Debat 2009

April 28, 2009 at 5:50 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 4 Comments

Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia anjuran UIAM sudahpun hampir melabuhkan tirainya. Sedih juga. Almaklumlah ini tahun terakhir saya.

Dengan Maktab Mahmud bersama hakim perdebatan, Abg Daud

Dengan Maktab Mahmud bersama hakim perdebatan, Abg Daud

Dari aspek pencapaiannya, sukar hendak saya kata. Rasanya, tidak ada peningkatan mahupun penurunan jika dibandingkan dengan tahun lepas. Betul-betul statik. Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, kami, Team B SMIAAG(Hasif, Saya, Fahrul, dan Nabil) menduduki ranking ke 14 keseluruhan, tahun ini, kami, Team A SMIAAG (Huda, Saya, Diyana, dan Izyan) pun menduduki ranking ke 14 keseluruhan. Kedua-dua tahun ini, apabila kami melangkah ke pusingan Double Octo, kami ditendang keluar. 2008, kami bertemu Team A SMIAAG, kami kalah. 2009, kami bertemu SMAP Labu, kami kalah juga.

Sukar mahu dikomen. Yang jelas, Allah hendak memberitahu kami, bahawa kami belum bersedia untuk pergi lebih jauh. Masih banyak lompongnya. Amalan seharian (rohani), latihan, research, kestabilan emosi, dan sebagainya masih belum cukup.

Debate English pula, pertama kali dapat melangkah ke Double Octo, namun disingkirkan oleh St George.

Semoga segala yang berlalu ini memberi ibrah yang besar kepada kami. Tidak lupa juga kepada SMI Hidayah Johor, selamat maju jaya untuk final kedua-dua kategori, BI dan BM. BI bertemu SMK Greenroad dan BM bertemu Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Buktikan SMI mampu menguasai kedua-dua kategori.

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Slm,
    xpe..
    yg penting, anda dh melakukan yg terbaik.

    semoga SMI berjaya esok!

  2. assalamualaikum w.b.t..

    ehmm…sekolah al-amin eh? tahniah yer sbb berjaya dpt masuk double-octo…mase dalam mood court..saya selalu nampak awak dan geng2 al-amin yang lain..hehe….sy pon ade gak maser tu..saa sekolah science johore…korang slalu dok bawah kat tepi skali kan dekat2 ngan kandang tu…huhu…
    pape pon..tahniah…

  3. salam..syabas Lina..Hebat tu..pada akak u r d best among the best..

    akhirnya smi Hidayah menang..hebat-hebat.

    pepun,tahniah ye,adik akak ni..u simply the best..

  4. Lina dipopularkan oleh SMIH. Tak percaya? Mereka iktiraf nama Lina jadi ‘best speaker’… Mabruk-mabruk.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: