SPM 2008

March 16, 2009 at 7:02 pm | Posted in Ikhwanul Fifteen, Imtihan, Sekolahku | 5 Comments

Tanggal 12 Mac 2009 berlalu. Keputusan SPM diumumkan. Satu sejarah besar lagi tercipta dalam hidup abang-abang dan kakak-kakak yang menduduki SPM tahun 2008.

Bagi kami yang insyaAllah bakal menduduki SPM tahun ini, keputusan SPM 2008 benar-benar membawa debar. Juga memberi perangsang dan motivasi buat kami.

Alhamdulillah, mereka telah membuktikannya bahawa kejayaaan adalah tidak mustahil untuk ditempa. Namun syaratnya, usaha perlu dilakukan, disamping doa dan tawakkal yang tidak putus-putus  kepada Allah.

Alhamdulillah, melihatkan sinar bahagia di mata guru-guru yang telah banyak berjasa mendidik abang-abang dan kakak-kakak Caliph 14 yang lalu, juga yang mendidikku kini, aku terkesima. Bahagia apabila melihat anak-anak murid yang telah disantuninya tahun lalu berjaya dengan cemerlang.

Mampukah kami menghadiahkan sinar kebahagian yang sama tahun hadapan? Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menggapai kejayaan ini, agar maruah Islam kembali tertegak di muka bumi ini, juga buat menghiburkan hati kedua ibu bapa kami, para murobbi kami yang banyak berjasa mendidik kami. Ya Allah, berilah juga kekuatan buat para murobbiku agar mereka terus dikurniakan kesabaran untuk terus mengurniakan ilmu buat kami. Gantikanlah penat lelah mereka dengan damai syurgamu Ya Allah…

Selamat Hari Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

5 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. syukran Lina..takpe taun depan Lina ambik straight A’s InsyaAllah..

    HIDUP PERLU PENGORBANAN..
    PENGORBANAN PERLU PERJUANGAN..
    PERJUANGAN PERLU KETABAHAN..
    KETABAHAN PERLU KEYAKINAN..

    KEYAKINAN MENENTUKAN KEJAYAAN..
    DAN
    KEJAYAAN MENENTUKAN KEBAHAGIAAN..

    Lina,jangan direnung letihnya usaha..tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan..you can do it..InsyaAllah..

    -pesanan ukhtimu yg biasa2 sahaja..hehe..-

  2. OWH..LUPA NAK WISH BITTAUFIQ WAN NAJAH FIL IMTIHAN SPM 2009..

  3. Semoga kita semua dilimpahi barakah dan rahmat Nya. Puitis sungguh sajak yang dinukilkan untuk guru. sob3..Assalamualaikum…. tumpang lalu…

  4. Kak Najihah, akak nak ambil apa lepas ini? Susah tak memilih kursus yang memikat hati? Akak plan nak still maintain study dalam negara ke pergi ke luar?
    Ana dok fikir-fikir nanti ana nak gi mana, amik kursus apa… Tu la dok asyik tanya orang….

    Izzal, ala, tu kan sajak Usman Awang… Memang dah terkenal lah nada romantis dia…

  5. InsyaALLAH..akak ingat nak ambik law..susah jgk sebenarnya nak buat pilihan..istikharahlah InsyaAllah..Allah bantu..dulu akak ingat nak further studies kat overseas..tp tak cukup syarat rasanya..rasa sedih jgk..tp akak percaya ada hikmah..kekadang Allah memberi apa yang kita betul2 perlukan,tetapi tak memberi apa yang kita harapkan…begitulah..akak redha..sbb tulah plan nak further kat uia..uia/uitm..doakan akak dpt uia tau..Adik akak ni nak ambik apa?boleh akak tahu..?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: