Mabuk Novel

September 28, 2008 at 8:31 am | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 9 Comments
Tags: ,

Semalam, aku rasa aku bukannya berada dalam dunia realiti. Fikiranku asyik merawang-rawang entah ke mana. Aku tenggelam timbul dibuai novel 1511H Kombat, karya Faisal Tehrani. Mula-mula, adikku asyik mengulit novel tersebut. Katanya best. Timbul keinginanku untuk turut membacanya.

Novel inilah yang membuatkan aku dilanda mabuk.

Novel inilah yang membuatkan aku dilanda mabuk.

Alkisahnya, susai Tarawih, aku duduk terbaring di atas katil. Tanganku memegang novel berwarna biru gelap tersebut. Hajat hati, aku hanya nak membaca seperenggan dua sahaja sebagai muqaddimah, kemudian, aku berazam nak membaca al-Quran kurang-kurang habis sehizb, barulah memulakan ekspedisi menawan novel tersebut.

Lepas seperenggan, seperenggan aku baca. Daripada semuka, berkembang menjadi sehelai, seterusnya habis satu bab, aku terus membaca. Azamku untuk membaca al-Quran sebentar tadi semakin pudar kurasakan. Novel tersebut terus berada di genggamanku. Dan aku terus membacanya.

Fikiranku melayang-layang sama dengan novel yang membicarakan tentang kegemilangan Islam pada masa hadapan ini. Juga menceritakan sedikit sebanyak sejarah Yahudi Laknatullah. Juga mengingatkan kepadaku betapa ilmu adalah penting untuk kita umat Islam menentang pihak kuffar. (Untuk sinopsisnya, tekan di sini). Komander Muhammad Ameen, Emrullah, cyborg, cypher, mikraj, dan sebagainya terbayang-bayang di fikiranku. Terasa seolah-olah aku sedang berjuang menawan Amerika bersama dengan mereka. Pancaran laser dan ledakan bom terasa menujah-nujah ruang fikiranku.

Entah bila aku tertidur, aku tidak pasti. Dalam tidurku, aku turut terbayang-bayang bahawa aku sedang berjuang sepenuh jiwa bagi menawan Amerika yang telah lama menindas umat Islam di serata dunia. (Moga-moga ruh jihadku dalam tidur ini benar-benar menjadi realiti)

Diriku terasa penat walaupun aku sedang tidur. Mungkin kerana fikiranku sedang kacau! Perasaan letih dan lesu menguasai diriku.

Tatkala menjelang pagi, (dalam pukul 3:15 pagi), mak mengejutku untuk bangun qiam. Aduhai, terasa bertanya nak bangun. Di cepu kepalaku, masih terbayang pancaran-pancaran laser dan letusan-letusan bom yang sudah sekian lama menguasai fikiranku. Aku tertidur kembali. Tatkala itu, terasa aku gagal membezakan mana realiti dan mana satu ilusi.

Akhirnya, pukul 3:40, aku kembali dikejut oleh mak. Mak memarahiku atas kelewatan diriku hendak bersiap untuk ke SHAS Mosque bagi melaksanakan qiam jamaie.

Ya Allah, teruknya aku tatkala dilanda mabuk novel. Alhamdulillah, aku sudahpun menawan novel ini. Baru saja tadi. Semoga lepas-lepas ini, aku boleh memberikan seratus peratus tumpuan melipat gandakan ibadah menjelang akhir Ramadhan ini!

9 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Habis pecah rahsia! Ada orang minum Arak rupenye. BULAN RAMADAN PULAK TU!

  2. banggalah tu pegi qiam. Elleh……

  3. Weh.. Ada budak nak kena!
    Mabuk tak semestinya minum arak. Hang tu tgh mabuk tgk komputer! Papelah… Tak baik tau cakap macam tu.. Karang kurus pahala puasa. Hahahaha…
    Mana ada bangga pi qiam. Ada2 je budak ni. Ala, qiam tu siket je. Zaman nabi dulu, qiam lagi berlambak-lambak. takkan nak bangga kot?

  4. macamlah dia sorang….

  5. tak cakap pun. taip je😉

  6. kalau tak, takyah cakap pegi qiam. nanti timbul sikit perasaan riak. mana tau. terus takdapat pahala qiaml. dapat dosa syirik kecil pulak tu. habis. lingkup. taubatlah….
    (Hanya peringatan)

  7. masa tu silap sikit. mak tak lah kejut lambat sangat.
    3:20 paling lewat. ayari tau lah ayari tak tidur.ayari baring je…
    Edit la balik…

  8. lina! sounds interesting with ur 1511H Kombat! nanti2, cerita kat ana ye cerita tuh!!🙂

  9. CERMIN BERKATA : AKU TAK MAU DGR CERITA… AKU NAK BACA!! NAK PINJAM!! :]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: