Aku Diburu!!!

September 5, 2008 at 8:51 pm | Posted in Citra Kehidupan | 3 Comments
Tags: ,

BURUAN PERTAMA – BAHASA ARAB TINGGI

Buku teks Bahasa Arabku yang menyimpan seribu satu khazanah ilmu

Buku teks Bahasa Arabku yang menyimpan seribu satu khazanah ilmu

Pukul 6:10 pagi

Mataku yang sejak bila entah lena dicelikkan. Astaghfirullah! Sudah lewat! Macam mana ni? Kerja rumah Bahasa Arab Tinggi berbentuk soalan kefahaman daripada petikan yang sejak semalam tidak berusik masih belum langsai. Satu soalan pun tidak kusiapkan! Baca petikan yang diberi pun tidak. Aduh, sudahlah semalam kami sekalas dimarahi Ustaz Hasnan kerana tidak menghantar kerja rumah berkaitan Kinayah yang ustaz beri hari Selasa lalu. Seandainya tidak siap, aku menempah bala! Sudahlah kena hantar sebelum jam 7:30 pagi!!!

Dalam suasana kelam-kabut, dicampur lagi dengan otakku yang serabut, aku mula tidak tentu hala mencari buku tulis kosong untuk dijadikan buku latihan Bahasa Arabku. Puas kugeledah ke sana ke sini. Akhirnya, selepas hampir 10 minit menunu tak tentu hala, akhirnya buku tulis kosong berjaya kutemui. Syukur, Alhamdulillah…

Pukul 6:20 pagi

Projek membuat homework Bahasa Arab tersebut bermula. Soalan-soalan kefahaman tersebut kusalin. Jawapan? Hemm, tanpa membaca petikan tersebut, jawapan kutaram saja mana yang patut, mana yang kurasakan kena. Betul atau salah, ketepikan dahulu persoalan tersebut.

Akhirnya, menjelang 6:30 pagi, aku berjaya menyiapkan lima soalan kefahaman untuk satu petikan. Alhamdulillah…

Pukul 6:30 pagi

Mandi. Kemas buku. Alhamdulillah. Langsai sudah tugasan harianku ini. Aku menunggu Abah di ruang tamu. Setelah semuanya siap, kami masuk ke dalam kereta.

Dalam kereta, aku terus sahaja berusaha menyudahkan kerja rumah Bahasa Arab tersebut. Kereta bergerak, goyangannya terasa benar-benar mengganggu aku yang sedang menulis. Cacamerba tulisanku. Ah, biarkan. Apa yang aula, kerjaku siap!

Akhirnya, aku sempat menyiapkan lagi lima soalan untuk satu petikan yang lain. Hemm, masih berbaki satu lagi petikan. “Tak mengapa, nanti di kelas nanti, aku buatlah..” Desis hatiku.

Di Kelas – Pukul 7:10 pagi

Cepat… Tanganku ligat menyiapkan lagi empat soalan berbaki! Aku melihat sebahagian daripada rafiq-rafiqku juga ralit membuat Bahasa Arab. Aduh, aku tertekan! Masa makin suntuk. Jam 7:30 pagi makin mendekatiku.

Tak apa, sabar. Bertenang….

Akhirnya, aku berjaya juga siapkan segala kerja rumah Bahasa Arabku pada pukul 7:25 pagi.

Pukul 7:25 pagi

Cepat… Aku berlari turun dari tingkat 4 ke bilik guru yang terletak di bangunan sebelah sana setelah mengambil apa yang patut – Quran dan buku tulis Bahasa Arabku.

Alhamdulillah, aku tiba di hadapan bilik guru tepat pukul 7:27 pagi. Tingkap bilik guru kuselak. Us Shahrul yang kebetulan berada di situ terus mengambil buku tulis Bahasa Arabku yang kuhulur untuk diletakkan atas meja Us Hasnan.

Berakhirnya buruan pertama

BURUAN KEDUA – JUZ 11 DAN 12

Al-Quran - Semoga Terus Bersemadi di Hatiku

Semalam, Cikgu Roslina sudah kata untuk menebukku Juz 11 dan 12 hari ini. Pesan Cikgu, jangan bagi berlubang. Seandainya berlubang, nescaya aku akan dihalau keluar dengan cara yang terhormat, seperti hari-hari yang lalu.

Bagi memastikan aku dapat menjawab segala soalan yang bakal diberikan dengan baik, aku perlu memastikan ulanganku mantap. Mantap dan kemas. Jadi, proses iadah bermula sedari jam 7:45 pagi lagi, iaitu sewaktu kelas hafazan. Bersambung sehingga waktu Biologi (Cikgu Arasy tak hadir), dan kemudian sewaktu madah Bahasa Melayu (Cikgu buat lisan).

Menjelang akhir waktu pemelajaran, aku sedikit tertekan. Hemm, masa iadah sudah tamat, aku baru sahaja menjejakkan diri pada juz 12. Aduhai, aku terus berdoa mengharapkan berlakunya keajaiban pada waktu kelas tahfiz nanti.

Alhamdulillah, menjelang kelas tahfiz, dengan izin Allah, aku dapat menjawab segala soalan yang cikgu ajukan. Akhirnya, segala usahaku terbayar. Hari ini, aku tidak menjadi pelarian lagi!!! Syukur…

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. siapa yang tak takut dgn BAHASA ARAB? Aiyoo! nasib baik ana sempat bereskan.

  2. Huhu.. Bagus us wat kita gitu… Kalau tak lagi tak berbuat.. Betol tak?

  3. ana mmg tabik cara ust didik kita…dr AQ –> PSI –> BAK –> SEMBELIH –> XPDC..!! huh..! semuanya manthOp..!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: