Wafdul Amin dan Tahfiz

September 3, 2008 at 6:46 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | Leave a comment
Tags: , ,

Petang ini, Alhamdulillah, akhirnya meeting Wafdul Amin yang telah lama kutunggu-tunggu bagi mengetahui perkembangan semasa akhirnya terealisasi hari ini. Malangnya, hari ini hari Rabu. Tahfiz. Aduh… clash lagi! Macam mana ni… Nak pergi yang mana satu…

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk pergi ke masyuarat Wafdul Amin dahulu, sekitar sejam, kemudian baru masuk ke kelas tahfiz yang masih berbaki sejam. Barulah adil. Itulah perkiraanku. Aku turut mengakak Mek Nah untuk turut mengikuti rancanganku. Persetujuan dicapai. Ya, kami akan masuk kelas tahfiz pada pukul 3:30 nanti.

Hargailah Masa Selagi Anda Diberi Masa!

Hargailah Masa Selagi Anda Diberi Masa!

Menjelang 3:30 petang

Alamak, dah pukul 3:30! Nak buat macam mana ni? Meeting baru mula nak panas. Baru lepas muqaddimah. Takkanlah nak cabut sekarang. Pembentangan tugasan pun tak selesai lagi. Tak pe… Karang pukul 3:45 masuk tahfiz. Itulah kata hatiku.

Meeting diteruskan. Usai pembentangan tugasan, cara-cara pencarian dana sepanjang syahru Ramadhan ini pula dibincangkan dengan penuh semangat oleh ahli-ahli mesyuarat. Selepas itu, pembentangan laporan kewangan Wafdul Amin pula dibincangkan. Alhamdulillah, aku terharu melihat jumlah kutipan terkumpul. Kutipan kasar, 12k. Masih jauh daripada sasaran awal. Namun, sudah cukup untuk dibanggakan.

Masa terus berlalu… Akhirnya, jam 3:45 pun tiba.

Pukul 3:45 petang

Meeting masih panas. Nak keluar sekarang? Hemm, meeting masih berasap. Aku menoleh pada Nah di belakang.

Ala, pukul 4:00 la kita keluar… Itulah keputusan yang berjaya dicapai setelah puas kami bergelak tawa. Mesyuarat terus berjalan lancar.

Pukul 4:00 petang

“Nah, cepat lah. Cakap kat Yam dan Safwan, kita nak keluar. Pi Tahfiz. Lambat sangat ni…” ujarku pada Nah. Akhirnya, Nah cakap kat Yam, manakala aku cakap kat Safwan. Akhirnya kami berjaya juga keluar daripada mesyuarat ini. Hemm, hanya setengah jam berbaki. Nak baca apa? Baik aku cepat masuk kelas.

Puas aku berlari-lari anak ke kelas 1 Ibnu Kathir yang menjadi tempat kelasku diadakan. Dalam keadaan tercungap-cungap, penuh debaran, aku mengetuk pintu. Dengan muka seposen menagih simpati, aku masuk ke dalam kelas.

“Cikgu, nak baca apa hari ni? Tebuk juz 1-10 ke?” tanyaku pada Cikgu apabila melihatkan Cikgu seolah-olah tidak memberi apa-apa reaksi kepadaku tatkala aku masuk tadi.

“Sudahlah Lina. Dah lambat dah ni. Tak sempat nak baca. Esok, datang awal. Baru sempat nak baca,” ujar Cikgu kepadaku. Nada suara cikgu mendatar sahaja.

Hemm… Dalam hatiku, lafaz istighfar kuulang-ulang. Itu dia akibat yang Allah beri buat hamba-hambanya yang tidak pandai membahagikan masa yang diberikan dengan penuh hikmah. Ibrah terbesar Allah beri kepadaku hari ini.

Pada masa hadapan, aku sepatutnya lebih berhikmah dalam membahagikan masaku. Sebenarnya, dua-dua, meeting Wafdul Amin dan Tahfiz merupakan satu tanggungjawab buatku. Dan Allah telah berjanji kepada umatnya, ganjaran yang Allah berikan kepada sesiapa yang tetap tidak melupakan Qurannya walaupun dalam kesempitan adalah sangat besar. Oleh itu, kepada semua budak-budak Tahfiz yang membaca tulisanku ini, lain kali, cubalah sedaya upaya untuk menyeimbangkan kesemua tanggungjawab yang kita galas tanpa mengenepikan Tahfiz yang juga merupakan satu amanah dan tanggungjawab kita.

Hargailah masa yang ada!

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: