Kemuncup dalam Perjuanganku

December 14, 2008 at 1:32 am | Posted in Citra Kehidupan, Ikhwanul Fifteen, Sekolahku | 8 Comments
Tags: ,

Huh, sekolah dah nak buka… (Hanya untuk student form 5 2009 di SMIAAG)

Rasa berdebar juga nak sentuh subjek-subjek tingkatan 5 ini, terutamanya Physics, Chemistry, dan Add Maths. Almaklumlah, yang tingkatan 4 tak habis telaah, tak sempat nak faham, tak berapa cukup masa nak memantapkan diri, tup tap tup tap nak kena belajar yang tingkatan 5 pula. Rabbi zidni ilma, warzuqni fahma.

If you fail to plan, you plan to fail~

If you fail to plan, you plan to fail~

Itulah, sewaktu tingkatan 4 dulu, banyak benar mainnya. Ye lah, kata orang tua-tua, honeymoon year. Sebab kurang rajin nak menelaah kat rumah, maka, nak faham pun susah! Itu balasannya.

Ya, tingkatan 4 telah berlalu. Meninggalkan seribu satu kenangan buatku. Adatlah, ada yang pahit, ada yang manis. Yang pahitlah itulah yang mematangkan, yang manis itu memberi pengajaran. Dan kesemua kenangan itu, insyaAllah akan sentiasa kekal dalam ingatan.

Tahun 2009 bakal menjelma. Sesi baru persekolahan pun bakal dibuka. Ini bermakna, aku juga harus meninggalkan kehidupanku bersama warga 4 Salahuddin yang ceria-ceria belaka. Juga perlu bersedia membawa diri ke kelasku yang baru, 5 Saad. Berkenalan dan menyerasikan diri dengan warga kelas yang baru.

Cuti sekolah bakal berlalu, menyaksikan aku gagal memanfaatkannya dengan baik. Benar, masa lapang itu nikmat, dan aku gagal mensyukuri nikmat itu sebaiknya. Sebelum bermulanya cuti, kami ada menyertai motivasi bersama Dr Abdol Aziz. Beliau menyuruh kami manfaatkan masa sebaik-baiknya sewaktu cuti ini dengan menelaah subjek-subjek tingkatan 4 yang menduduki kategori “tenat” dan “ICU”.

Namun, natijahnya, aku tak buat apa-apa pun yang disuruhnya. Cutiku dihabiskan dengan berlepak di atas katil, baca buku cerita, merewang di internet, dan adalah sikit-sikit sentuh Akaun, Ekonomi, dan Perdagangan. Jawabnya, subjek-subjek yang dah “tenat” tersebut tak dapat dipastikan nasibnya. Entah-entah masih hidup ataupun sebaliknya.

Belajar ye belajar... Buanglah kemuncup-kemuncup yang menghalang perjuangan tu~~

Belajar ye belajar... Buanglah kemuncup-kemuncup yang menghalang perjuangan tu~~

Mengapa ini terjadi? Punca utamanya adalah sikapku. Sikapku yang malas, tak tahu menyusun kehidupan, dan tak tahu mensyukuri nikmat masa yang lapang menjadi kemuncup dalam perjuanganku dalam menuntut ilmu.

Hemm, layakkah dirku menjadi calon SPM, memandangkan sifat malasku ini masih dalam kategori tidak boleh dikawal???

Ya Allah, mengapa sifat MALASKU ini menjadi KEMUNCUP dalam PERJUANGANKU?

8 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. mayb agak pedas,., tapi,., inilah yg Dr Abdul Aziz Sahat (pakar motivasi) pernah cakap:

    “orang yg malas,., orang yg tak layak untuk hidup kat dunia nie”

    hahaha,., tapi, realitinye, setiap dari kita akan melalui fasa nie,., fasa yg penuh dengan perasaan malas , x berdaya and len2,., hahaha,., kata cg lame ana, antidote untuk malas,., x len x bukan,., AL-QURAN,., tp, kak lina kan selalu dah bace,., kenape yer malas lagi?? hahaha,.,

    takper2,., kak lina pandai,., malas sket2 x efek kowt,., hahaha,.,

    ~salam,., ^_^

  2. Heh, bagi akak, malas ni memang nature seseorang. Semua orang memang ada penyakit malas ni, namun yang membezakan antara setiap individu tu ialah macam mana mereka menguruskan perasaan malas tersebut.

    Bijak menangani sikap tersebut, baiklah natijahnya, InsyaAllah.

    Al-Quran memang penawar sikap malas, jika dibaca dan difahami maksudnya, sebab Allah kata orang malas ni, terutamanya nak beribadah, merupakan golongan munafiq. Namun kadang-kadang, godaan syaitan tu lagi kuat. Baru murajaah sikit, dah lelap!

    InsyaAllah, sama-sama kita bermujahadah melawan sikap ini. Mujahadah kita itu nanti menjadi penentu manis pahitnya natijah yang kita miliki, sama ada di dunia ataupun di akhirat.

    Tahun depan plan nak amik pakej mana?

  3. lina………..eid milad saiid……smoga dgn kedatangan hari ni menambahkan kematangan dan ketakwan nt………….

  4. salam lina.waa!same la kite.ana pon try gak nk blaja tp haih.mcm x de smgt. x tau asl.mungkin x de suntikan semangat kot.haha

  5. science stream lah for sure,., kalau natijah PMR izinkan lerw,., tp, tahun depan,., keberadaan ana kat al-amin pon x sure lagi,., hahaha,., harapnyer,., tros jek stay kat al-amin,., doakanlah yer,., ^_^

  6. ala..sikap malas tuh ade kat semua org.Yg membezakan semua org punya sikap mls tuh adelah how they try to get rid of it.rite?

  7. Fahrul, Nabil hang berdua ni nak ke mana ye thn depan???

  8. mm..sure!al-amin!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: