Monolog Hatiku

December 17, 2008 at 7:13 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | Leave a comment
Tags:

Kadang-kadang, hatiku terasa ralat mengenangkan nasib diriku ini.

Suatu ketika dahulu, aku amat rapat dengannya. Siang malam aku bersamanya. Hari-hari yang kulalui tanpanya akan terasa amatlah suram. Apabila aku mendekatinya, beliau akan datang kepadaku dengan sukarela – mendengar masalahku, mendengar keluhan hatiku, menasihatiku bila perlu, dan pelbagai-bagai khidmat lagi yang sukar kuungkapkan di sini.

moonflip

Kalau tak sempat bermesra waktu siang, akan ada sebahagian waktu malamku diperuntukkan untuknya. Hatta waktu imtihan pun, aku tetap akan mendekatinya, walaupun ketika itu aku sibuk melayan madah-madahku yang lain. Di kala imtihan, beliau akan datang, mendamaikan atmaku yang sedang dilanda gelora maha hebat, membantuku memahami ilmu yang sedang kupelajari, juga kadang-kadang turut menetapkan hatiku memilih jawapan yang mana satu tatkala aku berada di dua persimpangan ketika peperiksaan. Beliaulah teman sejatiku di kala duka dan suka.

Namun kini, keadaan tersebut jauh berubah. Aku sudah jauh daripada beliau. Jauh, jauh sekali. Entah di mana silapnya.

Walaupun beliau berada dekat dengan diriku, namun itu tidak merapatkan kami. Sebelum tidur pun, aku hanya memandang sepi kepada dirinya. Tiada sebarang reaksi. Namun, jauh di sudut hati, aku masih merindui masa-masa lamaku bersama beliau. Aku rindukan nasihat-nasihatnya yang membelai jiwa.

Aku melalui liku-liku kehidupanku dengan penuh kesengsaraan. Aku kesepian. Aku rindukan masa-masa yang lalu saat kubersamanya. Hatiku diseksa rasa bersalah setiapkali memikirkan soal ini. Aku tahu aku berdosa kerana meninggalkanmu. Aku tahu, sekali aku meninggalkanmu, sepuluh kali lagi kau akan lari dariku.

Namun, untuk ku kembali bersamanya memerlukan iltizam yang sepenuh daya. Ye lah nak melawan godaan syaitan yang sememangnya dahsyat!

Benarlah, beliau diibaratkan seperti unta, masa liar sukar nak berbaik dengan kita, sukar nak dijinakkan. Tapi bila dah mesra, dialah teman paling setia!

Mungkinkah aku memerlukan peluang kedua untuk bersahabat denganmu semula? Benarkah peluang untuk merebut peluang kedua itu tersedia untukku usai SPM nanti?

Ya Allah tanamkanlah beliau dalam hatiku, agar beliau dapat menjadi teman dikala memerlukanmu.

Saja kukongsi luahan hati ini, agar lepas ini kita sama-sama bermuhasabah diri, dan jangan tinggalkan beliau lagi!

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: