Hari Kokurikulum SRIAAG

July 27, 2008 at 4:31 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 2 Comments
Tags:

Pintu Pagar Utama ke kompleks SRIAAG dan SMIAAG

Aku bangun awal hari ini. Jika diikutkan hati, setelah selesai solat Subuh, aku terasa seperti hendak tidur lebih lama lagi. Malas rasanya hendak bangun awal. Lagipun, hari ini hari Ahad. Lagilah perasaan culas hendak bangun awal terasa meluap-luap.

Namun, disebabkan hari ini merupakan Hari Kokurikulum SRIAAG, aku terpaksalah bangun awal. Terasa teruja hendak melihat persembahan penuh bertenaga adik-adik SRIAAG. Lagipun, adikku, Azhari akan terlibat dengan persembahan Gurindam. Kujangkakan, pastinya Hari Koku SRIAAG ceria dengan gelagat comel adik-adik SRIAAG.

Ya, harapanku tepat sama sekali. Setibanya di pagar SRIAAG, aku disambut dengan meriah oleh adik Hidayah dan Khairunnisa yang menghulurkan flyer serta nombor cabutan bertuah Hari Koku kepadaku. Memandangkan aku agak mesra dengan mereka (sama kumpulan Tahfiz), aku siap diberikan peluang untuk memilih nombor kegemaranku untuk dijadikan nombor cabutan bertuahku. (Hehehe, tapi malangnya, walaupun aku telah memilih nombor kegemaranku, namun tetap tidak bertuah =(…)

Hari Koku ini dirasmikan oleh Tuan Haji Saari Sungib, selaku ADUN kawasan Hulu Kelang. Sepanjang program, beliau diiringi oleh bekas-bekas Pengetua SRIAAG, Ustaz Nasary dan Ustaz Wan Abd Majid. Tatkala melihat persembahan adik-adik cilik yang sememangnya menarik ini, aku kembali terkenang memori silamku. Teringat kenangan yang kukutip semasa Hari Kokurikulum 2004, lima tahun yang lalu. Ketika itu, aku berada dalam darjah enam. Ya, keadaan sekarang sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan keadaan dahulu. Hari Koku 2008 adalah jauh lebih meriah jika dibandingkan dengan Hari Koku 2004 yang lalu. Hemm, keadaan telah banyak berubah!

Meladeni satu persatu persembahan adik-adik cilik ini, aku rasa bersyukur. Alhamdulillah, kita masih mempunyai pelapis dalam kalangan anak-anak muda berjiwa Islam yang begitiu ramai bagi menjadi daie yang berkualiti pada masa akan datang. Semoga adik-adik ini bakal keluar menjadi insan soleh wa musleh yang bakal memberikan ”sesuatu” buat umat Islam kini. InsyaAllah.

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. rojak buah satu..!! 2 riyal..!!

  2. bleh tnye skit skolah ni kat mane????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: