Terima Kasih!

October 17, 2008 at 8:28 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | 1 Comment
Tags: ,

Adik: Akak, kami nak balik dulu boleh tak?

Aku : Ha, dah makan kenyang dah? Dah kenyang baru boleh balik…

Adik: Kenyang dah. Banyak dah makan… (sambil menghulurkan tangan hendak bersalaman)

Aku : Nah, ambil ni (angpau raya). Lain kali ziarahlah lagi ke rumah ni.

Adik: Hehe… (tersipu-sipu, tapi muka nampak seronok dapat duit raya)

Selepas bersalaman denganku (dan diberi duit raya), adik-adik yang datang menziarahi rumah nenek (kebetulan waktu tu, aku yang melayan) terus berlalu dari rumah nenek. Tanpa sepatahpun ucapan terima kasih!

Inilah yang menjadi kegusaranku. Aku memerhatikan masyarakat dari jauh. Entah, kadang-kadang aku makin hairan melihat realiti bahawa kita ketandusan budi perkerti. Nilai-nilai ketimuran yang penuh kelembutan dan kesopanan yang satu ketika dahulu pernah dibanggakan lesap entah ke mana. Entahlah di mana silapnya.

Terima Kasih

Terima Kasih. Syukran. Thank you. Arigato Gozaimas.

Terima Kasih. Syukran. Thank you. Arigato Gozaimas.

Memerhatikan dari hanya satu aspek, iaitu ungkapan terima kasih, aku makin pelik melihat budaya mengucapkan terima kasih ini makin lama makin terhakis. Semakin diriku meningkat dewasa, telingaku semakin kurang mendengar ungkapan seribu makna ini. Entah, dari sekecil-kecil kanak-kanak sekitar usia empat tahun, sehinggalah sebesar remaja berusia dua puluh tahun, ungkapan ini semakin lama semakin kurang dituturkan oleh generasi baru hari ini.

“Alah… setakat terima kasih aje. Apa lah besar sangat maknanya…”

Fikir-fikirkanlah apa yang terkandung di sebalik ucapan tersebut. Mudah, namun mengandungi seribu makna. Menunjukkan identiti dan peribadi kita – mengenang budi ataupun memang spesis kurang mengenang budi. Kerana ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan ini, orang akan menilai kita. Kerana dua patah kalimah ini, mungkin ada orang berasa dihargai, dan mungkin juga ada orang berasa sakit hari apabila kalimah ini tidak dituturkan.

Sayang melihat generasi adik-adikku semakin kurang yang mahu mengucapkan ungkapan penuh mulia ini. Aku menyeru sesiapa yang terbaca saranan ini agar sama-sama selepas ini menghidupkan kembali budaya berterima kasih sesama sahabat agar di kemudian hari, orang akan mengenali kita, generasi yang menghidupkan Islam sebagai generasi yang reti mengenang budi!

Ingat, selepas mendapat sesuatu pemberian, ucapkanlah terima kasih. Selepas penat guru memberi ilmu, ucaplah terima kasih kepadanya. Selepas sahabat kita membantu kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Apabila ada insan yang memudahkan urusan hidup kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Mudah sahaja kan?

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. terimakasih akak ittewww.. salammmz


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: