Hospital Ampang Puteri

July 27, 2008 at 4:28 pm | Posted in Citra Kehidupan | 1 Comment
Tags: ,

Penat, letih, serta melelahkan! Itulah kesimpulan yang boleh kubuat setibanya aku dan emak di rumah, setelah hampir setengah hari duduk menanti di Hospital Ampang Puteri menanti rawatan yang bakal diberikan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menanti dengan lama, akhirnya aku dan emak berjaya menemui doktor yang kami nantikan. Aku menemui doktor dermatologi, yang mesra dipanggil dengan gelaran Dr Bidu, bagi mencari penawar terhadap penyakit gatal-gatalku yang tidak berpenghujung, manakala emak menemui Dr Baljit bagi memeriksa kesihatan matanya.

Seronok juga rasanya kerana inilah kali pertama (setakat yang kuingat) aku berjumpa dengan seorang doktor pakar! Lebih menyeronokkan, apabila aku terpaksa melalui ujian air kencing dan ujian darah. Agak janggal juga rasanya tatkala doktor mengambil sampel air kencing dan darah untuk diuji (Terutamanya sampel air kencing). Namun, Alhamdulillah, akhirnya semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku seringkali ditertawakan oleh orang kerana karenah ”jakun” ku di hospital tersebut.

Kami pulang ke rumah menggunakan teksi memandangkan Abah ada mesyuarat PIBG di sekolah. Kami pula tidak membawa kereta. Setibanya di rumah, setelah menunaikan solat Zuhur, aku terus terbaring di atas katil, kelelahan.

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. hehe…rafiqahku yang sorang ini memang…”jakun” istilah yang agak sesuai baginya…teringat lagi pengalaman beliau suap nasi ke dalam mulutku semasa tamrin f4..hahaha!!!abang syarif record..nak tengok lah.. aksi berhibur bersama kak lina…hehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: