Kehidupanku – 040808

August 4, 2008 at 8:15 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 1 Comment
Tags: ,

PERHIMPUNAN

Beberapa kejutan menghiasi Perhimpunan Mingguan kali ini. Pertamanya, larangan memakai kasut dalam tandas. Aduh, aku agak terkujat dengan larangan ini. Bukan apa, untuk banin, larangan ini agak praktikal. Bagi banat, aku tak nampak di mana wajarnya. Leceh rasanya untuk menanggalkan stoking sebelum masuk tandas, kemudian memakainya semula. Lebih teruk bagi sesetengah banat yang kurang teliti. Tak mustahil aurat boleh terdedah dengan mudahnya…

Seterusnya, kami dikejutkan dengan kempen Anda Bijak Jauhi Zina. Alhamdulillah, pada hematku, kempen ini tepat pada masanya. Bagus untuk dijadikan muhasabah oleh seluruh warga SMIAAG.

AL-QURAN

Inilah waktu yang dinanti-nantikan olehku. Aku amat menyenangi waktu al-Quran, walaupun hakikatnya aku terpaksa memerah otak! Alhamdulillah, bacaan juz 3 ku agak lancar. Hehehe, hari ini agak mudah. Awal juz 3. Tengoklah Jumaat ni, Akhir Juz 3. Mulalah tergeliat lidah semua nak menyebut! Apa-apapun, rafiq-rafiq sekalian, selamat iadah juz 3 ye!

Antara kalam berharga yang kukutip sepanjang waktu al-Quran kali ini ialah,

“Iadah dulu banyak-banyak sebelum menjelang Ramadhan. Kelak, tatkala Ramadhan nanti, kita boleh tadarus, tarawih, dan tahajud dengan mudah.”

Aduh, sungguhku terkesan dengan ungkapan ini!

FIZIK

Huhuhu… Hampir terpusing kepala otakku memahamkan Pascal’s Principle. Rabbizidni ilma, warzuqni fahma…

PSI

Seperti biasa, kami meneruskan pemelajaran kami mengenai korban dan aqiqah. Kumpulan Meme bentang. Jumaat ini, kumpulanku pula bentang. Mauduk, Muamalah dalam Islam. Rabbish rahli sadri, wa yassirli amri…

BM

Wah, inilah masa yang kami tunggu-tunggukan. Imtihan Bahasa Melayu. Tanpa persediaan yang kukuh, aku menjawab soalan kalangan yang diberi, “Nasib anak-anak Pendatang Asing Tanpa Izin”. Subhanallah, aku gagal menjawab soalan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Terkilan, kerana tajuk yang diberi merupakan fokus utama Dewan Masyarakat bulan Julai yang lalu. Nasib akulah tak baca artikel tersebut betul-betul! Hemm, hikmahnya pada masa akan datang, belajarlah untuk menghargai bahan bacaan yang diberi.

TAHFIZ

Bahagia rasanya setiap kali waktu Tahfiz. Entah mengapa. Mungkin tenang rasanya dalam belaian al-Quran. Hari ini, cikgu menembakku dengan soalan-soalan daripada juz 1 sehingga 10 secara rambang. Alhamdulillah, aku dapat menjawabnya. Akhirnya, hari Rabu ini, aku akan bergerak ke arah memurajaah juz 11 ku.

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. pasal stoking tu.,.,.ana udah alami.,.,.tngah sorok2 pn…banin kn suka lalu tangga banat kan..susah la..tandas kini semakin sepi..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: