Dewan Masyarakat 1989

August 1, 2009 at 11:40 pm | Posted in Renungan | 3 Comments

Minggu lepas, waktu PUI Add Maths, aku dan Aqilah “memencilkan diri” di perpustakaan. Bukan lari dari PUI ye… Buktinya, kami telah meminta kebenaran, redha, serta restu Cikgu Hawa dahulu.

Mula-mulanya, kami berdua menghabiskan waktu rehat dalam perpustakaan. Tatkala aku sibuk meneliti satu persatu rak buku yang tersusun rapi itu, mataku terlihat akan sebuah buku yang penulisnya sememangnya menjadi buruanku. Berkali-kali kurenung buku tersebut. Buku tersebut merupakan sebuah biografi seorang tokoh politik terkenal tanah air yang dikarang oleh Fatini Yaakob. Aku sememangnya tercari-cari akan tulisan beliau terutamannya mengenai Natrah (Dewan Masyarakat, Feb-Apr 1989) dan Shamsiah Faqeh (Dewan Masyarakat 1991).

Buku tersebut membuatkan aku nekad mahu mencari makalah tulisannya yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat. Malangnya, masa rehat sudah habis. Lalu, kami meminta izin pada cikgu untuk beruzlah dalam perpustakaan yang kecil ini. Cikgu tidak ada halangan memandangkan sepanjang PUI kami hanya perlu membuat latihan.

Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa komplikasi Dewan Masyarakat tahun 1988 sehingga 2003 yang telah dibukukan. Dengan perasaan sangat gembira, aku cuba menyelak-nyelak majalah tersebut. Tiba-tiba, perasaan berdosa datang menerjah. Kami sepatutnya membuat latihan yang diamanahkan, bukannya merapu-rapu tak tentu pasal. Lalu, kertas SPM 2005 pun dilangsaikan.

Tamat masa sekolah, aku yang sememangnya pulang lewat setiap hari pun terus berusaha menggeledah Dewan Masyarakat tersebut. Malangnya, tiga buah majalah Dewan Masyarakat bulan Feb sehingga April 1989 yang kudamba itu tidak ada dalam komplikasi tersebut.

Sedid, sedih teramat. Aku mahu membaca makalah tersebut, demi mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Natrah yang ditulis sendiri oleh insan yang ditakdirkan tuhan bertemu dengan Natrah semasa beliau di Amerika Syarikat, bertemu dengan Mansoor Adabi sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, juga mengembara di serata dunia demi menyingkap kebenaran yang terselindung dalam kes yang sememangnya menghiris jiwa ini.

Oleh itu, sesiapa yang terbaca tulisan ini, andai kalian ada menyimpan majalah tersebut, atau mengetahui apa-apa mengenai tulisan tersebut di ruang maya ini, bolehlah kalian tinggalkan coretan di sini agar perkongsian ilmu dan pendapat dapat kita teruskan. Syukran.

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam. kisah natrah di post jadeed. silakan.

  2. Thanks for the comment. Ana dah baca dah tulisan tu=)
    Dari dulu lagi ana dah pernah baca novel “Atas Nama Cinta” karya Isa Kamari yang membicarakan mengenai Natrah atau Nadra. Tapi rasa macam tak puas kalau tak dapat baca tulisan Fatini tu sebab dia antara yang dapat berjumpa face to face dengan Natrah semasa di AS serta berjumpa dengan Mansoor Adabi exactly sebelum Mansoor meninggal dunia sehari selepas itu.
    Dalam DM yang ana dok damba tu pun ada pendedahan mengenai pemalsuan surat-surat cinta Natrah-Mansoor yang membawa kepada keretakan hubungan suami isteri tersebut.
    Thanks. KAlau ada terjumpa mana-mana tulisan Fatini berkaitan Natrah ni, bolehlah bagikan kat ana. Syukran

  3. Salam Alayk..

    Ana baru nak bagi suggestion pasal novel tu.. Nampaknya, anti dah bace. Hehe.. Apa2 pun, berusahalah dalam pencarian. Biiznillah, anti akan jumpe.

    Hayyakillah!~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: