Mari Bertarannum dan Upin Ipin

February 26, 2009 at 7:59 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Citra Kehidupan | 4 Comments

Ada orang, masalah utama dalam hidupnya adalah mengawal tabiat suka menonton televisyen. Balik sekolah tv, Sabtu Ahad tv, malam tv, cuti-cuti sekolah tv. Pendek kata, tv benar-benar mengawal individu seperti ini.

Namun Alhamdulillah… Berkat didikan emak dan abah yang sedaya-upaya mendidik kami berdua supaya “tidak bernafsu” di hadapan televisyen, kami sememangnya kurang menonton televisyen. Kartun, drama bersiri, baik yang datang dari seberang laut mahupun buatan tempatan, jarang yang kami tonton. Mak dan Abah tidak melarang kami menonton televisyen secara kekerasan, namun, mereka menunjukkan contoh dengan turut tidak menonton televisyen. Akibatnya, kami pun tidak ada perasaan mahu berteleku di hadapan peti hitam tersebut.

Kadang-kadang, tidak dinafikan, ada kalanya kami semacam rasa jelik menonton drama-drama masa kini. Jelik dengan jalan cerita yang tidak membina minda, aksi-aksi yang keterlaluan, pakaian-pakaian yang seringkali mencolok mata, juga dengan tema ceritanya yang tidak langsung bersifat keIslaman. Usah tema keIslaman yang diminta, tema kemelayuan pun tiada. Yang ada cuma gaya hidup kebaratan yang cuba diselitkan.

Namun, di sebalik rasa tidak senangku pada kebanyakan rancangan televisyen, masih ada rancangan-rancangan yang menarik minatku sehingga jarang aku terlepas menontonnya. Yang paling utama, aku amat meminati rancangan Mari Bertarannum, milik TV9.

Mari Bertarannum

Mari Bertarannum

Sebabnya, bagiku rancangan tersebut merupakan rancangan yang dapat menenangkan mindaku tatkala aku dalam keserabutan. Tenang apabila terdengar alunan tarannum yang mendamaikan. Secara tidak langsung, aku belajar untuk menghargai jenis-jenis tarannum yang ada, walaupun tiada kemampuan untuk mengalunkannya.

Upin dan Ipin

Upin dan Ipin

Rancangan yang tetap menarik hatiku yang lain ialah kartun Upin dan Ipin. Bagiku, kartun ini begitu comel dan jalan ceritanya yang berkisar mengenai kehidupan masyarakat kampung yang tipikal amat kuhargai. Terbayang betapa indahnya kehidupan masyarakat dahulu yang meriah dengan keakraban hubungan persahabatan antara teman-teman sekampung. Tidaklah seperti sekarang, masyarakat hanya tahu berkomunikasi dengan telefon bimbit, playstation, internet, televisyen, dan sebagainya.

Bagiku, menonton tv tak salah. Syaratnya, kita kena kawal tv, bukan tv kawal kita. Ingat, masa yang diberi Allah itu amanah. Andainya kita gagal memanfaatkannya, amanahkah kita?

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam ziarah..bertandang sebentar di sini..hehe..akak setuju dengan Lina..pada akak betullah tv tu tak salah tak perlu sampai diharamkan pun..cuma kita sahaja yang perlu bijak memilih..ada orang mengharamkan terus televisyen dengan tak meletakkan di rumah langsung..alasan mereka tv mendatangkan kemudaratan tapi perlu ingat..islam tidak pernah menghalang globalisasi dan modenisasi..tv tu tak salah cuma kita sahaja yang perlu bijak memilih antara kemaslahatan dan keburukan..suka dengan kata anda “kita kena kawal tv bukan tv kawal kita”..sekadar pandangan naif..hihi..nampaknya berkongsi kegemaran yang sama jugalah ya…mari bertarannum..boleh layan juga lagu akhiruzzaman..haha..

  2. Salam Ziarah…

    Betul2, kita sependapat. Ana pun tak berapa berkenan dengan cerita2 zaman sekarang especially cerita Indon yang merepek dan penuh fantasi tu. Kalau yang islamik tu boleh diterima juga. Ana lebih berminat untuk menonton rancangan masak2.. Hehe..

  3. Yang sedihnya kartun2 itu menjadikan khinzir sebagai watak cerita

    http://www.gurumurshid.com

  4. JADILAH ANAK2 YANG SOLEH……….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: