Berakhir dah

December 17, 2009 at 9:37 am | Posted in Ikhwanul Fifteen, Imtihan, Sekolahku | 3 Comments
Tags: , ,

Alhamdulillah, SPM sudah pun berlalu meninggalkan kami semua. Bermula dengan Bahasa Melayu pada tanggal 18 November lalu, sehinggalah Syariah Islamiah pada 16 Disember, SPM berlalu pergi dari kamus kehidupan kami sambil meninggalkan bunga-bunga kenangan yang sukar kulupakan.

Ada hari yang aku rasa seronok, ada yang kadang-kadang aku mengenang kertas yang telah berlalu itu dalam kesedihan. Hemm, itulah fitrah kehidupan. Allah tak akan ciptakan semuanya senang dan mudah buat hambanya supaya kita semua beringat-ingat.

Kiranya, semalam, 16 Disember merupakan hari terakhir aku menyarung seragam sekolah – tudung biru, baju kurung putih, dan kain biru cerah. Selepas ini, semuanya akan kekal menjadi kenangan terindah dalam hidupku. Buat sahabat-sahabatku, aku tak  tahulah bila lagi aku mampu ketemu kalian dalam suasana persekolahan dan peperiksaan lagi. Selamatlah kalian berkelana untuk program eksplorasi.

Buat diriku, ayuh kita sambut Maal Hijrah yang bakal , mendatang ini dengan azam dan semangat yang baru, kerana hakikatnya, Maal Hijrah kali ini turut menyaksikan aku berhijrah ke “alam” yang baru – dari SMI al-Amin ke Darul Quran, JAKIM, InsyaAllah.

Selamat tinggal alam persekolahan yang serba indah dan sarat dengan kenangan. Aku akan mengenang saat-saat ini sebagai salah satu kenangan termanis dalam hayatku.

Ikhwanul 15

Calon SPM 2009 SMIAAG

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam…bilalah Lina nak teman cikgu gi shopping buku kat Pekan Buku UM, nih?

  2. salam..bila agaknye Lina nak teman cikgu gi borong buku kat pekan buku, UM nih?

  3. Salam azlina. maaf ust x dpt dtg hari BAT & PSI. ust ada hal. ust igt lg janji haritu… kalau nk tuntut janji tu, ust ada kt sekolah 22/12-24/12 & 28/12-29/12 insya Allah… atau msej dlu 0173921665.

    barakallahu fiki!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: