Berlalunya Tahfiz

March 18, 2009 at 4:49 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 3 Comments

Tiga hari sudah cuti sekolah berlalu. Tiga hari sudah aku hadiri kelas tahfiz di SHAS Mosque. Seronok sangat bila berdampingan dengan rumah Allah, kata-kata Allah. Jiwa terasa tenang. Benarlah kata-kata Allah, “Ala bizikrillahi tatmainnul qulub.”

Seronok program kali ini. Yang paling seronok ialah bila ujian tahfiz dengan pihak UIA dibatalkan. Memang bagus ada ujian, namun dalam keadaan tak bersedia, jadilah tak bagus…

Selesai kelas tahfiz cuti sekolah ini, aku memasang beberapa azam. Pertamanya, aku betul-betul mahu murajaah sungguh-sungguh.Almaklumlah, sekiranya kita terlupa kalamullah yang telah kita hafal, perit dosa dan balasannya. Azam yang lain-lain tu, tidak perlulah dikongsi.

Memandangkan di blog ini telah lama tak diisi gambar yang kami ambil sendiri menggunakan kamera kami, maka kali ini aku berhajat hendak meletakkan beberapa keping gambar kenangan tahfiz 2009. Yang sedihnya, semua gambar yang ada merupakan gambar banin sahaja sebab Abah yang tangkap gambar. Jadi, tak jadilah nak letak, melainkan sekeping sahaja, iaitu gambar Said Rifqi, anakanda Cg Roslina yang sangat comel.

rifqi

Seronok bermain dengan Rifqi. Usianya baru 5 bulan. Tengah seronok untuk dibuat main.

Semoga berakhirnya kelas tahfiz cuti sekolah ini tidak bermakna semangatku untuk bersama al-Quran terus pudar. InsyaAllah, aku akan cuba untuk fokus terhadapmu, wahai Kalamullah, penawarku, kekasihku, tempatku mengadu, dan segala-galanya dalam hidupku.

p/s: Mungkinkah kelas tahfiz cuti sekolah kali ini adalah yang terakhir dalam sejarah cuti sekolahku? Ku harap tidak…

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam ziarah..
    alahai comelnye si Rifqi..jeles tak dpt nak main ngan die..hehe..

    InsyaAllah..moga kite bersama istiqamah dengan kalamullah..mmg takut seandainya apa yang kita hafaz luput dalam ingatan kita..nauzubillah..moga Allah sentiasa kuatkan semangat kita untuk terus mendalami Al-Quran..Allah berfirman:sesungguhnya ALLAH tak pernah menzalimi kita..tetapi kitalah yang menzalimi diri sendiri..pesanan untuk akak juga..

  2. sangat sAngaT SANGAT CumEyL!! dah berambut dah die..

  3. kenapa tak nak letak gambar tahfiz banin?
    harap dapat di letak supaya boleh menjadi satu kenangan untuk pelajar tahfiz terutamanya banin ting. 5(tahun terakhir). alang-alang ada gamba tahfiz letak sahaja. susah nak dapat gambar tahfiz…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: