Kem Kembara Quran 2010

June 14, 2010 at 10:52 am | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | 3 Comments
Tags: , ,

Perkara ini sering menghantui diri ana.

Pernah orang bertanya pada ana, apakah perkara yang paling ana sesali semasa di sekolah menengah dahulu? Satu perkataan terus muncul dalam fikiran ana. TAHFIZ. AL-QURAN.

Ana selalu terfikir, andailah ana diberi peluang untuk meniti kembali hari-hari sekolah menengah ana, ana akan buat tahfiz ana sebaik-baiknya, sepenuh-penuh hati. Ana tak nak buat “hantu”, main-main. Ana benar-benar sesali saat-saat ana hafal main-main. Percaya tak, dulu, ana hafal,ana aim memang setakat tasmik sahaja. Tidak lebih dari itu. Lepas tasmik 90% dah tak ingat apa yang nak dihafal. Murajaah al-Quran langsung tak ada dalam diari hidup ana.

Dulu, ana betul-betul banyak bazirkan masa ana. Ana masih ingat betapa kejamnya kami pada Us Rushdi, Us Khalid, Us Zaki, dan sebagainya. Bila dikenang balik, Us Rushdi tak bersalah pun. Kami yang perasan. Us Khalid lagi lah tak salah. Garangnya dia adalah untuk kebaikan anak muridnya juga. Us Zaki lagi kesian. Setiap hari kami “pau” us RM 5, untuk beli air kat JiMat. Inilah kami semasa Tingkatan 1. Tidak serius dalam hafazan, kesannya kami rasa dan tanggung hingga ke hari ini.

Tapi nak buat macam mana, baru sekarang ana sedar akan kesilapan ana. Atas sebab ini, ana selalu pesan kat generasi tahfiz yang baru, tolong pelihara al-Quran antum. Ana tak nak benda yang sama berulang kat individu-individu lain, terutama adik-adik tahfiz SMIAAG. Ana tak nak antum jadi sama macam ana. Ini juga sebagai peringatan buat diri ana, supaya ana tak jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali yang kedua.

Perkara ini jugalah ana tekankan kepada adik-adik sepanjang ana menghadiri Kem Kembara Quran 2010.

Bagi ana, sungguh kem ini merupakan kenangan terindah. Macam-macam benda ana kagum – kagum tengok antum sanggup tahan ngantuk hafal surah an-Nahl muka surat 274, kagum tengok antum lahap BBQ, kagum tengok keseronokan antum main sungai, kagum tengok kebernasan idea antum dalam memberi kesimpulan, kagum tengok usaha-usaha antum menjayakan setiap modul, dan pelbagai kekaguman lagi lah.

Pak Cik Isa ni, ada-ada saja kejutan dia=)Coklat buatan Pak Cik Isa. Memang mengujakan!

Ambil wudhu' untuk solat Dhuha

Balancing pipe

Balancing pipe. Awal-awal banin nampak gempak, alih-alih, banat juga yang siap dulu!

Setelah berpeluh dan berpenat lelah tahap gaban, setelah banat dah sampai dewan makan, akhirnya, masuk juga bola pingpong tu!

Bertukar profession kejap, jadi AJK Basuh Pinggan=)

Eh, eh, Azhari. Kaki anda tidak sepatutnya berada di luar surat khabar. Kantoi. Kantoi.

Wah, sungguh ana kagum dengan yang membakar. Kagum juga yang memakan, terutama kumpulan al-Mukminun. Ana masih ingat bukit tulang ayam! Antum memang hebat!

Bila Us Jumadi dah penat, ayam menjadi mangsa. Thanks a lot for your advices!

Pagi-pagi buta terjun sungai...

Baki ayam BBQ yang telah dihangatkan. Sungguh cantik warna ayam-ayam tersebut. Tak kisahlah, legam-legam pun, licin gak!

Kagum tengok antum beria-ria ngaji dan tasmik lepas Subuh, walaupun tilam dan sungai memanggil-manggil kalian. Inilah yang dikatakan Quran First!

Harap benar agar kita sama-sama dapat meletakkan Quran First, The Rest Follows dalam kehidupan seharian kita.

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam ziarah, kak lina..

    insyaAllah kami akan sentiasa menjaga al-qur’an. al-qur’an tak boleh ditinggalkan walau sehari. kan?πŸ˜‰

    fuh! alhamdulillah, satu pengalaman yg plg best kat cg congkak. xtvt dlm kump yg plg best. mestilah TIKAR TERBANG uh. kalau lah wat kumpulan mne yg berjaya terbangkan tikar. sah sah kump al-mukminun yg x terbang2. HEHE.πŸ˜‰ best2 walaupun byk tipu dlm game uh. xD

    yg tulang uh mmg x sedar pon dah mkn byk uh. azhari la yg bwk. kitaorg hanya order je. *kantoi. xD tp, sedap. alhamdulillah.

    apapun, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. mmg satu pengalaman yg sgt2 menarik. jazakumullah to all. insyaAllah QUR’AN FIRST, THE REST FOLLOWS.πŸ™‚

    • Amboi… ana bawak sausage dan satu ketul ayam saja juga dipersalahkan. Sausage tak tinggalkan tulang ok!

  2. Waaa. Lina, ana rasa sangat terpancung. Serius. Alhamdulillah, walaupun sempat hanya setahun sama-sama tasmi’, ana turut merasai kenangan terindah bersama kalian. Teringat nostalgia kenakalan kita membuatkan kekadang ianya lelucon dan perkara yang perlu dikesali (^^,)v


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: