The Kite Runner

November 17, 2008 at 5:01 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Citra Kehidupan | 3 Comments
Tags: , ,

Antara aktiviti utama yang telah dirangka sebaik-baik sahaja tamat imtihan ialah meladeni novel The Kite Runner, karya Khaled Hosseini. Sebenarnya novel tersebut telah dibeli lebih seminggu sebelum imtihan berakhir, namun bagi menghormati dan memberikan keadilan kepada madah-madah yang masih berbaki belum diuji, aku memendam sahaja hasratku untuk membaca novel tersebut ketika itu.

Alhamdulillah, sebaik-baik sahaja imtihanku tamat pada hari Jumaat, 7 Nov 2008, aku terus memulakan operasi menawan novel setebal 371 muka surat tersebut. Bait demi bait kutelaah, dan akhirnya, bi iznillah, aku berjaya mengkhatamkan novel ini pada hari Ahad, 9 Nov 2008. Agak lambat aku menghadam novel ini kerana hakikatnya ketika itu aku sedang mengikuti jaulah ke Terengganu.

The Kite Runner

The Kite Runner

Novel The Kite Runner ini benar-benar mengajar aku tentang realiti kehidupan. Nilai persahabatan, kekeluargaan, keberanian digarap dengan begitu baik dalam novel ini.

Konflik etnik di Afghanistan, kebobrokan perilaku tentera soviet, keruntuhan moral dan agama pelarian Afghanistan yang melarikan diri ke Amerika Syarikat, di samping kesungguhan untuk mempertahankan maruah kaum ketika hidup sebagai puak minoriti, hinggalah kepada liku-liku di sebalik pemerintahan tentera Taliban, semuanya digarap dengan begitu baik dalam novel ini berlatar belakangkan kisah persahabatan antara Amir dan Hassan.

Novel ini juga mengisahkan perubahan sikap Amir daripada seorang yang lemah, mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menganiayai persahabatannya dengan Hassan, sehinggalah akhirnya Amir menjadi seorang insan yang tabah, serta sanggup menyerahkan jiwa raganya demi menebus kembali nilai persahabatannya dengan Hassan yang telah tercemar dengan menyelamatkan anak Hassan, Sohrab.

Watak Baba yang terperangkap antara kasihnya kepada Amir dan Hassan, Rahim Khan yang memahami, Assef pembuli berjiwa ganas, serta Sohrab yang kecewa setelah kehilangan ibu dan ayahnya benar-benar menghidupkan jalan cerita yang dibawa oleh novel ini.

Aku teringat pesan Baba kepada Amir,

When you kill a man, you steal a life. You steal his wife’s right to a husband, rob his children of a father. When you tell a lie, you steal someone’s right to the truth. When you cheat, you steal the right to fairness. There is no act more wretched than stealing.

Novel ini merupakan salah satu novel yang kurasakan amat baik untuk diladeni, khususnya buat mereka yang tercari-cari sastera yang membentangkan nilai dan prinsip dalam kehidupan dan persahabatan. Sehingga kini, aku masih belum menonton filemnya. Adakah setanding dengan Children of Heaven dan The Colour of Paradise sentuhan Majid Majidi?

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. KITE RUNNER.. ANA NAK BELI BELI BELI!! JEALOUS LA LINA!🙂

  2. Hahahaha… Aimi…
    Beli… Beli… Beli…
    Bacalah sementara cuti…
    Dan jgn lupa, esok keluar result biology… =)

  3. waa~!! kak lina pon dah bace kite runner yer,., buku nie, banyak sangat ubah persepsi ana tentang dunia,., alhamdulillah,.,

    ~salam ziarah,.,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: