Wafdul Amin – Catatan 27 dan 28 Nov

December 4, 2008 at 8:50 pm | Posted in Citra Kehidupan, Ikhwanul Fifteen, Sekolahku | 1 Comment
Tags: , , ,

Berlalunya Wafdul Amin 2008 benar-benar menyedihkan diriku. Tak cukup rasanya pengalaman yang dikutip selama lima hari empat malam di Kampung Beng, Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

Walaupun setelah empat malam di Kampung Batu Ring, aku masih tidak puas berada di sana. Sehingga kini, aku masih rindukan kecipak air Sungai Perak yang mendamaikan, lambaian pohon nyiur yang menenangkan, masakan orang kampung yang benar-benar menyelerakan, serta seribu satu pengalaman demi pengalaman yang kutimba sepanjang berlangsungnya program ini.

Berlalunya Wafdul Amin kali ini sarat dengan seribu satu pengajaran buat diriku. Barulah aku mengerti untuk menghargai, betapa bumi al-Amin ini banyak mendidikku ke arah pembentukan insan muttaqin. Barulah aku mengerti, betapa di luar sana, masih ramai insan-insan yang perlu kesedarkan – merokok tak kira masa, kugiran sampai lewat malam buta, memakai tudung hanya pada masa-masa tertentu sahaja, dan bermacam-macam insiden lagi.

Tak dinafikan, kedatanganku ke Kampung Beng ini juga menyedarkanku betapa “lainnya” kehidupan masyarakat kampung jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Budaya memberi masyarakat kampung, ketenangan kehidupan di kampung yang masih belum tercemar dengan budaya mencuri, semangat kejiranan yang kukuh, semuanya menyedarkan aku tentang erti kehidupan. Ya, aku rindukan suasana ini!

27 NOV

Kembara Wafdul Amin dimulakan pada malam 27 November 2008.

Sebelum kami menaiki bas untuk ke destinasi Wafdul Amin 2008 pada jam 12 malam, kami mendengar ucapan-ucapan, pesanan-pesanan, dan amanat-amanat terakhir daripada guru-guru dan juga barisan AJK Wafdul Amin 2008. Debaran mengisi dada kami semua. Semua berharap agar Wafdul Amin kali ini bergerak lancar tanpa masalah yang besar.

Jam 12:30 malam, bas bergerak meninggalkan perkarangan SMIAAG. Aku tertidur sepanjang perjalanan. Entah mengapa, aku benar-benar mengantuk. Apabila bas berhenti di R&R Tapah, lebih kurang pukul 2:00 pagi, barulah aku tersedar. Sedarku tidak lama. Aku kembali melelapkan diri sehinggalah tiba di R&R Tasik Raban pada jam 4:30 pagi.

28 NOV

Di R&R Tasik Raban, kami berhenti seketika untuk khidmat diri, sarapan pagi, dan Solat Subuh. Jam 8:15 pagi, barulah kami bertolak ke Jeti Pipit, untuk ke Kampung Beng, lokasi Wafdul Amin 2008. Pengalaman pertama menaiki bot bersama dengan sahabat-sahabatku benar-benar melucukan. Mula-mula, kami berasa cuak. Tak lama kemudian, perasaan cuak tersebut digantikan dengan perasaan seronok. Haha.. Seronok sehingga boleh berdiri di atas bot semasa bot sedang bergerak!

Setibanya di Kampung Beng, Majlis Perasmian dimulakan. Wafdul Amin 2008 dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lenggong. Namanya tak kuingat.

Kemudian acara penyerahan anak angkat pula dilakukan. Aku, Ira, dan Aizul diserahkan kepada ayahanda Suffian dan bonda Zaleha. Selepas berakhirnya Majlis Perasmian tersebut, kami dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Rumah kami terletak di Kampung Batu Ring. Kampung Batu Ring merupakan pecahan daripada Kampung Beng. Untuk sampai ke Kampung Batu Ring ini, kami perlu menaiki bot. Jarak perjalanan dari Kg Beng ke Kg Batu Ring adalah lebih kurang 20 minit.

Petang 28 Nov, tiada aktiviti melainkan mesyuarat AJK bersama Penghulu di Dewan Kg Batu Ring. Mesyuarat bersama penghulu? Huhuhu, mula lambat sejam kerana kereta tok penghulu tayar pancit! Terpaksalah kami menunggu tatkala sahabat-sahabat lain ceria bersama keluarga masing-masing di rumah.

Malam 28 Nov, ada tazkirah Maghrib bersama Abg Sarep di Surau Baru Ring. Alhamdulillah, siapa yang rumahnya berdekatan dengan surau, semuanya hadir ke kuliah tersebut. Yang jauh-jauh dikecualikan. Almaklumlah, jalan kampung gelap, tiada lampu. Bahaya weyh untuk banat!

p/s: Huh, gambar tak leh nak upload. WordPress bermasalah!!!

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. hi salammmz akak itewww.. jauhnyerr jalannns


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: