Ayahandaku Juruukur Badan?

December 19, 2008 at 12:48 am | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 1 Comment
Tags: ,

Pagi sebelum bermulanya kelas tambahan Bahasa Arab Tinggi, aku dan beberapa orang sahabatku duduk berlepak di pondok berdekatan dengan bangunan SMIAAG sambil menanti Us Hasnan dan Us Abd Aziz memulakan kelas.

Sambil duduk-duduk, mataku terlihat dua buah buku tulis berkulit tebal ditinggalkan oleh murid-murid di pondok tersebut sebelum bercuti semester dua yang lalu. Entahlah mengapa, murid-murid al-Amin ini ramai yang suka meninggalkan buku, baju, al-Quran, dan sebagainya bersepah-sepah di sekitar sekolah apabila tamat semester. Mungkin disebabkan nikmat kekayaan yang melimpah-melimpah menyebabkan anak-anak ini gagal memahami erti berjimat-cermat!

Entah mengapa, hatiku tergerak untuk menelaah dua buah buku tersebut. Rupa-rupanya, buku tersebut dimiliki oleh dua orang sahabat rapat adikku. Swusrah pula tu. Kena-kena pula, buku tersebut merupakan buku usrah mereka.

Saja aku menyelak bahagian hadapan buku tersebut. Kelihatan biodata-biodata mereka seusrah termasuklah adikku. Aku mengerling biodata adikku. Tertulis di situ:

Pekerjaan bapa: Juru ukur badan

Pekerjaan ibu: Business Woman

Aku tergelak. Juru ukur badan? Bila masa ayahandaku ini juruukur badan? Bukan juruukur bahan ke sepatutnya?

Bila masa pula mak buka bisnes ni? Bukan ke mak akauntan?

Entahlah budak-budak ni.  Asal ke boleh je!

Aku tersenyum meladeni dunia kanak-kanak nan fitrah ini! Aku rindu akan zaman ini. Bolehkah kukembali semula ke zaman ini???

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam

    mungkin kita akan mencemburui bila lihat anak-anak kecil seronok bermain dgn riangnya,tp tak mungkin kita boleh putarkan masa kan?
    akak dulu masa kecik,sering impikan alam dewasa..skrg sudah besar,rs banyak tanggungjwb pula..apa pun,banyak benda yang mencabar sentiasa menanti di hadapan.. jadi,jangan takut-takut..

    hihi..salam ziarah azlina..lucu dengan telatah adik kamu..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: