Pengalaman Tanggal 080808 – Sembelih

August 10, 2008 at 7:55 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 3 Comments
Tags: ,

FASA PERTAMA : SEMBELIH

Alhamdulillah, tanggal 080808, aku dan rafiq-rafiq sekalianku yang lain berjaya melakukan satu pembaharuan serta pertambahan ilmu dalam diri – menyembelih binatang! Jujurnya, sebelum ini, aku tidak pernah menyembelih apa-apa binatang. Hanya belajar secara teori sahaja. Aku rasa, bukan aku sahaja yang baru pertama kali merasai pengalaman ini, rafiq-rafiqku yang lain pun sama. Syukran jazilan kepada Ustaz Hasnan dan zaujahnya, tak lupa kepada Ustazah Mukrimah, Ustaz Ayub (yang bagai nak serak suara mengajar kumpulan kami cara menyembelih), dan semua guru-guru lain yang sanggup turun padang menjayakan aktiviti ini. Tanpa usaha dan jerih payah kalian, pengalaman menyembelih binatang ini tak mampu kami rasakan!

Tatkala mula-mula hendak menyembelih, perasaan gementar menjalar di seluruh kalbuku. Rasa bagai nak luruh jantung melihat seekor demi seekor ayam, arnab, itik, dan burung puyuh rebah disembelih oleh ustaz sewaktu upacara demo dilakukan. Darah yang keluar membuak-buak dari leher haiwan tersebut benar-benar mencetuskan gementar di hatiku. Aduh, memang menyeksakan!

Tiba-tiba, terdengar kalam Ustaz Hasnan

“Kelas 4 SAL akan mula sembelih dahulu. Datang ke hadapan sekarang. Mulakan dengan burung puyuh….”

Aduhai, degup di jantungku bertambah kencang!

Namun, aku gagahkan juga hatiku. Ah, aku remaja Islam! Aku perlu berani! Hemm, bagaimana agaknya ikhwah-ikhwah di Palestin yang hidupnya bergelumang dengan darah manusia? Darah manusia ye, bukan darah haiwan!!!

Berbekalkan azimat ini, aku terus berusaha memberanikan diri. Langkah pertama, memegang burung puyuh. Hahaha, pertama kali memegang makhluk Allah yang comel ini, aku terus terlepas. Terjerit. (Mujur banin tiada di situ….) Takut. Tak pernah seumur hayat memegang burung seerat ini. Mak Cik Alia yang kebetulan berada di situ mula berleter kepadaku. “Lina, lain kali, pegang tu elok-elok. Kuat-kuat. Jangan bagi lepas…” Apa-apalah Alia… Tapi, lepas tu, aku jadi bertambah berani untuk memegang burung tersebut. Lepas itu, ayam pun kupegang!

Setelah puas diajar oleh Ustaz Ayub, semua ahli kumpulan kami, aku, Bella, Alia, dan Een berjaya menyembelih seekor puyuh setiap seorang. Syukran Ustaz Ayub kerana sudi mengajar kami…

FASA KEDUA : MENCABUT BULU, MENYIANG, MEMBERSIHKAN, DAN MEMASAK

Selesai sembelih, kami semua ditugaskan untuk mencabut bulu segala haiwan yang telah disembelih. Seronok rasanya mencabut bulu. Antara soalan yang kerapkali kami tanya (terutama Een),

“Cikgu, tak sampai hatilah nak cabut bulu burung ni. Tak sakit ke dia?”
“Kamu ni, kan dah mati. Manalah sakit. Dah, cabut cepat!”

Selesai mencabut bulu, kami menyiang haiwan-haiwan tersebut secara jamaie. Meriah. Seronok dapat tengok segala jenis organ dalam haiwan tersebut. (Biasa, kalau beli dekat pasar, semua dah siap belah. Manalah dapat rasa…) Ramai yang komen, bau dia busuk! Hahaha, memanglah. Dah namanya anggota dalaman. Tu tak tengok lagi macam mana kalau organ dalaman kita yang makan macam-macam jenis benda ni. Lagilah busuk.

Selesai haiwan-haiwan tersebut disiang, aku pun pergi ke paip air. Hasrat hati, ingin membasuh segala potongan-potongan ayam dan puyuh yang telah kami siang sebentar tadi. Seronok rasanya duduk di situ sambil mencuci potongan tersebut. Tak sangka ayam yang baru kami sembelih sebentar tadi sudah hampir boleh dimasak.

Tatkala aku sedang ralit mencuci ayam dan puyuh tersebut, datang seorang ikhwan menyorong setalam ayam yang sudat dipotong. “Nah, banat, tolong basuhkan. Kami sudah potong.”

Aku merenung potongan ayam yang tinggi membukit itu. Baiklah. Kebetulan dah memang aku sedang mencuci ayam pun. Aku pun terus sahaja meladeni ayam yang dilonggokkan itu satu persatu. Mengajak Hajar dan ili menjadi peneman, kami sama-sama membasuh ayam tersebut dari pukul 5:45 petang (lebih kurang) sehingga menjelang Maghrib. Seronok bekerja bersama-sama sambil bertukar-tukar cerita. habis basah seluar dan kasut kami dengan air ayam. Seringkali kami bergelak tawa bersama-sama menghilangkan resah melihat ayam yang kelihatan tak kurang longgokannya. Penat, tapi seronok dan meriah.

FASA KETIGA : MAKAN!!!

Menjelang Maghrib, tinggal aku, Hajar, Ili, dan Nur sahaja yang masih leka melayan ayam-ayam tersebut. Tatkala ikhwan-ikhwan pergi solat Maghrib, kami terus menyeludup hampir tiga pinggan ayam goreng dan ayam panggang yang disediakan. Konon-kononnya, takut ikhwan baham semua.

Duduk bersila mengadap hidangan di pondok, kami makan dengan seronoknya. Astaghfirullah, tengah-tengah makan, baru teringat doa makan lupa nak dibaca. Cepat-cepat Ili membaca Bismillahi Awwaluhu Wa Akhiruh. Tu lah, lahap sangat.

Seperti biasa, akibat yang diterima oleh orang yang tamak, akhirnya, kami tak berempat tak mampu menghabiskan kesemua ayam tersebut. Terpaksalah aku membawa pulang sepinggan ayam untuk dikongsi bersama usrati.

Syukran jazilan buat ikhwan yang sanggup bergadai tenaga mengemas dan menyimpan apa-apa yang patut ke tempat asalnya.

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. teringat masa blaja sembelih tahun lepas… tp ana x sembelih pun

  2. Memang seronok menyembelih. Mula-mula sangatlah takut, tapi lepastu, rasa syok menyembelih. Seronok tengok satu-satu burung, arnab, ayam tumbang. Sardis gila bunyinya kan? Hatta, kalau nak suruh sembelih manusia pun tak mengapa kot?
    Mungkin tu lah yang dirasakan oleh tentera-tentera Monggol satu ketika dahulu – keseronokan membunuh! Dah banyak sangat membunuh, akhirnya mereka jadi sebati dengan menyembelih manusia!

  3. eee,.,., seramnye bunyik,.,.,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: