Alkisahnya Jari Bertuah

May 14, 2009 at 8:23 pm | Posted in Citra Kehidupan, Ikhwanul Fifteen, Imtihan, Sekolahku | 1 Comment

Tragis. Kelakar. Bercampur baur. Tak terbayang oleh kata-kata.

Hari ini, selesai sahaja berusrah secara solo dengan adik-adik form 2 tanpa kehadiran Nabilah, aku naik semula mendaki tangga menuju ke destinasi idamanku, 5 Saad Abi Waqas. Sampai sahaja di tingkas atas, nampak kelibat Us Hasni mundar mandir.

Wah, Us nampak macam tengah free je. Bolehlah tanya Add Maths kat Ustaz…

Begitu detik hatiku. Namun, letih mendaki tangga menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berehat dalam kelas. Lagipun kelas sejuk.

Malangnya, dalam kelas semua banin. Seorang banat pun tak ada. Nak masuk ke dalam, malu pula. Nanti fitnah berleluasa. Tapi, buku Add Maths perlu diambil dalam beg… Nak tak nak, aku masuk ke dalam kelas seorang diri semata-mata kerana mahu mengambil kitab Add Maths kecintaan.

Keluar sahaja daripada kelas, aku meletakkan tanganku di birai pintu sambil mataku liar mencari-cari kasutku. Bukan tak biasa pelajar kelas kami meletakkan tangan di situ. Tapi, dengan izin Allah, nak dijadikan cerita…

Tiga jariku yang kuletakkan di birai pintu tersebut terkepit tatkala banin menutup pintu tersebut. Mula-mula, aku merasa jariku sakit. Otakku terkejut. Lima enam saat kemudian, baru aku terperasan yang jariku terkepit pada pintu tersebut. Wah, sakitnya tak boleh tahan. Suara nak cakap minta banin tersebut tolong bukakan balik pintu tersebut semacam tidak terkeluar. Suaraku lirih sekali.

Dalam masa kurang seminit, baru ada terperasan yang tanganku tersepit. Cepat-cepat pintu dibuka. Banin tersebut terkejut. Perkataan maaf bertali arus diucap. Aku hanya mampu mengangguk. Ah, kalian tak salah. Dah Allah yang takdirkan!

Mula-mula, aku hanya mampu memegang erat tanganku. Darah yang memancut keluar kuhalakan ke lantai. Tanpa dapat dikawal, air mataku mengalir sama. Laju seperti aliran darahku. Tak tahulah mengapa, nak kata sakit sangat, tak pastilah sangat ke tak. Reflex action kot…

Aku mengambil keputusan, pergi ke bilik guru jumpa mana-mana cikgu minta ubat gamat. Sebelum tu, air mata dikesat dahulu. Takut nanti malu…

Kat bawah, terjumpa Cg Wasitah. Minyak gamat diminta. Cikgu bagi dengan plaster-plaster sekali. Tengku tolong sapukan dan balutkan. Sedih tengok kukuku yang kurasa memang akan tertanggal itu.

Lepas itu, aku kembali semula ke 5 Saad. Tidak ada orang. Yang ada hanya aku. Ada baki soalan Mod Maths yang tak habis kulangsaikan tatkala kelas tadi. Almaklumlah banyak bermain. Buat kertas satu yang bulat-bulat tu, aku terasa amat perit tatkala mahu memegang pensel. Waaa, sakit juga ya! Alah, belasahlah! Soalan ini perlu dilangsaikan juga.

Tatkala itu, suasana kurasakan begitu syahdu. Tiba-tiba, air mataku mengalir. Aku teringat akan imtihan yang bakal dihadapi. Sedihnya kalau susah nak tulis… Maknanya, sebelum exam, tidak bolehlah nak wat nota lakar-lakar tu. (Sebelum ini tak buat pun!) Lebih teruk kalau melarat ke waktu periksa. Dahlah mula-mula BM. Subjek BM yang Banyak Menulis (BM!)

Tapi, aku terfikir. Bagaimana dengan kanak-kanak Palestin sana? Tangan, terkepit ni tak ada masalah lah! Kena bom lagi. Lagilah tak boleh menulis. Kenapa aku mesti merungut? Kenapa mereka di sana tak merungut? Kenapa aku baru terasa dan menghargai akan nikmat jari kurniaan Allah ini tatkala Allah telah menariknya daripadaku? Ini baru sahaja ujian kecil yang Allah berikan. Itu pun tak tahan?

Soalan yang jawapannya harus kufikirkan dan kemuhasabahkan!

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. astaghfirullahalazim..terkejut akak membace cerita ni..hmm..niat yg baik nak ambil buku ad math tp diberi ujian yg agak hebat dari Al-khaliq kita..masyaAllah..apepun..Lina..u have to be strong..get well soon..n insyaAllah..exam yg bakal tiba ni tak mengganggu sedikit pun konsentrasi anda..malah meningkatkan pencapaian Lina..dengan izin Allah..akak di sini doakan yg terbaik untuk Lina..setiap mu’min itu sentiasa diuji oleh Allah agar diperkuatkan lagi keimanannya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: