Lisanul Haq

September 27, 2008 at 4:16 pm | Posted in Sekolahku | 11 Comments
Tags: ,

Alhamdulillah. Bi iznillah, Lisanul Haq kali ini berjaya dikeluarkan. Selamat berpuasa dan memburu Lailatul Qadr buat semua kakitangan sekolah, guru-guru serta seluruh pelajar SMIAAG.

Lisanul Haq kali ini menyorot kembali, satu demi satu keletah serta perangai warga al-Amin tatkala berhadapan dengan Ramadhan. Ada yang benar-benar berusaha untuk beribadah, dan ada juga yang tidak ada perasaan pun berhadapan dengan bulan penuh keberkatan ini.

Ambillah sebanyak pengiktibaran yang mungkin. Baca, fahami dan amalkan. Ilmu yang sedikit jika diamal lebih baik daripada ilmu setinggi gunung tapi tidak berguna kepada ummah.

Terima kasih kepada saudari Damia, Xephora, Khadeeja, dan Saudara Ibrahim (kesudian menyumbangkan komik. Saudari Nurazah (muka depan), dan saudari Nabilah serta Nurazlina (artikel). Barakallahu Fikum.

Selamat mencerna Lisanul Haq Edisi Khas Ramadhan ini!

Aduhai… Lisanul Haq tanpa editor yang disaluti kekucar-kaciran. Ana selaku wakil MATAN ANDALUS (bukan editor Lisanul Haq) ingin meminta maaf atas segala keributan yang berlaku, khususnya buat ikhwan tingkatan lima kerana keterlanjuran dalam komik Do’s and Dont’s in Ramadhan.

Komik tersebut telah terlanjur disiarkan, tanpa ditapis. Mungkin kerana kami, beberapa orang banat yang menghadap Lisanul Haq tersebut tidak perasan makna dan isi yang terkandung di sebalik lukisan tersebut. Hatta Cikgu Rusyida pun tak perasan tentang perkara tersebut. Mungkin juga sebab kami tak menjiwai dan tak mengambil peduli isu pertelingkahan antara antum ini. Dan juga, mungkin sebab kami membuat Lisanul Haq ini dalam keadaan terkejar-kejar dan tidak berapa sihat (demam dan sakit kepala).

Apa-apapun, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Lisanul Haq edisi khas Ramadhan ini. Termasuklah kepada sesiapa yang tolong dapatkan kelulusan Cikgu Rusyida (akh Hasif), hantar fotostet (ukht Azah), tolong lipat (ukht Maryam, Mariah, kak Raby, cikgu Farhah, cikgu Akma, dan akh Zufar) dan tolong tumpangkan kereta ke kedai fotostet (kak Sh Amina). Barakallahu fikum.

p/s: Pesan ana, apabila diulit isu yang agak taboo macam ini, jangan dibesar-besarkan dalam blog. Mungkin ianya akan menjadi muqaddimah kepada fitnah yang lebih besar!

11 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. ana nk tegor satu jer..
    tp insya Allah ana nk penjelasan nti dpn mata ana nnti lps raya..

    dah berapa kali ana bitau..
    sblm nk di”print”kn atau di”fotostet”kan..
    bg kami(guru2 tarbiyah) dulu..
    ni..guru penasihat andalus pun..
    sampai ke hari ni..
    tak dapat2 lagi Lisanul Haq..
    apa cerita ni kn?
    yang ana tau..nabilah tanya bila nak kluarkan LH jer..
    lpstu ana jwb la hari jumaat selewat2nya..

    alih2..dh bising2 satu dunia..
    yg best tu..
    lps mjls khatam al-Quran tu..
    ramai org jumpe ana..
    sume fire ana psl tu..
    yg ana ni..terpinga-pinga..

    xpe azlina..nti sabo dulu..ana bkn nk marah nti..
    tp teguran ana ni mungkin nmpk kasar..
    ana nk jumpe nti haritu pon xsempat..
    so insya Allah..ana harap..
    pihak MaTan dpt buat report yearly serta cadangan utk memantapkan ANDALUS..ana rse azzah dh bitau nti ape yg perlu buat sblm ade nyer meeting terakhir..

    tp tu lah..dh berkali2 ana pesan dlm meeting..psl ni..mungkin mcm xpenting..sbb tu tak alert sangat..

    ana minta maaf sangat2 kalo teguran ana ni agak kasar ke ape..n klo nti nk minta maaf pd ana..ana dh maafkan nti lme dh..jd kalo nk pulang berhari raya..ana ucapkan selamat lah yer..

    oh yer..ana minta maaf sbb bentuk penulisan ana ni pon carca-marba kt page nti ni..ampun ya..

  2. sian lina yer… tp bukan ker stiap kali sblum di “fotostet”, anti dah amek kelulusan n tandatangan drpd c. rusyidah(guru tarbiyah)? so bukan ker mana2 individu yg bg kelulusan mesti bace dr awal smpai akhir? spatutnyer klu dah diluluskan, maknenye dh bleh fotostet la kan? spnjg pmbacaan ana terhadap post n comment2 yg mendatang, terdpt beberapa percanggahan hujah mahupun fakta. klu tak paham, bace la balek dr awal smpai akhir… klu tk paham lg, jumper ana……….. n sorry kpd mane2 individu yg terase. Comment ini bukan berbntuk serangan trhdp mane pihak yer…. slamat hari raye…

  3. Nak marah, tak ada gunanya. Kecewa? Mungkin ye kot. Terkilan? Lagi lah ye kot… Apa-apalah. Ana tak nak hurai panjang perihal perasaan ana kat sini.
    To abg sarep, ana nak buat sedikit penegasan berhubung dengan penyataan anta yang ana rasa totally menyalahkan MaTan mengenai masalah kelulusan. Ana tak paham mengapa dalam ANDALUS ni, sokmo ada percanggahan hujah mahupun fakta (pinjam ayat Hasif). Oh ye, mungkin masalah komunikasi kot…
    Apa-apapun, Lisanul Haq tu, menurut perbincangan dengan Cikgu Syida haritu, kelulusan biar Ketua Jabatan yang buat. Kalau akh Sarep perasan, tengok kat halaman akhir Lisanul Haq al-Quds dan Ramadhan ni, terpampang tanda tangan cikgu Syida. Agaknya, akh kurang mencerap kot! Mungkin tak perasaan benda keciq tu.. Ataupun, tak pasti pula kalau salinan akh Sarep takde tandatangan tu. Tapi, ana rasa ada. Hehehe, gi semak balik.
    Lepas ini, ana rasa kita kena betulkan cara komunikasi kita, agar tiada insan rasa teraniaya.
    Lagi satu, Lisanul Haq tu konsepnya, (Cikgu Syida yang introduce konsep ini agar tiada pembaziran) siapa nak, dia dapatkan kat kaunter-kaunter Lisanul Haq yang dibuka hari tu. Cikgu-cikgu lainpun dapatkan kat kaunter tu. Mungkin akh tak perasan kot… Afwi.
    Ana tak menyalahkan sesiapa dalam isu ini. Mungkin Cikgu Syida tak perasan benda tu. Ana dan Nabilah pun tak perasan intipati komik tu. Dan, meminjam kata Aiman Hafiz, ada “sesuatu” yang Allah nak tunjukkan kat kita dengan sengaja melepaskan komik tersebut dalam keadaan semua orang tak perasan, termasuk yang meluluskan! Mungkin ada ibrah yang tersembunyi yang kita tak pasti apa rahsia Ilahi yang terkandung di dalamnya.
    Tengok dengan rukyah positif, baru kita dapat rasakan hikmahNya.
    Syukran. Eid Mubarak.
    p/s: Ana tak marah dengan komen akh. Cuma, pesan ana, lain kali, siasat dahulu ye satu-satu isu, supaya orang tak pandang ANDALUS sebagai badan yang sarat dengan masalah komunikasi.

  4. betui betui betui…. wah ade gunye ayat aiman hafidz tu yer… mungkin ade “sesuatu yg ALLAH nk tunjukkan”… moge2 kiter dpt cari apakah “sesuatu” itu… ANDALUS, ANDALUS…

  5. pemimpin memerlukan hati yg ikhlas agar segala amanah yg diberikan dapat mereka laksanakan sebaiknya. lihat kembali sirah para sahabat yg sangat takut apabila ditawarkan jawatan gabenor/khalifah. apa reaksi mereka? TIDAK. DEMI ALLAH, KALIAN TIDAK AKAN BERHASIL MERAYUKU DGN DUNIA KALIAN INI.

    sengaja ana ceritakan kisah sahabat Rasulullah s.a.w, Abu Dzar r.a untuk kita muhasabah kembali. Ikhlaskah hati kita? Wallahua’lam.

  6. Salam…
    Ana tak nak Tambah ape2. Sebab semuanya dah ditulis oleh Ukhti Azlina dan jugak Akh Hasif….. apa yg mereka kata itu benar sbb mmg ana confirm sgt2 yg Lisanul Haq itu sedah mndapat kelulusan Cikgu Shida….Mohon disemak kembali…huhuhuhuhuhuh

  7. SELAMAT HARI RAYA, maaf Zahir dan Batin

  8. ok2..

    ana xsemak ker ape..

    n for sure..miscomunication prblm..

    ana pun mohon maaf berjuta2 kemaafan nyer..
    sgt2 minta maaf..
    mungkin time ana tulis tu..
    agak tertekan dan nafsu menguasai diri..
    menang dlm perang Ramadhan time tu..

    tp ntah la..
    ana pun xtau la nk ckp ape lg ek psl ni..
    dh ramai org dok bantai ana psl ni..
    knape ana?
    knape nti pun kne gak?
    knape?
    xyah jwb ar kt sini..
    tp ana langsung xmenyalahkan apa yg MaTan dh buat n usaha nti dan rakan2 dlm kenyataan ana sblmni yer..

    ok..ana minta maaf skali lg mungkin ana telah mengeluarkan tuduhan melulu..
    sbb ana mengeluarkan kenyataan ana tu berdasarkan apa yg ana ckp sblmni jer ttg prosedur yang ana harapkan..
    xde sebarang update kpd ana psl ni..
    mana xnyer..terperuk kt hujung dunia ni..
    maybe cikgu rushida ada bitau tp ana tak ingat..

    ana minta maaf sgt2..

    insya Allah..pertikaian yg berlaku sesama kita..masalah dalaman ini..pasti ada hikmahnya..mudah2an kita dapat perbaiki masalah tersebut..insya Allah..

  9. salam..pd anala..permasalahan ni bukannye salah sesiape..Lebih2 lagi salah matan ataupun cikgu rushida..Kedua2 nye bukan same sekali..cume berlaku terlepas pndng dan x prasan bende tuh..betol gak ckp aiman hafidz..mungkin Allah nak tunjuk something..tp ape yg Allah nak tunjuk tuh???

  10. assalamualaikum
    :] buat keterangan/makluman ringkas… :]
    nabilah–>azlina–>pakcik guard–>hasif–>azah–>hasif–>cikgu rushida–>azah–>photostat…

    Buat pengetahuan semua, kelima2 orang yg telah menyusun,mengedit,menyemak lisanul haq ni tak sedar ada perkara sensitif tu…kami telah pun minta maaf pada hari lisanul haq diedarkan.setakat ini tiada masalah.

    :] maka, jgnlah diungkit lagi ye… :]

    fikirlah mengapa Allah melepaskan pandangan kami terhadap komik yang sensitif itu? Ada hikmah disebalik kerumitan, disebalik kesilapan, disebalik kecuaian… :] bak kata aiman hafidz, tak ada komik tu, maka takkan adalah pertemuan mereka dgn cikgu rushida nanti….

    apapun, SELAMAT HARI RAYA..! wassalam

  11. haih….tak ternampak Lina dah tuleh pasal kata-kata Aiman Hafidz..!! Laku rupanya…. Aiman boleh saman nanti…..Sapa ciplak ayat dia dulu dialah yang kena saman!! wakaka..~~salam dr cerminmu AZALINA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: