Kesal+Kecewa… Duhai Sahabat!

August 2, 2008 at 1:23 am | Posted in Renungan, Sekolahku | 5 Comments
Tags: , ,

Pelik. Entah, sukar untukku perkatakan. Sukar untukku ungkapkan. Kadang-kadang, aku semacam tidak faham dengan telatah sahabat-sahabat seperjuangan di sisiku ini, walaupun hakikatnya kita hari-hari bertemu dan berjumpa. Hari-hari menuntut ilmu di kelas yang sama. Hari-hari hampir lapan jam berkongsi cerita, tawa, dan duka bersama. Namun, semua ini masih gagal membuatkan aku faham telatah sahabat-sahabatku. Entah. Ataupun, sememangnya peel kita sentiasa berubah-ubah mengikut suasana? Hemm. Sukarku mencari jawapan.

Aku tidak pasti mengapa aku tulis semua ini. Namun, yang pasti, aku benar-benar terasa kesal. Kesal, pilu, kecewa, sedih, marah… Ah, semuanya sememangnya bercampur baur dalam kalbuku ini! Kesal? Mengapa aku kesal?

Jujur, aku sayangkan rafiq-rafiq sekalian, duhai sekalian warga Ikhwanul Fifteen. Atas dasar sayang, aku ungkapkan semua ini. Kesal? Aku kesal mengapa ada antara kita yang sanggup menegakkan benang yang basah bagi mempertahankan kebatilan, yang sepatutnya tidak perlu dipertahankan. Dalam hal ini, aku tak tujukan pada sesiapa secara spesifik. Cuma, permintaanku, muhasabah dan ihtimam balik diri sendiri.

Seandaninya kita rasa benar-benar sahabat kita itu tidak bersalah, selesaikan salah faham itu dengan penuh kebijaksanaan serta kematangan. Janganlah baru dicuit sedikit, kita sudah melatah. Selesaikan semuanya dengan hikmah. Kalian ar-rijal. Kalian punya kelebihan. Allah kurniakan kalian dengan 9 rasional dan 1 emosi. Berbeza dengan an-nisa. 9 emosi 1 akal. Manfaatkanlah rasional itu sebaik-baiknya.

Mengapa perlu, tatkala mempertahankan pendapat (tidak kiralah benar ataupun tidak, ini secara umum), kita menggunakan bahasa-bahasa yang kukira agak kasar dan tidak enak didengar dan dibaca? Mengapa perlu kita sampai berkasar dengan para seniors serta mengenepikan adab dan akhlak tatkala berbicara dengan mereka? Tinggi sangatkah darjat dan makam kita sehingga membolehkan kita berkasar dengan mereka yang nyata lebih berumur daripada kita? Mulia sangatkah kita sehingga membolehkan kita mengutuk-ngutuk mereka? Perlu diingatkan, perbezaan umur perlu diraikan. Itu yang diajar oleh Islam. Prinsip hormat. Aduhai, mudah sahaja aku kira prinsip itu. Sudah diajar sejak darjah satu. Tapi, praktikalnya? Aduhai payah…

Kesal… Tidak sedarkah kita Islam itu tunjangnya Akhlak? Pesanku cuma satu, tatkala hendak berdebat, mempertahankan pendapat, menegur mad’u atau sahabat seperjuangan, atau sebagainya, junjunglah adab dan akhlak. Santunilah kedua-duanya, nescaya, kita akan bahagia. Kita akan dihormati kawan dan lawan. Kita akan disenangi oleh semua insan. Itulah resepi mudah kejayaan nabi memperjuangkan Islam agama penjunjung kesejahteraan. Ada Nabi mengutuk-ngutuk dan menghemburkan kata-kata yang tidak sepatutnya di hadapan masyarakat kuffar yang menolak seruan baginda? Muhasabahlah kembali…

“Tidak beriman seseorang itu sebelum dia mengasihi sahabatnya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri…”

Inilah sabda Nabi tercinta. Nah, andai kita betul-betul mengasihi sahabat-sahabat kita serta saudara-saudara Ikhwanul Fifteen, cegahlah kemungkaran yang sahabat-sahabat kita lakukan. Amar maaruf nahi munkar. Itulah sebenarnya lambang cinta dan kasih kita. Itulah sebenarnya ukhuwwah yang sejati. Ukhuwwah lillah yang diredhai Ilahi.

Buat warga Ikhwan sekalian, nak berdebat serta mempertahankan pendapat dengan para seniors, boleh. Tiada halangan. Bertukar pendapat satu yang mulia serta dituntut. Namun, pastikan anda berada di perbatasan yang betul. Junjung prinsip adab dan akhlak tatkala berhujah. InsyaAllah, sekiranya prinsip ini dijunjung oleh semua, di sebalik bicara, akan ada hikmah yang tersembunyi.

Sekian dahulu buat masa ini. Benar aku kecewa serta kesal dengan situasi sekalian. Benar, kalian boleh mengatakan aku tidak memahami kehidupan seorang banin, namun, aku tulis berdasarkan apa yang aku baca dan aku saksikan. Tanpa ada prejudis. Perlu diingatkan, tulisan ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak. Cuma sebagai satu muhasabah buat semua, tanpa mengira siapa. Aku tahu, aku tidaklah sebaik mana dalam menjunjung kedua-dua prinsip ini. Cuma tulisan ini hanya bertindak sebagai teguran buat semua, termasuk diriku.

Kuakhiri dengan surah an-Nisa’ ayat 79.

5 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salamun alaik, ya azlina!

    a writing full of hope i see. hoping that somebody in this real-life world of al-Amin recognize your hope of peace. i know it is hard for al-aminians to lead a life of aggravating life day by day with the boys and girls (especially boys) quarreling with each other. it is hard on me too. hard to make peace. even harder to try not to meddle in everybody’s problem. it is a sad things. and that sad things will make me feel not-very-wonderful at all of the idea of leaving al-amin. what we need is to boost the morale of all al-aminians. we need to ameliorate the ‘akhlak islamiyyah’ of all al-aminians. we need to have passion and be a zealot towards making our ummah of al-amin the best ummah in this world. so, head up azlina. make use of your power in ANDALUS and put your head together with the others and try and think of ways to improvise the morality of all students of al-amin.

    may Allah be with you…

  2. Assalamualaikum buat saudari. Ini kali pertama saya mengunjungi blog saudari. Saya tidak berkesempatan meneliti arkib-arkib dan data-data lain saudari namun boleh saya katakan saudari menuntut di sekolah yang biasa orang kita katakan sebagai sekolah agama. Saudari masih menuntut di sekolah maka kiranya saya ini mungkin boleh dianggap sebagai ‘kakak’ barangkali. Berbeza dengan saudari, saya tidak berasal dari sekolah beraliran agama dan terus-terang saya katakan ilmu agama saya amat tidak seberapa dan saya sedang cuba menimba lebih banyak pengetahuan untuk menebalkan keimanan pada Tuhan. Maka pendapat saya ini mungkin banyak silap daripada benar. Di sekolah saya dahulu, tidak ada konsep senior junior yang jelas. Maklumlah, sekolah pekan yang tersorok. Namun seringkali juga berlaku perdebatan dalam hal-hal yang remeh malah kadangkala batil antara teman-teman saya. Pada pendapat saya, kejahilan mereka itu adalah dari godaan syaitan. Bagi sesetengah perkara yang telah jelas hitam putihnya dalam Al-Quran, mereka seolah-olah mencipta hukum sendiri dan menimbulkan masalah-masalah yang tidak masuk dek akal. Syaitan tidak akan mendatangi seorang abid dan serta-merta menyuruhnya berzina sebaliknya dia menggoda sedikit demi sedikit dengan langkah demi langkah yang amat halus. Bisikan syaitan itu amat halus sehingga seringkali kita tidak bisa membezakannya dengan gerak hati sendiri. Mungkin itu yang terjadi pada teman-teman saya dan sahabat-sahabat saudari. Mungkin juga ada antara sahabat-sahabat saudari yang merasakan diri mereka jauh lebih berilmu jika hendak dibandingkan dengan senior-senior mereka. Lalu apabila amarah menguasai hati, mereka mula mempertahankan perkara yang mungkin mereka sendiri ketahui sebagai salah semata-mata untuk menayangkan betapa ‘hebatnya’ mereka. Aduhai, tidak kira mereka yang bersekolah di sekolah agama atau sekadar sekolah biasa seperti saya, setiap daripada kita tidak terlepas dari godaan syaitan! Betapa makhluk itu bersumpah mendatangi setiap manusia dari setiap penjuru dan arah. Itu hanya penilaian seorang manusia yang tidak seberapa seperti saya. Apa pun, doakanlah sahabat-sahabat saudari itu agar mereka sedar kesilapan mereka.

  3. Kak Qis,
    Bukan apa, ana memang sayang kat al-Amin. Cuma, sedih tengok keadaan semasa. Budak al-Amin semakin hilang kepekaan terhadap ad-Deen yang tercinta. Seruan La Taqrabuzzina diperlekehkan, teguran sahabat jadi bahan permainan, dan macam-macam lagi, seolah-olah sudah semakin terhakis nilai keislaman di al-Amin.
    Keadaan ini bertambah sakit apabila golongan qiyadah turut terlibat sama menyokong (termasuklah tidak mengambil tindakan apa-apa) terhadap perkara-perkara ini. (tak semua, tapi, adalah segelintir) Macam mana nak jadi qudwah kat orang lain?
    Sakit mata rasanya memikirkan masalah ini.

  4. wat i wanna say firstly is……………………………..im sorry!! Lina..!! gimana sik kamu bgini? ape kes? ana tensiOn ke nt yg tertensiOn? hurm… dua2 kot…ana kan cermin nt..! cuma nak ingatkan… inna-Allaha ma’a as-soobirin..kita dalam jejak hijau. masih baru. hehe……………..ingat ayam masak merah yang ana gigit2..kunyah2..4000kali tu…smpi pukul 3.45 pagi tuh…ingat? pasal MMQ? huh..this is my xpression..tp lain kali, i wont do it again. wont do it again!! huh..keciwa

  5. Qiyadah Ikhwan bnn bukanlah tidak mengambil tindakan, mereka cuma menunggu masa, Ana percaya, in the meantime they’ll boost up. INsya Allah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: