Terhibur

August 7, 2008 at 7:57 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | Leave a comment
Tags:

ADD MATHS & MATHS

Hari ini, madah Mathematics dan Add Maths kulalui dengan penuh keceriaan (walaupun hakikatnya lima masa straight!). Entah mengapa, mungkin secara fitrahnya aku memang sudah “gila” dengan kedua-dua madah ini. (Hee, gila pun, apa gunanya andai imtihan masih tak score:(….. Dan, lebih teruk, latihan malas nak buat.. Patutlah imtihan gitu je jawabnya!)

Tak lupa kuucapkan kepada Ustaz Shahrul, syabas atas kejayaan ustaz membuat blog. Ahlan wasahlan ke dunia blogging! (Nak ke blog ustaz, klik sini)

Hari ini, entah mengapa, daripada seawal madah Maths lagi, aku ayik dijadikan bahan gelak tawa orang, terutama sahabat-sahabatku yang sememangnya kuat menyakat. (Hemm, kalau setakat sahabat, tak cukup kuat impaknya andai tak disokong oleh ustaz! Hahahaha… Masih terbayang hilai tawa sahabat-sahabatku apabila aku bertanya kepada ustaz mengenai bagaimana hendak mengukur sudut 900 darjah.

Aku: Ustaz, macammana nak cari sudut yang besar-besar, macam 900 darjah guna kaedah ini?

Ustaz: Sudut 900 darjah??!!! Mana ada. Kelas, ada tak sudut 900 darjah? Kamu nak pusing berapa banyak kali nak dapatkan sudut 900 darjah ini?

Mendengar soalan ustaz (ditambah dengan muka ustaz yang slumber gila) hampir seluruh seisi kelas menggelakkanku. Aku sendiri turut tergelak. Entah bagaimana, boleh terpancul persoalan tersebut dari mulutku. Apa-apalah, aku tidak kisah. Terima kasih duhai rafiq sekalian kerana telah membuatku terhibur.

BIOLOGY

Hari ini, kami diberitahu bahawa Cikgu Rubiah tidak hadir kerana telah ditahan di wad, akibat contraction yang datang terlalu awal. Sepatutnya lagi dua minggu baru cikgu bersalin. Syafakillah ya Cikgu… Jadi, Ustaz Shahrul turut lepak di kelas kami bagi menyelesaikan soalan Add Maths yang masih tak jumpa-jumpa penyelesaiannya. Sehinggalah tiba masa Biology, barulah ustaz keluar. Alhamdulillah, akhir sekali, jumpa pun solutionnya!

Biology. Hari ini ujian. Subhanallah, memang aku rasa seperti disembelih sepanjang ujian berlangsung. Hampir separuh daripada soalan-soalan yang dikemukan tak dapat kujawab dengan yakin. Apa lah nak jadi. Tu lah, semalam sombong sangat! Malas nak sentuh buku. Dah dibalas Allah…

Semoga Allah bagi kekuatan padaku untuk mengubah tabiat burukku ini!

BAHASA ARAB

Ini satu lagi madah yang menyimpan kenangan yang agak manis buatku. Hari ini, kelas dimulakan dengan sedikit tazkirah mengenai kempen Anda Bijak, Jauhi Zina. Yang harunya, dalam sesi tazkirah itu, namaku pun ada dijadikan contoh (Huhuhu, bukan contoh zina ye! Aku InsyaAllah akan berusaha untuk menjauhkan diriku dari wabak ini. Contoh apa, biarlah rahsia. Nak tau juga, tanya rafiq-rafiq 4 SAL). Ini tentulah disebabkan oleh peel sahabat-sahabatku yang gemar menyakatku dalam kelas.

Apa-apalah, aku tidak ambil pusing sangat pun. Ala, biasalah, sahabat kan? Mana ada indahnya tanpa sakat menyakat… Hahaha, aku turut terhibur melihat telatah Een yang betul-betul takut akan angin kencang dan suasana gelap yang menyelubungi kelas Bahasa Arab kami tadi. Apa-apalah Een, terharu rasanya kenangkan telatah anti…

TAHFIZ

Mengapa aku masih tergagap-gagap tatkala nak menjawab soalan yang ditanya kala ditebuk? Mungkin kerana takut, gelabah???

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: