari pagar sekolah. Kepenatan jelas terasa. Perutku berkeroncong. Kebetulan aku tak makan sejak rehat pertama tadi. Terasa perutku benar-benar rindukan belaian makanan! Pantas aku naik ke dalam kereta. Setelah memberi salam, aku terus berbual-bual mesra dengan abah serta bertukar-tukar cerita.

Lina : Abah, jomlah kita pergi makan. Nak tunggu mak balik lambat lagi…

Abah : Ala… Abah tak solat lagi. Kita balik dulu la…

Lina : Okayla… Tapi lepas tu kita keluar ye…

Dalam hati, aku memujuk diriku supaya bersabar. Takpelah… Mungkin ada hikmahnya.

Setibanya di rumah, aku terus meluru masuk. Salam kuberikan. Memang amalan ini telah lama menjadi darah daging dalam keluarga kami. Bayangan makanan menjalar dalam ruang mataku. Aduh… Aduh… Sabarlah duhai perut… Sabarlah…

Tatkala aku melangkah masuk, nenek dan atuk yang sudah lama kurindu menjawab salamku. Aku terkejut. “Eh, nenek? Atuk?” Subhanallah, aku terus berpelukan mesra. Rupa-rupanya, nenek dan atuk datang ke sini dengan Mak Cik Ija. Kebetulan, Mak Cik Ija hendak ke Ipoh. Jadi, nenek dan atuk ditinggalkan di rumah kami. Alhamdulillah, akhirnya Allah mempertemukan kami juga di bumi Kuala Lumpur ini setelah aku terlepas daripada bertemu dengan insan tersayang ini kerana mengikuti Rehlah Ikhwanul Fifteen.

Puas kami bersembang. Nenek menunjukkan gambar-gambar yang diambil tatkala Nenek, Atuk, dan Busu pergi melawat Aichik di UK. Seronok melihat gambar tersebut. Cerianya suasana…

Di sini aku titipkan sebahagian gambar yang diambil. Syukran jazilan kepada Azhari kerana rajin scan gambar tersebut. Lain kali buat lagi ye…

Nenek dan Atuk bersama-sama polis UK. Eh, Aichik, Busu mana?

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: