Rehlah Ikhwanul 15

July 21, 2008 at 9:19 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 3 Comments
Tags: ,

Penat rasanya berehlah bersama sahabat-sahabat tercinta lewat Sabtu dan Ahad yang lalu. Walaupun penat, namun kegembiraan dan kehangatan ukhuwah yang terbina kukuh setelah rehlah yang lalu benar-benar menyeronokkan jiwa. Mandi air terjun bersama-sama, tidur bersama-sama, berhimpit-himpit dalam van bersama-sama, LDK bersama-sama, benar-benar mampu menyemarakkan ukhuwah antara kita semua!

Sebaik-baik sahaja rehlah tamat, ana benar-benar kepenatan mengenangkan rutin yang bakal dilaksanakan seusai rehlah – membasuh kasut sekolah yang penuh dengan pasir sungai, membilas baju-baju sebelum dimasukkan dalam mesin basuh, mengemas beg baju, dan sebagainya. Namun Alhamdulillah, semuanya mampu kulaksanakan dengan baik, walaupun selepas itu aku terlelap di atas katil sehingga Asar menjelang! Ya Allah, lamanya aku tertidur. Mungkin kelelahan yang teramat sangat kot…

Isnin. Hari ini kembali mencabar mindaku untuk terus bekerja keras. Menghafal. Menghafal. Menghafal. Itulah cabaran utama buat mindaku pada hari ini. Seawal sebelum Subuh lagi, otakku sudah kukerah bersungguh-sungguh menyiapkan skrip untuk Oral English. Malangnya, skrip itu tidak sempat kusiapkan sebelum ke sekolah! Ya Allah, sungguh aku berada dalam keributan. Aku bertekad untuk Oral tanpa berpandukan skrip, walaupun aku tahu, agak payah untukku bertutur dalam Bahasa Inggeris tanpa sebarang persediaan. Bagi mengelakkan kecelaruan timbul semasa Oral nanti, aku tetap berusaha menghafal sedikit sebanyak isi-isi yang bakal kusampaikan nanti. Alhamdulillah, aku berjaya menyampaikan Oral ku, dengan tajuk “How to memorize the Quran?” tanpa sebarang masalah besar, walaupun hakikatnya sedikit tersekat-sekat.

Kemudian, otakku terpaksa kukerah menghafal surah Muhammad untuk tasmi’ dengan Ustaz Hasnan, Kemudian, sebelah petang pula, otakku terpaksa kukerah untuk iadah juz 9 supaya lancar tatkala ditebuk oleh Cikgu Roslina. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, walaupun aku terpaksa iadah juz 9 lagi sekali kerana bacaan agak tidak lancar. =(

Itulah besarnya kekuasaan Allah. Walaupun otak kita sentiasa penat bekerja memerah idea, namun, ia tetap patuh dan taat pada perintah Allah. Cuma kita? Tepuk dada tanya iman…

P/s: Banyaknya kerja nak dilangsaikan menjelang esok! Report Physics, Karangan BM, Superhot Sejarah (Bab 1 sampai 6), Web A BM… Aduh… Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melangsaikan semua ini. Allahuma Bariklana fi Rajab, wa fi Syaaban, wa Baligna Ramadhan…

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Alhamdulillah, penulisan yang menunjukkan kematangan walaupun usia masih mudah. Keep up the good work. Orang Islam harus cemerlang di dunia & di akhirat🙂

  2. *Balighna


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: