Ke Melaka! (12 Okt 2008)

October 13, 2008 at 10:48 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | 2 Comments
Tags: , ,

Semalam, tanggal 12 Okt 2008, kami sekeluarga (tanpa ibuku yang pergi outstation) pergi menziarahi Melaka, bandaraya yang sememangnya penuh sejarah buat diriku. Matlamat utamanya adalah untuk mengambil nenda tercintaku yang baru pulang dari Singapura setelah menghadiri walimah saudaraku di sana. Nenek dijangka tiba di Melaka Sentral pukul tiga tengah hari.

Tiba di Melaka

Kami tiba di Melaka tepat jam tiga tengah hari. Cuaca sememangnya sangat terik. Alang-alang sudah tiba di Melaka, kami pun pergilah meronda di sekeliling Durian Tunggal bagi menziarahi kaum kerabatku yang sememangnya menetap di Melaka.

Destinasi utama kami sememangnya merupakan rumah Nyang yang terletak di kawasan Durian Tunggal. Sudah lama tidak kutemu dengan Nyang ini. Rasa-rasanya, kali terakhir aku bersua muka dengan Nyang ialah tahun lalu. Alhamdulillah, ketika ini, Nyang masih sihat. Moga Nyang terus dipanjangkan umur oleh Allah dalam keimanan dan ketakwaan kepadaNya.

Alhamdulillah, Nyang masih sihat. Bersama cicit-cicitnya...

Alhamdulillah, Nyang masih sihat. Bersama cicit-cicitnya...

Di rumah Nyang, kami bertemu dengan adik-beradik nenek yang lain. Tok Teh, Nek Ngah, Nek Aunty, Nek Nab, dan ramai lagi. Suasana sungguh meriah. Seronok sungguh aku melihat silaturrahim ini masih erat, kendatipun kami jarang bertemu. Aku terfikir, mampukah aku dan generasiku nanti menyambung kehangatan mahabbah ini? Ataupun kami akan berpecah mengikut haluan masing-masing? Entahlah. Hanya doa yang mampu kupanjatkan.

Kami juga mendapat tahu bahawa Tok Bibik (juga adik nenda kami) ditahan di Hospital Besar Melaka kerana diabetis mellitius yang kronik, selain daripada sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Aktiviti seterusnya, ziarah… Ziarah… Ziarah…

Menziarahi Tok Bibik di Hospital Besar Melaka

Menziarahi Tok Bibik di Hospital Besar Melaka

Memandangkan hari sudah petang, dan esoknya aku ada kelas Fizik dan Biology di sekolah, sebaik sahaja usai menziarahi Tok Bibik, kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di Rumah Acikku yang terletak di Nilai. Kebetulan pula sepupuku, anak sulung Acik baru sahaja berkhatan.

Di Nilai

Di Nilai, kami disambut dengan begitu meriah oleh hero-hero Acik yang berjumlah empat orang itu. Kami dijamu dengan hidangan kerang rebus.  Waduh, sedapnya tak boleh ditahan. Apatah lagi melihat keletah sepupu-sepupuku mengadap hidangan tersebut.

Ragam-ragam ceria dan riang!

Ragam-ragam ceria dan riang!

Penat seharian berjalan, kami pun pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dalam masa sehari sahaja, ramai saudara dapat kukenali dengan lebih mendalam lagi. Moga silaturrahim ini terus berkekalan. Amin!!!

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. spt biasa, kalau Lina pakai tudung pin ke bawah akan nampaklah bulat2 pin tuh,,hehe..salam ziarah

  2. Huh,
    Pemerhati yang baik. Wah…wah…
    Azah, tu namanya style! Hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: