Makalah Itu…

March 11, 2009 at 8:17 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 3 Comments

Sedih. Geram. Kecewa. Marah. Entahlah apa sebenarnya yang bersarang di hati ini.

Ceritanya bermula begini. Setelah dua tiga malam bertungkus lumus menyiapkan Lisanul Haq tersebut, setelah banyak keringat disumbangkan untuknya, tiba-tiba hasil akhirnya tidak secantik yang diinginkan. Sedih.

3300-copy

Beginilah ceritanya. Selesai mendapat pengesahan Cikgu Rusyida, Lisanul Haq tersebut diserahkan untuk difotostet. Alhamdulillah, agak lancar urusannya, walaupun makalah tersebut tidak difotostet di kedai yang biasa kupergi. Tidak mengapalah. Janji bendanya siap dan ada.

Keesokan harinya, iaitu hari ini, aku pergilah merantau ke kedai fotostet berdekatan dengan Restoran JiMat tersebut untuk mengambil segala hasil-hasil fotostet yang telah dihantar semalam.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. Dalam hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi, ada insan-insan yang sudi menumpangkanku. =)

Syukran jazilan kepada Mak kepada Azillah dan Azwan yang sudi menumpangkanku ke kedai tersebut. Tidak lupa juga kepada Mak Cik Liner yang baik hati menumpangkanku pulang semula ke sekolah. Mula-mula rasa macam tak nak tumpang, tapi memandangkan hujan yang turun renyai-ranyai, yang kemungkinan besarnya boleh melebat dan membasahkan Lisanul Haq yang kubawa itu, aku pun tumpanglah… (Kasihan Mak Cik, terpaksa pusing balik ke sekolah setelah mengambil Wani dan Hanif. Barakallahu Fi Kum.)

Episod sedih bermula apabila proses melipat makalah tersebut bermula. Aku menyelak-menyelah makalah tersebut. Muka suratnya terbalik! Stepler pula kecil sahaja di tengah-tengah. Tak kemas pula tu.

Allah, sedih betul melihatkan kualiti makalah tersebut setelah difotostet. Rasa cam nak menangis pun ada=) Sudahlah sememangnya muka tengah dalam makalah tersebut telah dirancang kelainannya. Alih-alih, muka surat itu pula yang terbalik cetakannya.  Sedih. Sedih.

Namun, itulah adat kehidupan. Kita yang usaha, Allah yang tentukan. Tak apalah. Inilah ujian yang tentunya ada hikmah di sebaliknya.

Dalam hal ini, aku tak salahkan sesiapa. Namun, ibrahnya jelas terpampang di hadapan mata. Memang geram dan kecewa melihat orang lain buat kerja sambil lewa terhadap hasil usaha penat lelah kita. Oleh itu, lain kali, sekiranya kita tak mahu perkara tersebut berlaku pada saudara-saudara kita yang lain, jangan buat perkara yang sama, kerna ia amat menyakitkan hati!

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. heh,yeaaah Allah yang tentukan.relax relax,ana kan ada.hahahah takde kene mengena ;p

  2. salam ziarah..sedihnya bila melihat kerja kita tak menjadi seperti yg diinginkan..akak suka juga sebenarnya membaca lisanul haq tu..menarik..banyak info dalam tu yg dapat dikongsi..apapun akak doakan yg terbaik..moga terselit ibrah di situ..InsyaAllah,Allah tak pernah membebani seseorang melainkan dengan kesanggupanNya..

    p/s ari tu akak da janji nak share result akak,cuma dapat 8a 2b jer..moga Lina lebih cemerlang dari akak..ameen..doakan akak yg terbaik ya..

  3. 8A 2B …
    Hebat tu akak… Moga akak akan lebih maju. cemerlang, terbilang di masa hadapan nanti ye…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: