Pulanglah kepada Islam yang Sebenar

January 13, 2009 at 5:56 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | Leave a comment

Gaza terus berdarah dihujani peluru-peluru Israel. Warga Palestin dan kanak-kanak terus syahid bergelimpangan. Angka kematian semakin meningkat.

Tanda SAYANG kanak-kanak Zionis buat rakan-rakan Palestin mereka.

Tanda SAYANG kanak-kanak Zionis buat rakan-rakan Palestin mereka.

Alhamdulillah, bersyukur juga di hati tatkala melihat sudah ramai rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam kembali menyedari isu Palestin ini. Makin ramai yang cuba memboikot, menghadiri demonstrasi, berqunut tatkala solat, mengedarkan risalah, dan bermacam-macam lagi tindakan. Semoga perkembangan ini berterusan.

boycott-poster2Namun, perlu diingatkan, tindakan berdemonstrasi, berqunut, boikot, dan sebagainya tidak mencukupi. Sedarkah kita, sebenarnya isu Palestin ini menuntut kita kepada pengorbanan yang lebih besar, iaitu berusaha ke arah membaiki diri sendiri, agar kita mampu menewaskan musuh-musuh kita satu hari nanti InsyaAllah? Untuk berjihad menentang musuh ini, bukan sahaja kekuatan fizikal diperlukan, namun kekuatan rohani juga amat penting.

Berapa ramai antara kita yang cuba untuk menghidupkan malam dengan ibadah tatkala Israel mula membedil Gaza?

Berapa ramai antara kita yang mula berdamping dengan al-Quran tatkala menyaksikan kekejaman Israel?

Gerunkah Israel terhadap umat Islam sekiranya mereka melihat kita masih susah untuk  solat Subuh berjemaah di masjid-masjid?

Lupakah kita apakah kriteria memilih tentera yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi tatkala mahu membebaskan Masjidil Aqsa? Bukankah beliau memilih tentera yang teguh rohaninya, yang malamnya diisi dengan qiamullail, yang subuhnya tak pernah lewat?

hollywood

Sedarkah kita selama ini Israel sememangnya menjauhkan diri kita daripada al-Quran dan tahajjud supaya kekuatan sebenar kita akan terus hilang? Bagi memastikan umat Islam terus lumpuh, mereka menyucuk kita dengan dadah bernama hedonisme, sehingga kita tergila-gila akan Akademi Fantasia, drama Indonesia, serta filem-filem Hollywood, sehingga kita tak lagi melakukan qiamullail, tak lagi menjalani kehidupan seharian sebagai muslim yang ciri-cirinya diterangkan dalam al-Quran.

Akhirnya perancangan mereka berjaya, umat Islam terus lalai dan alpa.

Nilai kembali diri kita. Kembalilah kepada Islam yang sebenar agar satu hari nanti, Palestin akan dapat dibebaskan!

Ayuh adunkan antara tindakan memboikot, berdemonstrasi, berqunut, dengan tindakan berusaha untuk kembali pada Islam yang tulen agar hasil yang kita inginkan dapat diperoleh semaksimanya.

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: