Tatkala Berlabuhnya Tirai Olimpik

August 25, 2008 at 9:49 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | Leave a comment
Tags:

Alhamdulillah, akhirnya Sukan Olimpik Beijing 2008 telah pun menutup tirainya. Sedih. Suka. Entahlah yang mana satu. Sedih… Mengapa ya?

Olympic Ring

Olympic Ring

Aku sememangnya meminati mana-mana temasya sukan, hatta, temasya sukan SUKMA yang kecil itu tetap aku minat! Apatah lagi sukan Olimpik… Kendatipun aku tidak mempunyai ASTRO untuk menonton siaran sukan tersebut secara langsung selama 24 jam, namun aku masih berusaha untuk mengikuti liputan langsung sukan olimpik yang terhad, melalui TV1 dan TV2, sehinggakan ruangan Sorotan Harian yang disiarkan lewat jam 12 malam pun aku ikuti!

MULA MEMINATI

Aku mula minat untuk mengikuti perkembangan temasya-temasya sukan ini sejak aku menyertai kelas Taekwondo di UIAM. Ketika itu, aku agak aktif dalam sukan tersebut. Agak banyak juga bilangan pertandingan Taekwondo kusertai, bermula di peringkat daerah, sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Banyak pengalaman kutimba. Sebenarnya, pengalaman-pengalaman inilah yang telah banyak mengajarku tentang kehidupan ini!

With my opponent

With my opponent

Sebelum menyertai mana-mana pertandingan, kami terpaksa melalui latihan demi latihan intensif demi memastikan bahawa kami sudah bersedia dan “fit” sebelum masuk gelanggang. Antara yang paling kuuingat, sebelum menyertai kejohanan MSSD Gombak dan MSSS, kami dipaksa untuk berlatih hampir setiap petang di Sek Men Teknik Gombak. Kadang-kadang, latihan tersebut berlarutan sehingga ke malam. Penatnya, usah terkata. Namun, hasilnya manis apabila kesemua kami mendapat emas ketika kejohanan MSSD Gombak, dan satu emas, tiga perak tatkala MSSS.

USAHA GIGIH

Aku suka melihat siaran langsung Olimpik di kaca televisyen. Namun, yang benar-benar menjentik hatiku untuk menonton perjalanan temasya sukan tersebut ialah keinginan untuk melihat semangat para atlet untuk beraksi di kejohanan tersebut, setelah bertahun-tahun berusaha keras demi memastikan kejayaan milik mereka. AKu bukan setakat suka melihat acara tersebut di Televisyen, malah aku juga sering membaca mengenai persiapan-persiapan para atlet yang beraksi sebelum menyertai temasya terbesar dunia tersebut.

Kagum aku apabila aku terbaca mengenai kisah di sebalik kejayaan dua adik beradik Russia yang mengungguli acara renang berirama. Bayangkan, setiap hari, hampir 8 jam mereka gunakan untuk berlatih. Tiga jam untuk berenang, dan baki lima jam digunakan untuk berlatih gimnastik. Ini tidak dikira lagi latihan-latihan yang mengiringi para atlet China sebelum menyertai temasya ini.

Tatkala aku terbaca mengenai kisah seorang penembak China yang memenangi pingat emas dalam temasya ini, aku disentak kagum apabila terkenangkan usaha gigih mereka. Bayangkan, antara tempoh olimpik Athens 2004 dan Beijing 2008, beliau hanya dibenarkan pulang berjumpa dengan ahli keluarga selama enam kali. Masa selebihnya ditumpukan untuk latihan.

Kejayaan Memerlukan Pengorbanan dan Usaha

Kejayaan Memerlukan Pengorbanan dan Usaha

IBRAH

Subhanallah, betapa bersungguhnya mereka dalam mengejar matlamat duniawi yang bersifat materialistik! Bagaimana dengan kita? Adakah kita berusaha dengan sebegitu dahsyat demi mengajar matlamat ukhrawi kita yang hasilnya lebih manis daripada segala-galanya? Ataupun kita masih enak tidur di peraduan dibelai nikmat dunia.

Begitu juga dengan dakwah. Andai tidak ada usaha yang luar biasa dalam usaha untuk menarik madu’, bagaimana madu’ mahu tertarik dengan Islam? Andai “lisanul hal” kita pun tak seberapa, bagaimana kita mahu mendekatkan hati pihak kuffar terhadap keindahan Islam?

Bayangkan, untuk mengejar kejayaan dalam sukan ini pun, usaha diperlukan. Apatah lagi dalam bidang pelajaran. Perkara yang sama juga diperlukan. USAHA. USAHA. USAHA. Tanpa usaha secukupnya, kita tidak akan berasa “gagah” tatkala melangkah masuk dalam gelanggang imtihan! Tanpa persiapan yang sewajarnya, tidak mungkin kita akan menggapai kejayaan, seterusnya memenuhi impian ayahanda dan bonda!

SUKA

Jauh di sudut hati, aku suka juga apabila temasya Sukan Olimpik yang kugilai akhirnya berarak pergi. Kerna, dengan cara ini sahajalah aku mampu membebaskan diri daripada asyik menjadi hamba televisyen, setelah hampir 16 hari berkhidmat padanya!

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: