Jelajah Terengganu

November 10, 2008 at 8:37 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | Leave a comment
Tags: ,

Selesainya Imtihan, mak dan abah ada cakap-cakap nak bawa kami sekeluarga pergi jalan-jalan. Destinasinya tak diketahui lagi. Aku dan adik tak lah teruja sangat dengar khabar-khabar tersebut. Takut-takut nanti tak jadi, mengecewakan diri je. Almaklumlah, dah biasa dah macam tu. Cakap-cakap nak jalan, alih-alih tak jadi. Ada sahaja halangannya.

MEMILIH DESTINASI

Asalnya hendak ke Kuching, memandangkan mak ada kerja di sana hari Selasa nanti. Namun, setelah abah fikir-fikirkan, termasuklah aku yang tak berapa setuju memandangkan hari Isnin nanti ada survey Wafdul Amin, rancangan tersebut dibatalkan.

Kemudian, kami merancang nak ke belah utara, menijau-ninjau Pulau Langkawi yang aku tak pernah pergi, kemudian merayau-rayau di Kedah yang aku tak pernah terokai, kemudian pergi ke Taiping, rumah Tok Teh Sarbaini, dan akhirnya pergi mengikuti survey Wafdul Amin di Lenggong. Cantik benar rancanggannya. Malam sebelum bertolak, malam Sabtu tersebut, puas Azhari mencari informasi mengenai kawasan-kawasan yang bakal kami terokai.

Walaupun rancangan yang telah disusun amatlah cantik, namun Allah maha berkuasa menentukan hala tuju makhluknya. Menjelang pukul 12 tengah malam, rancangan kami ke Kedah terpaksa dibatalkan, atas sebab-sebab yang kami sendiri tak terjangka. Akhirnya, keesokan paginya, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Kuantan.

KE TERENGGANU

Rupa-rupanya, Allah telah menyusun kami supaya pergi meninjau negeri Terengganu Darul Iman bersama dengan nenek dan atuk tercinta serta sepupu-sepupuku, Muhammad, Adibah, dan Hakim. Biarpun terpaksa “bersardin-sardin” dalam kereta, namun perjalanan kami ke Kuala Terengganu terasa sungguh meriah.

Dalam perjalanan, aku asyik melihat kawasan pantai yang terletak di bahu jalan. Ketenangan jelas terasa apabila melihat ombak yang tidak jemu-jemu memukul pantai. Keinsafan turut menguasai perasaan apabila memerhatikan bagaimana buih-buih yang dihasilkan oleh ombak tersebut hanyut di bawa arus. Teringatku pada perumpamaan Nabi SAW yang mengatakan bahawa umatnya di akhir zaman lemah, walaupun jumlah mereka amat ramai. Astaghfirullah…

Indahnya Ciptaan Allah...

Indahnya Ciptaan Allah...

TIBA DI KUALA TERENGGANU

Setibanya di Kuala Terengganu, hari sudah malam. Puas kami mencari tempat penginapan. Hampir kesemuanya penuh. Akhirnya, Alhamdulillah, kami dapat bermalam di Qurata Riverside Resort.

Mencari "dapur" di Kuala Terengganu

Mencari "dapur" di Kuala Terengganu

Di Qurata Riverside Resort

Di Qurata Riverside Resort

TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI)

Keesokan paginya, setelah mengalas perut ala kadar, kami pun bergerak ke TTI. Rasa teringin hendak ke TTI memandangkan hendak menjelajah ke semua negara-negara terbabit rasanya ketika ini kami masih belum mampu. Alangkah aku, sepanjang 16 tahun aku hidup, destinasi luar negara yang pernah kukunjungi hanyalah Singapura. Itu pun kerana hendak menziarahi Nenek Syam.

Kami tiba di TTI pada ukul 8:30 pagi. Masih terlalu awal. TTI pun hanya dibuka pada pukul 9:00 pagi.

Kami mengambil peluang tersebut untuk meninjau-ninjau Masjid Kristal yang kulihat gah semacam dalam akhbar. Setibanya di sana, kami sibuk bergambar serta menunaikan Solat Dhuha. Sungguh aku kagum melihat keindahan reka ciptanya. Semoga masjid ini akan lebih indah diserikan dengan ibadah. Apa gunanya masjid lawa-lawa tetapi dalamnya tak diimarah!

Masjid Kristal atau Surau Kristal?

Masjid Kristal atau Surau Kristal?

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Monumen yang menempatkan 21 monumen masjid-masjid terkenal di seluruh dunia, termasuklah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Qubbah As-Sakhrah, dan sebagainya.

Kami menaiki buggy mengelilingi taman tersebut. Melihat video-video yang disediakan di beberapa tempat, bergambar di monumen-monumen tersebut, aku merasa kagum betapa umat Islam dahulu kreatif dalam membina rumah ibadahnya, serta tak putus-putus mengimarahkan masjid-masjid tersebut. Di sebalik masjid-masjid tersebut, ada berjuta sejarah yang melitupinya!

Biar betul aku yang nak bawa buggy tu? Hehehe, acah je la...

Biar betul aku yang nak bawa buggy tu? Hehehe, acah je la...

Waa... Bestnya TURKI!!!

Waa... Bestnya TURKI!!!

PASAR PAYANG

Selesai projek di TTI, kami bergerak ke Pasar Payang. Sebelum itu, kami singgah sebentar di Losong untuk menjamu keropok lekor. Di Pasar Payang, selain menjamu selera, kami turut membeli buah tangan, tanda kenang-kenangan. Tak lah beli apa-apa sangat pun, yang belinya hanya sehelai baju seorang untuk sepupu-sepupuku ini!

Puas meronda di TTI, keletihan semua!

Puas meronda di TTI, keletihan semua!

MENZIARAHI TOK CIK YAHYA DAN TOK CIK ANI

Akhirnya, sebelum bertolak pulang, kami menziarahi rumah Tok Cik Yahya dan Tok Cik Ani. Puas bersembang-sembang sementara menunggu sepuu-sepupuku yang lain mandi. Sambil itu, kami turut diajar membuat hiasan botol menggunakan pasir berwarna oleh Tok Cik Ani yang sememangnya kreatif. Alhamdulillah, dapat satu ilmu baru.

Bersama kaum kerabatku

Bersama kaum kerabatku

BERGERAK PULANG

Kami meninggalkan Kuala Terengganu dalam pukul 5:30 petang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Loji Penapisan Minyak Petronas di Kerteh. Saja hendak menunjukkan kepada sepupu-sepupuku ini suasana kilang tersebut yang penuh dan lampu dan sentiasa berapi.

Indahnya pemandangan...

Indahnya pemandangan...

Tiba di Kuantan pada pukul 12:00 tengah malam. Letih. Mengantuk. Kami terus tertidur.

Keesokan paginya, pukul 8:00 pagi kami masih berada di Kuantan. Rancanganku untuk mengikuti survey Wafdul Amin tidak diizinkan Allah. Menjelang pukul 1:00 tengah hari, kami tiba di Kuala Lumpur. Alhamdulillah…

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: