Diari Semingguku

March 6, 2009 at 9:19 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku, Usrati | 3 Comments

Seminggu ini benar-benar padat dengan aktiviti. Kadang-kala ia meletihkan, namun percayalah itulah tarbiah yang diberi Allah secara tidak langsung.

ISNIN

Lisan Bahasa Melayu. Memang tak dapat dielak. Topik apa ya mahu dibawa? Fikir punya fikir, akhirnya topik berkaitan Palestin menjadi pilihan. Mengapa? Aku sendiri kurang periksa. Malam Isnin, aku cuba-cuba bercakap di hadapan adikku. Alhamdulillah, rasanya boleh kot cakap esok InsyaAllah.

Menjelang paginya, suasana kelam kabut. Aku tertinggal kertas yang mempunyai isi-isi yang bakal kusampaikan sewaktu lisan nanti. Majalah yang mempunyai gambar-gambar untuk kutunjukkan kepada seisi kelas juga turut tertinggal. Rasa cemas menyusup ke dalam jiwaku. Sudahlah tugasanku sebenarnya ialah menerangkan gambar. Perkara fundamental pula tertinggal!

waja

Aku maklumkan kepada Ustaz Idris atas kecuaianku. Alhamdulillah, Ustaz kata tidak mengapa. Yang penting cakap aje.

Jam 2:30 petang, aku dipanggil untuk melaksanakan ujian lisanku. Sedikit gugup di hadapan kelas. Tawakkal sahajalah. Hasilnya, 70% daripada isi-isi dan fakta-fakta yang telah kugariskan malam sebelumnya tidak disampaikan. Sebaliknya, benda-benda lain pula yang keluar. Syukran Ya Allah atas pertolonganMu aku berjaya menyelesaikan ujian ini.

SELASA

Petang ada latihan debat. Masalahnya clash pula dengan kelas Fizik. Aku berada dalam dua persimpangan.

Namun, mengenangkan latihan debat tersebut turut disertai oleh jurulatih luar, aku memilih untuk pergi ke sana. Berdebatlah aku dan rakan-rakan sepasukanku walaupun tidak ada persediaan yang rapi. Almaklumlah, masing-masing tak sempat research tajuk Perpaduan Nasional.

Malam tersebut, bermulalah perjuanganku menyiapkan Lisanul Haq untuk dihantar ke Cikgu Rusyida pada hari Jummat, 6 Mac untuk disemak dan disahkan sebelum diterbitkan untuk Minggu Muhammad Qudwatuna nanti.

chemistry-stuff

Dalam masa yang sama, report Chemistry yang kena hantar esoknya jangan dilupa!

RABU

Perjuangan membuat Lisanul Haq diteruskan. Genting ni. Lagi dua malam termasuk malam ini berbaki untuk makalah ini disiapkan.

klcc2

Dalam kegentingan ini, Abah pula mengajak kami ke KLCC untuk mengambil Mak. Memandangkan perutku berkeroncong, aku menurut sahaja ajakan Abah. Rupa-rupanya, setibanya kami di KLCC, Mak tak habis kerja lagi. Puaslah Abah dan Azhari lepak di kawasan tersebut. Aku pula tidur dalam kereta tak sedarkan diri.

KHAMIS

Malam ni sepatutnya malam kemuncak buat Lisanul Haq. Selalunya, berdasarkan pengalaman-pengalamanku yang lalu, malam sebegini biasanya tension sikit.

Namun, Alhamdulillah, rahmat Allah datang. Ketenangan menjelma. Sambil bersembang dan bertukar cerita dengan keluarga, akhirnya Lisanul Haq ini berjaya kuselesaikan. Alhamdulillah.

IBRAH DI SEBALIKNYA

Kehidupan ini tidak akan sunyi daripada ujian-ujian daripada Allah. Namun ingatlah, di sebalik ujian-ujian tersebut, akan ada hikmah di sebaliknya yang akan mematangkan kita, juga menguji keimanan kita.

Walau apapun yang merentangi kehidupan kita, ingatlah bahawa hanya Allahlah tempat kita bergantung harap. Mintalah pada Allah untuk dipermudahkan. Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu, ada kesenangan.

p/s: Minggu depan, jangan lupa cerpen yang wajib hantar hari Selasa, oral English sebelum cuti bermula, report Physics sebelum cuti bermula, ujian Maths, Add Maths, dan Sejarah, uji kaji Chemistry dsb. Allahumma Yassir Wa La Tuassir.

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam ziarah..kesiannya adik akak ni..sabarlah..tenanglah hadapi ujian Allah..akak percaya Lina boleh hadapinya..pengalaman akak yg tgh menunggu spm ni..akak rasa mcm nak kembali semula ke sekolah kerana kebosanan yang melampau..haha..tapi suatu ketika dulu akak rasakan lamanyalah nak merasa nikmat cuti..lagi2 tekanan macam Lina hadapi sekarang ni..akak ingat lagi waktu tulah nak kena berdebat,kena jaga persatuan di samping kurikulum yang cukup memeningkan kepala..tapi tak tahu kenapa saat ni..akak nak kembali pada zaman tu..tak tahu kenapa..pelik kan..nasihat akak..hargai setiap saat peluang yang ada Lina..kerana saat tu takkan kembali pada kita..ambil peluang di sebalik ujian Allah tu ya..mungkin cara itu akak nampak melatih bakat kepimpinan yang ada pada diri Lina tu ya..akhir kata.akak doakan Lina berjaya dalam peperiksaan yg bakal menjelma..bittaufiq wannajah ye…doakan kejayaan akak dalam spm tau.;)

  2. Thanks Kak Najihah…
    Moga akak berjaya dalam SPM.
    Ana tunggu result akak tanggal 12 Mac 2009 yang bersejarah=)
    Beritahu tau!!!

  3. InsyaAllah..Lina,kalau tak keberatan..boleh kita berkongsi pendapat tentang sains matematik dalam bahasa Inggeris..itupun kalau adik akak ni ade masa..salam ukhwah fillah ye..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: