Sheikh Ali Jum’ah

April 10, 2009 at 6:03 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | 5 Comments

Hari ini hari yang bersejarah dalam hidupku? Mengapa? Buat pengetahuan semua, hari ini, aku berjaya bertemu dengan seorang lagi alim ulama’ terbilang di serata dunia, iaitu Sheikh Ali Jum’ah, Mufti negara Mesir.

Sheikh Ali Jum'ah

Sheikh Ali Jum'ah

Seoronok bertemu dengan para ulama’  ini. Mereka merupakan antara rahmat-rahmat Allah yang Allah kurniakan buat umat manusia. Kata-kata mereka terasa amat menusuk kalbu, sedap didengar.

Antara seruan-seruan beliau yang masih kekal di ingatanku ialah supaya sekalian anak-anak didik al-Amin yang hadir mendengar tazkirahnya supaya sedar akan tanggungjawab berat yang terbeban di bahu kita. Seawal usia remaja juga, kita perlu mendidik jiwa kita dengan ruh Islam supaya kita mampu menjadi mukmin yang bertaqwa. Jaga segala perilaku kita, sekalipun kita merasakan bahawa kita masih kecil dan tak berguna buat masyarakat!

Beliau juga menyorot kembali sirah-sirah perjuangan yang melibatkan syabab pada zaman Rasulullah. Ternyata amat banyak sahabat-sahabat yang ulung pada zaman tersebut masih merupakan seorang syabab, antaranya Abdullah bin Umar (Ibn Umar), Abdullah bin Masud (Ibn Masud), serta Saidina Ali bin Abi Talib dan lain-lain lagi. Sahabiah juga ramai terdiri dari kalangan banat, seperti Aisyah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Khaulah, dan sebagainya.

Maka, seharusnya kita sebagai syabab harus merasakan bahawa peranan kita besar. Kita tidak boleh main-main kerana perjuangan nan besar menanti kita.

Beliau menutup tazkirahnya dengan mengingatkan kita supaya saling menghormati orang lain, dan dalam masa yang sama kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk menghafal al-Quran. Ya Allah, berilah aku kemudahan untuk menuruti nasihat beliau, Sheikh Ali Jum’ah.

Namun, yang malangnya, sedih sekali hati ini melihatkan ramai antara warga al-Amin ketika itu yang maklum mengenai majlis ini dan dalam masa yang sama  tidak ada hal-hal lain tidak mengunjungi majlis ini. Padahal, yang menyampaikannya bukan calang-calang orang, ulama’  besar Mesir! Amat rugi sesiapa yang tidak menyertainya. Kalaupun kita rasa malas nak mendengar ilmu yang disampaikan, cukuplah hadir tanda menghormati tetamu.

Oh, saya terlupa, yang anda semua selalu ada peluang menghadiri majlis-majlis ilmu sehebat ini. Jadi tidak perlulah anda bersungguh-sungguh memanfaatkan majlis ini…

5 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Hrm….terfikir…
    “Oh, saya terlupa, yang anda semua selalu ada peluang menghadiri majlis-majlis ilmu sehebat ini. Jadi tidak perlulah anda bersungguh-sungguh memanfaatkan majlis ini…”

    You gave them such a negative words..
    U Shown negatives for them to act positives?
    maaf..
    saya bukanlah org yg byk ilmu..jadi berhasrat ingin tahu ijtihad anda pula

  2. salam Lina..sowi komen takde kene mengena dengan post ni..sekadar nak ucapkan selamat maju jaya untuk debat di uiam nanti..buat yg terbaik..akak tak tahu lg dtg ke tak..sebab smkgs pon ambil bahagian..apepon..do the best ok..
    anyway..nice post..kalau sk. akak tak pernah dpt peluang untuk jumpa ulama sperti sheikh ni..uwa…sedihnye…

  3. salam lina

    SYabab yang kita rindu2 kan ialah mereka yang hatinya diikat dengan Masjid.
    🙂

    Pesanan khas utk awak:
    selamat maju jaya utk debat UIA.akak doa dari jauh.
    dan belajar sungguh-sungguh ya

    untuk Ad Deen,untuk Ummah🙂

  4. salam lina..
    sheikh ni dtg kat alamen ke?
    jeles2!.btol ke?

  5. To AMN,
    Cuba baca balik ayat tu, dan fahamkan maksudnya secara terbalik. Manusia ni, kadang2, bila disindir baru memahami.
    Mungkin salah ana kot nak menyusun ayat jadi lagi orang tak faham. Maaf semua…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: