SPM Hanya 10 Subjek?

June 3, 2009 at 1:02 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Imtihan, Sekolahku | 8 Comments

Insan yang mula-mula mengkhabarkanku mengenai pengehadan subjek SPM mulai 2010 ini ialah Cg Rosmalena. Ketika itu, aku baru selesai mengambil peperiksaan Perdagangan di Bilik Guru. Aku terpana mendengar berita tersebut. Terkejut. 10 subjek? Sedikitnya… Alangkah majoriti anak-anak al-Amin pun mengambil sebanyak 11 subjek.

Perlukah SPM dihadkan hingga 10 subjek sahaja? Persoalan tersebut berlegar-legar dalam benakku sekian lama. Pulang ke rumah, aku mencari-cari di internet mengenai isu ini.

Rupa-rupanya, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, keputusan tersebut dibuat berdasarkan beberapa sebab. Antaranya, ialah kesukaran Kementerian Pelajaran memberikan biasiswa kepada yang layak. Hal ini kerana, SBP hanya membenarkan murid-muridnya mengambil 10 subjek sahaja. Oleh itu, pelajar-pelajar SBP ini semestinya tidak mampu untuk bersaing dengan murid-murid sekolah harian lain yang mana mereka dibenarkan mengambil sebanyak mana subjek yang disukai.

Pada pendapatku, alasan ini tidak adil untuk murid-murid sekolah harian. Umum mengetahui, di SBP, fasilitinya cukup lengkap. Reputasinya juga cukup hebat di persada kebangsaan. Maka, murid-murid sekolah harian ini perlu bersaing dengan murid-murid SBP ini hanya melalui keputusan akademik mereka. Dalam keadaan serba kekurangan, dengan ketiadaan reputasi sehebat SBP, mereka hanya boleh menunjukkan kekuatan mereka melalui kecemerlangan dengan deretan 1A dalam keputusan SPM mereka, barulah mereka menjadi pilihan penaja. Jika tidak, pastinya mereka akan tenggelam jika dibandingkan dengan lepasan SBP yang lain.

Fahamilah, lepasan MRSM umpamanya, sangat-sangat mudah untuk mendapatkan tajaan MARA. Lepasan SBP pula, dengan segala reputasi dan kegemilangan nama sekolah mereka yang dikenali umum di peringkat kebangsaan, akan mudah untuk mendapat tajaan. Lepasan sekolah harian, apa senjata yang mereka ada selain berusaha sedaya mungkin untuk meningkatkan keputusan SPM mereka?

Kemudian, timbul pula isu murid-murid terbeban untuk belajar sehingga tidak mempunyai masa untuk kegiatan kokurikulum dan sebagainya.

Walaupun majoriti kami mengambil 11 subjek ke atas, kami masih berkokurikulum dengan jayanya!

Walaupun majoriti kami mengambil 11 subjek ke atas, kami masih berkokurikulum dengan jayanya!

Bagiku, hal ini bukanlah salah jumlah subjek yang terlalu banyak diambilnya. Insan-insan sebegini ialah yang tak tahu mengurus kehidupan. “Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket.” Lihat sahaja nama-nama pelajar cemerlang yang tersohor di Malaysia, contohnya, Nik Nur Madihah. Beliau bukanlah asyik belajar sampai tak ingat dunia, malahan, beliau merupakan naqib Persatuan Pengawas Sekolah bermula tahun 2007.  Berpersatuan, pertandingan menulis, banyak yang disertai beliau. Membantu keluarga bukan lagi sesuatu yang asing. Walaupun begitu, keputusan akademiknya tetap tak terjejas.

Pembaziran wang untuk ke tuisyen?

Tuisyen tu pilihan. Ada yang tak ambil lebih 10 pun pergi tuisyen juga. Ada yang ambil subjek tambahan tapi tak pun pergi tuisyen. Kesimpulannya, tuisyen itu pilihan sendiri!

Akhirul kalam, pendapatku lagi sekali, murid yang ambil banyak-banyak dalam SPM ini bukannya mahu bertanding kepandaian. Namun, ada benda lagi besar daripada itu. Bagiku, aku mahu menjadi generasi daie yang serba tahu. Bukan sahaja sains dikuasai, bidang perniagaan, syariah, semuanya dapat dihubung jalinkan dengan baik. Kita mahu usia belasan tahun ini dipenuhi dengan pelbagai jenis asas-asas ilmu, supaya tatkala besar-besar nanti, akan lahir dalam kalangan kita klon-klon al-Farabi, Ibn Sina, al-Khawarizmi, Ibn Khaldun, Ibn Nafis, dan sebagainya yang bukan sahaja mahir dalam aspek sains sahaja, namun mahir dalam kesemua bidang kehidupan.

Murid-murid yang mengambil banyak subjek ini, jauh sekali mereka dipaksa untuk berbuat sedemikian. Namun, atas dasar cinta akan ilmu, maka tindakan tersebut diambil…

Pandangan semua dialu-alukan…

8 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Tak relevan kan?
    Takkanlah kerajjan nak tolak subjek islam kot?
    Ish,mana boleh.

    Hmm al-amin berjaya je,kan? ;DD

  2. Adakah patut?
    Alasan yang mereka berikan hanya disebabkan masalah biasiswa.
    Adakah perlu melibatkan pelajaran padahal masalahnya adalah pemberian biasiswa?
    Jika 10 subjek MAKSIMUM, apa bezanya pelajar sekolah agama dengan pelajar sekolah biasa?
    Selalunya pelajar sekolah agama memang patut ambil lebih ; Pendidikan Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islam dan Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Islam.
    Mahu campak ke mana subjek-subjek di atas?
    Akhirnya kuato maksimum 10 subjek penuh dengan pelajaran utama lain sehinggakan subjek-subjek agama terpaksa diketepikan.
    Ada banyak cara lain kan?
    Mari ana ajar,
    Sekolah asrama penuh : 10 subjek diambil, 10 A. 100% A. Dapat biasiswa.

    Sekolah asrama penuh : 10 subjek diambil, 5 A. 55.5% A. Tak dapat biasiswa.

    Sekolah agama YIK : 20 subjek diambil, 20 A. 100% A. Dapat biasiswa.

    Sekolah agama YIK : 20 subjek diambil, 10 A. 50% A. Tak dapat biasiswa.

    Hajat mahu lahirkan modal insan yang hebat tetapi modal itu terkongkong dengan kesempitan ilmu. Potensi tersekat.
    Maaf, komen terlalu panjang.

  3. hmm.. macam2..
    kerajaan kna fikir semula..
    mcm nk hadkan keupayaan murid2..
    klu ana, ana setuju je klu nk hadkan,
    tp, 10 subjek sikit sgt..
    nnt ramaila murid drop subjek agama… hai macam2

  4. Salam,
    Actually I have been thinking about this issue a long time already. Even before it became an issue. Before, I personally don’t think that taking too many subjects is necessary. Sound like I’m agreeing with the current policy, right? But hear me first..
    Why would I say this?
    Because to enter a university, a student don’t need too many. For example, many subjects are grouped together. Like Perdagangan, and Economics.Or other electives..If a student have one of those in its group, is enough, as long as they get good result. What more important is the teras subjects like BM, BI, Sejarah, maths and add maths. Plus the sciences subjects and prinsip akaun, if you choose engineering or medic or accounting. To enter a matrik program you need to have 5 credits. Of course it depends on the area or what is the course you want to take.and of course good results. Taking too many subjects I think will burden a student especially if he or she have to study on their own.
    I know many have done it and they are excellent but what if they don’t make it and all the subjects are just average?
    And actually, by taking many subjects, it just prove that our education system is exam oriented. A student can get A’s by studying on his/her own, and do latih tubi and past years. Do they get the knowledge/ ilmu? I don’t know…really I don’t know.
    I would prefer these students and this probably including you, Lina, to achieve this at the university level. SPM is like getting a driving licence, you know. Once you get the licence, you can drive anywhere you want. Get as many degrees as you want at the university.Go further and have Master and Phd. Have double Phd for that matter….I know many can do it…and you can too.
    Ok, for the limitation of 10 subjects, I personally against this. Because the policy was done without any study/ research on what impact would it be on schools and students.I don’t think they really care that all islamic schools have to take 11 subjects. Maybe they just don’t know. But we will appeal using all the available channels. Hopefully they will consider. If not, we will have to think hard what subject we have to let go.
    I hope my personal opinions won’t hamper you in anyway coz I know you are taking many subjects. I always pray that you will be excellent as I know you of all persons definitely can do it…

    Sorry it’s too long….

  5. subjek teras tu contohnya ape?

    ada enam kan?

  6. Keterbukaan pendapat dialu-alukan…

  7. Enam subjek teras yang asal ; Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sejarah. Bilangan subjek teras ini juga dijangka akan dikurangkan berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin :

    ‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.

    ‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya.

  8. Salam…

    Pertama :

    Tahniah atas penguasaan bahasa dan kemahiran menulis yang baik sekali.

    Kedua :

    Janganlah digundah akan peperiksaan itu. ia hanya mengukur tahap pengusaan. Penghayatan, penggunaan dan pengusaan ilmu itu adalah lebih penting untuk menjadi manusia yang baik.

    Ketiga :

    Rai lah keseronokan di alam persekolahan ini dengan sebaik-baiknya, kerana pasti akan terjadi, sejauh mana jua kaki melangkah, kenangan dan ingatan pasti terus segar.

    Insyallah.

    Ma’al – Salamah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: