Sayonara Darul Quran

May 22, 2011 at 8:10 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | 1 Comment
Tags: , , , , ,

20 Disember 2009

“Ya Allah, 18 bulan! Lamanya nak duduk Darul Quran ni… Tahan ke aku?”

“Ya Rabbi, ketatnya peraturan… Penjara ke apa? Outing sekali seminggu, minggu balik sekali sahaja sebulan..”

“Kalas Tasmi’ tiga jam. Maknanya mengaji tiga jam. Larat ke?”

“18 bulan=30 juz. Sehari=2 maqra’ tasmi’. Mampu ke? Iadah lagi…”

“Sahabat-sahabat aku bakal fly. Aku? Hemm…fly Kuala Kubu Baru lah jawabnya…”

Maka, bermulalah episod kehidupanku sebagai pelajar Darul Quran. Bermula dengan Minggu Haluan Siswa, Mafatihul Mahabbah, The Faith, LAFUNTA 2010 Interfame, MANTOP, The Glory, imtihan semester satu, Muhasabah sem, Ukhuwah Day, Forum When The Heart Whispers, Secret Admire, Nur Ramadhan, MITI, Hari Raya IQRaC,imtihan semester 2, LAFUNTA 2011, Tinta Daie, Interfame Gen 12, Futuwwah, MANTOP Gen 12, AGM, IIUM Voyage, sehinggalah Majlis Khatam dan The Prestige serta imtihan sem 3, daripada menjadi peserta sehinggalah menjadi KD program, sungguh, banyak input yang aku terima. Banyak tarbiah yang terselit di sebalik setiap satu yang telah Allah rencanakan buatku.

Dan setahun setengah yang awalnya kurasakan lama itu berlalu dengan begitu sekejap…

20 Mei 2011

Barang-barang keperluan hampir separuh sudah siap dikemas. Pagi itu kami berjalan-jalan di tasik Darul Quran. Menikmati pemandangan Darul Quran sambil mengenang nostalgia-nostalgia lalu.

“Sekejap je kan setahun setengah kat Darul Quran ni. Rasanya macam baru je semester 1, sekarang dah habis dah pun semester 3…”

“Haah… Sedih sangat. Anti, ana rasa sedih sangat nak tinggalkan DQ ni. Agak-agaknya nanti, bila kita dah besar, kat UIA ke, waktu dah berkeluarga dan berkerjaya ke, mesti kita akan kenang masa-masa kita di DQ ni kan? Ana takut sangat kalau satu hari nanti, kita akan kata kat diri kita, ‘Ya Allah, aku pernah hafal Quran ni. Tapi sekarang ni, tak ubah macam tilawah dah. Indah kan saat kita masyi Quran dulu…’ Nauzubillah, ana takut sangat Quran ni lari daripada ana. Ana takut sangat Allah lupakan hafazan Quran kita ini..”

“Tak apa, anti, Al-Quran itu milik Allah. Mujahadah dan mintalah padaNya. Mujahadah itu penting, Allah nilai pada mujahadah kita.

“Ana ingat pesan US Dasuki pada ana waktu pergi jumpa minta maaf tadi. Us Dasuki pesan sangat-sangat supaya jaga al-Quran. Us kata, kalau kita mula meninggalkan hafazan al-Quran, akhlak dan peribadi kita benda pertama yang akan terjejas.. Nauzubillah~”

“Nanti kat UIA mesti kita dah tak rasa keadaan macam ini kan?”

“Sedih… Manis sangat biah kat DQ ni kan? 24 jam dengan al-Quran. Air mata kita, gembira kita, ketakutan kita, mujahadah kita, tension kita, stay up kita, semuanya ada kaitan dengan al-Quran. Susah dah nak cari masa macam ni dengan al-Quran.”

“Kat UIA nanti, macam mana ye kita nak balance kan contract sebagai hamba dan khalifah Allah, contract untuk iadah al-Quran, dengan tuntutan-tuntutan akademik yang menggunung? Itu baru soal belajar, belum lagi saat-saat kita mula bekerja, berkeluarga…”

“Al-wajibaat aksaru minal auqat, Hasan al-Banna kata.”

Kami sama-sama terdiam. Besar tanggungjawab kami selepas ini – memelihara hafazan al-Quran dan dalam masa yang sama, menterjemahkan al-Quran itu ke dalam seluruh aspek kehidupan.

Merenung kembali kehidupan aku selama setahun setengah di DQ, aku rasa aku akan rindu banyak benda. Ukhuwah yang sangat indah, biah yang sangat solehah, susah untuk aku cari di tempat-tempat lain.

Ukhuwah – ada benarnya ungkapan “ukhuwwah ikatan al-Quran itu lain rasanya”.

Biah solehah – masjid yang hanya beberapa tapak dari asrama, solat jemaah, irama ngaji 24/7, tazkirah asar, kelas tafaquh dan tibyan, usrah, sahabiah-sahabiah yang sentiasa mengingatkan, dan pelbagai lagi yang sukar kucoretkan.

Syukran buat kamu-kamu semua yang sudi hadir dalam hidupku! Kepada yang berterbangan di udara selepas ini, jangan lupakan kami yang di UIAM ini. Kepada yang ke Nilai nanti, selalulah jenguk kami yang di PJ ni. Jangan lupa bawa cenderamata dari Nilai Square tau! Siiru ala Barakatillah.

Halaqah tasmi' kami

Tudung dan Bunga Rossette siapa lah ini? Cubalah teka...

Semoga kita semua kekal thabat dalam tarbiah di mana sahaja kita berada! Strive for the best in whatever we do. Daie mesti cemerlang! Be a balance person. Islam itu wasatiyyah.

Liku-liku Semester 1 DQ

June 9, 2010 at 1:06 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | Leave a comment
Tags: ,

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah 1 semester ana lalui di Darul Quran. Sungguh, dalam tempoh masa lebih kurang lima bulan ini, kehidupan yang ana lalui benar-benar dirasakan berliku. Tapi tidak mengapa, semua ini proses untuk menjadikan kita lebih matang dalam berfikir dan mengambil keputusan. Liku-liku inilah merupakan cara halus Allah untuk mentarbiah diri kita.

Sedar tak sedar, sepanjang ana di DQ ini, Allah didik ana untuk lebih menghargai al-Quran. Ana pernah melalui satu fasa kehidupan yang gelap lagi menyakitkan, iaitu menghafal al-Quran tanpa mengingatinya! Hafal dan tasmi’ sahaja, tanpa iadah ataupun murajaah hafalan lama. Sepanjang tempoh tersebut, Allah mengazab ana dengan rasa bersalah. Hati ana tak tenang, sentiasa rasa gusar dan gelisah. Ya Allah, sepanjang tempoh tersebut, betapa berdosanya ana sebab sengaja meninggalkan kalamMu. Ana selalu terfikir, kalau ana mati, macam mana agaknya? Hatta tatkala SPM pun, hati ana tak tenang teringatkan bebanan al-Quran yang tak terulang!

Alhamdulillah, Allah bagi ana peluang kedua untuk kembali menghafal dan mengingati al-Quran. Ketika ini, Allah tegur ana, bahawa menghafal al-Quran ini bukan mudah seperti yang disangka. Untuk menjadi Hamalatul Quran, kita memerlukan sejuta pengorbanan.Pengorbanan itu pelbagai – masa, tenaga, keinginan, dan sebagainya. Untuk ana, ana belajar untuk redha melihat sahabat-sahabat ana “fly” ke sana ke sini. Ana belajar untuk lihat ibrah di sebalik suasana di DQ. Ana belajar untuk mendisiplinkan diri iadah al-Quran setiap hari tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Ana belajar untuk tidak mensia-siakan peluang kedua yang Allah beri! Ya Allah, bantulah aku ya Allah, agar aku terus komited dengan kalamMu.

Namun, telah dijanjikan Allah, di sebalik kesulitan pasti ada kesenangan. Dan Alhamdulillah, ana bertemu dengan kesenangan tersebut.

Sekalung penghargaan buat kakak-kakak DQ-MGBSIM yang telah banyak bantu ana, sejak hari pertama ana melangkah ke DQ.
Kak Nabilah, akak yang selalu meniupkan semangat untuk ana ulang Quran. Teringat kenangan kita ngaji sama-sama kat masjid.
Kak Syafiqah, dengan akak sentiasa ceria, walaupun hakikatnya, waktu sekolah dulu, ana paling takut dengan akak.
Kak Afifah, thanks tebuk ana malam-malam sebelum syafawi, tengokkan tahriri dan tajwid ana, dan macam-macam lagi.
Kak Jannah-Kak Syakirah-Kak Faizah-Kak Maisarah-Kak Fadhilah- Kak Farhana-Kak Ain. Selamat datang juga buat set-set DQ-MGBSIM Diploma sem 1 yang baru. Moga kita terus tabah.

Alhamdulillah, dan syukur  padaMu ya Allah, atas segala nikmat telah diberikan.

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.